Tuesday, February 22, 2011

kemenangan di UTM milik Evolusi Mahasiwa :)

http://www.emocutez.com

21.February 2011ALHAMDULILLAH. akhirnya selesai gak Pilihanraya Kampus (PRK) untuk tahun nie. bermacam-macam ragam yang dihadapi oleh calon-calon yang bertanding ngan jentera a.k.a penggerak untuk PRK. perghhh!! bahang tahun nie memang dahsyat. nak compare ngan taun lepas memang jauh perbezaan la. aku sendiri dapat rasa bahang tu. lagipon, da 2 tahun aku jadi penggerak pusat. so, banyak gak la ragam-ragam mahasiswa yang bleh tengok. tahun nie

masa tahun satu dulu, aku takde la aktif sangat so tak amek tahu sangat hal-hal PRK nie. nak pangkah calon pon ikot muke.haha. yang ensem n comei memang jadi pilihan la. kat fakulti aku plak ramai lelaki. nama pon fakulti mekanikal. konfem-konfem la aku pangkah seme laki. muahaha..tahun satu da gedik seyhhh. tapi, lau difikirkan balik seme tu, aku juz turun mengundi sebab tu kewajipan sebagai pelajar yang diwajibkan turun mengundi tapi kewajipan sebagai pelajar untuk memilih calon yang benar-benar layak tu terlunas ke???

tahun nie, PRK agak gempak + havoc + ganas + panas..seme-seme la. aku bercakap nie berdasarkan ape yang aku perhatikan. tahun lepas, facebook bukan la satu medium pilihan utama calon-calon yang bertanding untuk berkempen. kebanyakannya still guna cara lama. edar flyers kat blok n wat rapat umum. tahun nie, kebanyakan calon menggunakan fesbuk semaksimum mungkin untuk berkempen. setiap jam akan ade jek kene tag kat gambar mane-mane calon yang bertanding.  memang havoc habes la.. tu belum masuk perang post kat wall kedua-dua pihak di fesbuk. da macam-macam ayat, tuduhan dan cerita ada kat sana. tak payah bukak buku cite or tengok movie da. baca je seme-seme tu pon da cukup terhibur..ngeee

dalam sibuk berkempen tu mesti ada gak la keje-keje yang tak elok jadi. antaranya kes buang poster la. poster kene bakar la. tapi tu memang da lumrah la kan. kedua-dua pihak seme kene. sape yang buat pon aku tak taw. same-same la korang setel sedirik. yang paling menjadi isu hangat bila kertas undi untuk calon umum telah dicuri bawa keluar dan ditag di febuk. kalut satu UTM weii..yela, benda camtu memang takde lam peraturan mengatakan bahawa kertas undi tak leh bawak kuar tapi common sense la kan. lau tak, tak kan la susah payah pak guard nak jaga sampai 2,3 orang kat tempat buang undi tu.. peraturan simple pon da langgar, apetah lagi peraturan lain..sape yang buat??? tahu-tahu sendirir la ye wahai student UTM. benda da heboh..malas nak cakap banyak..

tepat kul 12 tengah malam, akhirnya penantian kami seme sampai la ke penamatnya. seme fakulti, Evolusi menang majoriti. lagipun keputusan untuk fakulti da diumumkan petangnya. aku dan member-member aku ke Dewan Sultan Iskandar (DSI) untuk tahu keputusan calon umum jek. ALHAMDULILLAH, kemenangan untuk kerusi umum juga majoritinya adalah evolusi. senarai kemenangan tak sempat lak nak salin. yang pasti, 2 tangga teratas adalah milik perempuan. *betapa kecantikan itu mempengaruhi pengundi..ngeee

Keputusan PRK kali ini ;
54 kerusi yang dipertandingkan
 Evolusi Mahasiswa : 42
 Pro Mahasiswa       : 12
 Postgraduate          : 3 




pesan aku yang tak seberapa nie : - kepada semua yang da menang dan berjaya mendapat kerusi dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM, jalankanlah tanggungjawab anda. siapa pon anda, ingtlah bahawa anda menjejakkan kaki anda keatas sana sebagai pemimpin kerana kuasa yang diamanahkan kepada mahasiswa. jadi, jangan lah sesekali lupa jasa kawan-kawan yang lain. anda berada diatas sana kerana telah dipertanggungjawabkan oleh mahasiswa lain untuk menjadi suara mahasiswa. sama-sama bekerja dan membantu mahasiswa lain. ingat tu. amanah yang anda pikul sangat berat.. jagalah amanah itu sebaiknya kerana ia akan dipersoalkan kelak.. :)

tue je la yang aku dapat apdet. aku suda mahu berehat. penat kot tunggu pengumuman tadi. lama gila.. siap dapat tengok makcik yang kira undi duk bergosip lagi.hahaha

papepon, selamat tinggal PRK. jumpa lagi tahun hadapan ngan calon baru, situasi baru, strategi baru serta kerenah baru :)

semua penyokong bersurai selepas tamatnya bacaan doa sebagai tanda kesyukuran dengan kemenangan serta rezeki yang telah ALLAH kurniakan buat semua :)

EVOLUSI MAHASISWA!!!
EVOLUSI MAHASISWA!!!
EVOLUSI MAHASISWA!!!


http://www.emocutez.com

8 comments:

bunga said...

bnga lum konvo g..ahah..

echah mashuri said...

pehhh...kmpus ecah baru hari ni mengundi.HHEHE...yg dh mng tuh harap diaorg jalankan tnggungjwb yg dah diberikan.berat tuh.bukan semua boleh :)

Heidi Shafiq said...

wah semangat giler.. :D

aLya said...

@ echah mashuri : ye ke?
selamat mengundi dear..jalankan tanggungjwab ngan betul ye :)

aLya said...

@ Heidi Shafiq : haha..masa belajar je nk smngat..

mie said...

wow!!
memang bersemangat waja ni..
ehehehee

aLya said...

@ mie : hahaha..semangat stodent memg cmnie..ngeee

aLya said...

@ bunga : konvo??? ngeee