korang pernah rasa tersepit? bukan tersepit pintu tandas kerana kepantasan nak menutupnya akibat ketidaktahanan mahu melepas atau pintu kereta yang kemudinnya korang meraung kuat-kuat macam da putus jari tu tapi tersepit dalam membuat keputusan. *terpanjang pulak definisinye.kuikuikui*
tu la yang aku rasa berminggu-minggu. sebenarnya, dari rumah lagi aku pikirkan semua nie. maksud aku sebelum bermula semester lagi aku duk pikir benda nie. hari-hari. rasa bersalah mencengkam jiwa *ayat gelabah la plak.hahaha*
tapi seyes wei, tiap-tiap hari aku duk pikir nak lepaskan dia ke tak nak. okea korang jangan risau. ni bukanla kisah sedeh seorang gadis kene tinggal ngan pakwe dia dan dia terpaksa membuat pilihan menelan pil kuda atau ubat selsema . *ade efek ke?hahaha*
nie kisah aku dan si dia. si dia pulak bukanlah sang arjuna yang aku tangiskan berbulan dulu yang aku dah buat keputusan untuk merelakan segala yang terjadi, errkk, perlu ke sebut hal dia lagi. tak kot..huhuhu
berbalik kepada si dia yang dalam jagaan aku. hampir 4 bulan kami bersama menikmati hidup sebagai teman sebilik. hehe
BEBEAR aku. kesayangan aku. kemanjaan aku. kepeningkepalaan aku. kesakitan aku. semualah yang aku rasa ada kaitan ngan dia. mana taknya, kalau aku diam kat meja study, dia pon diam lam cage. lau aku tido, die pon diam tido. bila aku bangun je tido, die pon bangon dan gigit-gigit cage sama ada dia lapar atau nak keluar. kehidupan aku ngan dia je. pujaan hati aku.muahahaha. seb bek ko betina. lau tak aku ngorat je bebear nie.*hishhh, hilang tamadun kemanusiaan jap.hahaha*.
*sila baca perenggan seterusnya dengan seriuz*
selepas banyak pendapat yang aku tanya, akhirnya aku membuat keputusan untuk melepaskan dia yang berada dalam jagaan aku. keputusan ni aku buat dalam keadaan paksarela. antara sebab-sebab yang membuatkan aku terpaksa memilih untuk mencari pengganti untuk menjaga bebear adalah *noktah bertindih*
- bebear semakin besar. seyes wei, die landing dalam cage je da amek 1/4 ruang cage. memang la die rasa tak puas nak gerak. sempit. aku pon da jarang lepaskan dia dalam bilik sebab die da pandai lompat atas meja study n geget seme benda termasuk assignment n nota-nota aku.uwaaaa
- makanan dia yang mahal- memang la makanan aku lagi mahal tapi duit belanja aku mama bagi, so, nak pulak kene share ngan dia. makanan dia da la mahal. yang 2.5kg pon tahan 3 minggu. harganya around rm30. means sebulan aku kene spend around rm60 untuk makanan sahaja. tak masuk lagi vitamin, syampoo, habuk kayu. cukup bulan memang bakrap la mak ni nyahh oii... tak sempat aku nak saving nak kawen.muahahaha. seb bek calon tak konfem agie..hahahaha
- ari 2, masa sesi discussion ngan madam yang ngajar English aku, dia cakap aku patot lepaskan bebear. dia perlukan ruang untuk membesar. lagipon, cage dia saje tak cukup besar. laen la lau aku mampu sediakan dia satu ruang yang betol-betol die boleh lari ngan lompat. nie, die angkat 2 tangan dia pon da cecah bumbung cage. *cage kecik tu boleh panggil bumbung ke?hahaha. madam pon ade rabbit masa kecik, tapi bile da besar parents die lepaskan..
lepas aku fikir semua aspek n tanyakan semua orang. aku decide give up je bebear. aku bagi dia kat kawan aku. kawan aku nie umah dia kat Pasir Gudang jek. so, dia bawak balik bebear kat umah. luas la sket pemandangan bebear. tak la terbatas dalam bilik aku jek. die pon ade cakap nak carikan bebear partner. nanti ade anak ramai-ramai..hehehe
sekarang aku rasa sunyi gak la. kadang-kadang, taim study mesti aku pusing n pandang belakang aku untuk tengok bebear. sekarang da tak de da. so, aku pandang ruang kosong je la. lepas give up bebear, classmate aku ajak pelihara binatang laen plak. Ayu cadangkan kucing sebab die ade kucing kat umah. lagipon, kucing boleh peluk n bawak tido. Yunie cadangkan ikan, sebab die pon ade satu aquarium besar lam bilik die. ade berapa belas ekor ikan ntah. Miza plak cakap curuh pelihara kura-kura. miza minat haiwan exotic. dia pon ade ikan, kura-kura ngan iguana ke ape ntah.hahaha. yang pasti most classmate aku ade pets. dak laki pon ade yg pelihara ikan lam bilik :)
buat masa sekarang aku tak ready nak ade pet baru . rindu kat bebear tak hilang agie. macam nak amek bebear balik pon ade gak..huhu. rindu doww.. maybe, bila da keje n kewangan da stabil, aku nak beli rabbit baru. tak pon amek bebear balik umah..hehehe
jom cekidaut pixies bebear sepanjang 4 bulan ngan aku..
nie mase minggu - minggu pertama bebear lam jagaan aku. duk lam pon hujung-hujung jek. 1/8 cage je space die duduk..kecik lagi.hehehe |
nie plak gambar dia merayau + meracau dalam bilik sesuke hati die jek.
nie pon campur-campur.
lau korang tengok elok-elok gambar pertama lam nie, bebear landing penuh satu cage. nie gambar awal sem nie. maknanya masa nie bebear da umo 5 bulan..hehehe
comei kan die? cam mintak orang kiz n belai-belai dia.
tadaa!!!! a kiz for her..opss!! im not a lesbo okea..haha. she's the one who willing to kiz me..
tu je la yang aku nak cite sal bebear. hope bebear baek-baek je lam jagaan tuan baru. :)
9 comments:
patut la syg nak tinggal bebear..mmg comel..lau bunga pom mesti syg nak tingal dia..
tapi xpe..bunga leh jadi teman blogger aleeya..hik..hik..hik..
comelnya bebear..
nk peluk kuat2 jer..:p
nyum2.sedapnye..
@ bunga : taw takpe..sedeyh la..huhu
tenkayu bunga..my pleasure 2 have u as my fren :)
@ chenta hearty : bole2..gebu die memang bez peluk..hikhik
@ Imran nyambek : sedap??? kamu nak makan rabbit alya ke?huhuhu
boleh ke makan rabbit nie???hahaha....
yummy...sedap...hahaha
@ Nzyrahun : kan..kan..hewhehe :)
@ Farhan Zulhusmi : rabit nie xleh la..tak sanggp..hahaha
Post a Comment