Saturday, January 24, 2015

Apa itu INSEP?


http://www.emocutez.com
  Hai semua

Ehem!! tajuk entry kali ni macam berilmiah je kan.haha. tajuk tu pun diilhamkan daripada apa yang aku taip masa nak cari info pasal course ni. kalau dulu, aku suka sangat buat tajuk entah pape yang tak ada kaitan langsung dengan entry.hoho. sekarang ni dah back on track. matang la katakan *flip hair*

i made a promise in the last entry that i'll write something informative about INSEP aite? okeh, here we go!!! 

oh ya, since this article is about informative thingy, let me write this entry in a good manner ye. satu lagi, aku tulis entry ni berdasarkan pengalaman aku attend INSEP Program dalam course Maritime Ship Platform Design di TESDEC, Marang, Terengganu. tiada tajaan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah tiada.


macam mana aku tahu pasal course ni??? 

semestinya dari sahabat kesayang yang dah nak kahwin, Amirah. Dia yang jumpa iklan pasal course ni kat Facebook. harapkan aku, memang tak la. masa tu aku still mengajar. sebelum ni aku pun tak pernah dengar pasal INSEP ni. T-GAS aku pernah dengar. so, aku ambik cuti sehari untuk pergi interview. ada interview ye kawan-kawan. bukan senang-senang nak dapat benda bernilai tapi free ni.hoho


apa itu INSEP???

INSEP - Industrial Skill Enhancement Program. 

diringkaskan cerita, INSEP ni one of attachment course atau short course yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan bantu fresh graduate untuk senang dapat kerja. Kalau kita search, banyak je lagi short course lain yang kerajaan atau pihak swasta sediakan untuk fresh graduate. almaklumlah, sekarang ni lambakan siswazah makin kritikal. aku rasa la.huhu. bila ramai sangat yang graduate tiap-tiap tahun, maka banyak lah competition untuk dapat kerja. aku pun salah seorang manusia yang kene compete untuk dapatkan kerja. bila pointer plak just cukup makan, macam ni la jadinya.  MENGANGGUR.


untuk siapa INSEP ni?

basically, INSEP ni untuk Degree and Diploma holder. make sure, course yang korang nak apply sesuai ngan certificate korang. macam Maritime Ship Platform design, biasanya akan diberi peluang untuk engineering graduate. course lain pon sama je. yelah, name pon enhancement program kan, nak enhance apa kalau takde basic. sebab basic ni la nanti yang akan tolong korang untuk catch up sepanjang course ni. TETAPI, ade je yang course yang tak berkaitan diterima untuk INSEP. just give a try. kalau rezeki tu hak kita, INSYALLAH, ada je.hehe

tempat atau kolej yang sediakan INSEP?

banyak kolej yang sediakan INSEP program ni. antaranya Selangor Human Resource Develeopment Cente (SHRDC), Penang Skill Development Centre (PSDC), Johor Skills Development Centre (PUSPATRI), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan semestinya Terengganu Skill Developent Centre (TESDEC). banyak lagi pusat kemahiran lain yang aku tak list kat sini. rajinkanlah jari jemari anda untuk google ye.lalala

TESDEC Marang dalam 20 minit drive dari rumah tapi aku still prefer untuk stay kat hostel.*kene paksa ngan parents sebenarnya*. kebetulan masa aku attend this course, musim tengkujuh..so, not very convenient untuk berulang alik dalam hujan especially bila kelas pukul 8 pagi.hehe. tak sesuai nak drift bila jalan licin.hehe


course yang disediakan bagi program INSEP di TESDEC

setiap tempat berbeza course yang disediakan. masa aku interview, ade 4 course yang TESDEC sediakan

1. Maritime Ship Platform Design
2. Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE)
3. Sistem Pengurusan Kualiti Automotif
4. Quality management System for Oil & Gas Industry

seharusnya aku pilih Maritime Ship Platform Design sebab aku ingat ni course pasal design. silap faham rupanya.*menangis lagi*. 

masa interview tu, interviewer ada la cakap sket course ni pasal apa. my interviewer is a lady anyway.  dia pon ada cakap tak ramai perempuan attend this course but still, other courses can't really catch my attention. and ALHAMDULILLAH, rezeki aku kat sini, i got accepted.*clap-clap*


Yuran pengajian?

jangan risau ye kawan-kawan. INSEP dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. IT'S FREE Babeh!!! siap dapat elaun bulanan lagi. RM500. macam TESDEC, yuran bulanan tak dapat full RM500 masa study, RM90 dipotong untuk yuran hostel. bila start on job traing (OJT) baru dapat full. semua students akan dipotong yuran hostel. tak kisah la stay hostel atau stay kat rumah. ni pun antara sebab aku prefer untuk stay kat hostel.huhu


interview session.

like i said before, we need to go through an interview session to get a spot in this course aite? actually, it just a simple interview. walk in, fill up the form and wait for the interview session. normally, TESDEC will make an open interview to find the students. ada jugak yang datang interview dengan offer letter. macam aku, aku just walk in candidates. tak penting pun semua tu, janji perform mase interview. takdelah kene perform sangat sebab just kena jawab a few questions. diorang just nak make sure course tu sesuai dengan certificate korang.


ni lah contoh borang yang dia bagi sebelum interview

erm, aku rase tu je yang aku taw pasal INSEP. tak banyak pon. lain-lain, korang try la search lagi. banyak gak info aku dapat mase search pasal INSEP last time. next time aku try cerita pasal course yang aku attend, Maritime Ship Platform Design plak. 

Till Then.


LOVENOTE : still finding the lost blogging momentum. cost me almost 4 hours to complete this entry.*kesat peluh* mengarang sambil download Awkward series, dengar lagu, whatsapp, makan, minum n segala bagai keje lagi.haha. gambar ada satu je sebab malas nak cari yang lain. lalala
 

http://www.emocutez.com

 

6 comments:

Unknown said...

Salam Cik...
Macam mana program Maritime Ship Platform Design INSEP...
Saya berminat nak join kursus ini nti...
Terima kasih

Siti Nurhajar said...

hiii. nak tanya mcm mana study kt sna ye? boleh kongsi sikit tentang maritime ni

Unknown said...

Senang x nk apply sis klu dri poli...sbb skrng panel gan sponser tngok cgpa..mohon pencerahan

Unknown said...

Sye berminat

Unknown said...

Assalamualaikum Cik Alya..saya Faizah dari Batu Gajah, Perak..minggu lepas saya baru dapat panggilan inteview untuk program INSEP under SHRDC..Saya terjumpa entry Cik Alya psl INSEP ni dan jika tidak keberatan..saya ingin bertanya tentang tips interview untuk INSEP ni?mcm soalan-soalan yang mungkin bakal ditanya oleh interviewer? Thanks in advance. :)

Unknown said...

Assalamualaikum..saya Izah.. saya ingin bertanya klu kita join program INSEP tu..boleh ke pada masa yang sama kita buat kerja part time? Memandangkan elaun adalah jumlah yg kecil untuk tampung hidup di sana.