Thursday, May 12, 2011

Bila saya dah sampai rumah saya nak...

http://www.emocutez.com
Hai Semua.

apa khabar kalian semua? konpem sihat kan? seme duk mengembangkan diri kat umah.hihi. tahap kejelesan aku pada korang seme bakal berkurang mulai lusa.

oh ya, ALHAMDULILLAH, akhirnya setel gak satu lagi semester aku kat bumi UTM ni dengan berakhirnya paper control engineering yang tak mampu aku control.muahaha. penghabisan yang agak kurang memberansangkan senanye.huhu. esok aku da nak balik umah. barang pon da kemas n separuh da masuk dalam stor. pagi esok plak sambung.hihi

unlucky for me sebab esok malam aku akan tido umah Yunie dulu. tak boleh balik rumah terus sebab abang aku nak pergi melepak rumah kawan dia dulu kat kemaman n dia datang jemput aku pagi jumaat. then, baru la kiteorang akan balik umah.sob..sob.. tiba-tiba rasa abang kejam jap.huhu

kat rumah nanti bakal bermula berbagai agenda yang telah dirancang.hihi. petang jumaat pon da plan nak pi melepak umah kawan aku jap. yelah, ari ahad aku da start intership. mana la aku ada masa nak melepak lama-lama. entah minggu bila plak aku bleh lepas melepak ngan geng-geng sekolah menengah aku kat dungun. seyes rindu diorang. seme da plan nak pi mana cuma tarikh je belum tentu lagi. :)


kalau ikotkan hati, banyak sangat benda yang aku nak buat, ANTARANYA :

  • perkara pertama haruslah melunaskan segala macam gelodak nafsu serakah terhadap makanan. nak makan bubur jagung, udang masak merah, bubur pulut hitam,bubur gandum n semua-semua yang mama masakkan. hehe.
  • aku nak pergi jalan-jalan ngan geng-geng aku kat umah, geng-geng sekolah lama. geng smka kuala abang,  geng sbpi batu rakit , geng-geng smka durian guling. seme perancangan buat kat facebook. tiba-tiba rasa betapa bergunanya facebook dalam mengeratkan ukhuwah. eceeehhh.. :)
  • aku nak mandi laut. ni memang rutin biasa. ada masa sket aku akan pergi melepak kat pantai petang-petang. kalau rajin memang aku mandi la.hehe. tu la untungnya duk kat perkampungan nelayan. jalan beberapa langkah da sampai kat pantai. hehe
  • aku nak bergossip ngan mama, c.ngoh (mak sedara aku) n alia idayu, my super duper best kazen yang slalu had pillow talk ngan aku..
  • aku nak tukar template baru pada blog, nak header baru n nak wajah baru. nak follow seme blog-blog yang best n BW puas-puas.

yang lain-lain kita list masa cuti nanti plak. banyak sangat kehendak yang nak dipuaskan bila kita bergelar manusia. diberi nafsu tapi juga dikurniakan akal untuk mengawalnya.hehe

okea la. saya sudah mahu berehat. pagi esok nak ke fakulti dulu untuk setel tajuk untuk Final Year Project(FYP) yang tak disetelkan petang tadi akibat kemengantukan ditahap kritikal.muahaha. then, baru la aku ngan Yunie akan bertolak balik ke Kuantan. doakan perjalanan kami selamat ye. amiin ~

LOVENOTE : kita yang memilih untuk bergembira atau berduka. kita yang memilih untuk tersenyum pada takdir atau memalingkan muka pada takdir. memang benar, segalanya dah ditetapkan ALLAH tapi sebagai hamba kita wajib berusaha untuk yang terbaik, kemudian bertawakallah. semoga segalanya dalam lindunganNYA. semoga segalanya dalam keberkatanNYA. semoga segalanya dalam redhaNYA.
http://www.emocutez.com

2 comments:

Bunga said...

yang xtahan segala macam gelodak nafsu serakah terhadap makanan..haha..

Unknown said...

hehe.. :)