Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Ya Rasulallah...
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
sebuah lagu yang mengingatkan kita pada RASULULLAH S.A.W. saat-saat akhir Baginda yang jika disingkap sirahnya, Baginda masih ingat pada Umatnya yang sangat disayangi. tapi kita??? bahagia kita, ade kita ingat pada Baginda? ada kita berselawat setiap hari? huh..aku pon sama. alpa.. sama-sama la kita saling mengingatkan.. yukk, sama-sama kita berselawat keatas Baginda Rasulullah S.A.W.selawat yang paling aku suke, Selawat Burdah. banayk version tapi yang Amar alunkan paling kene ngan jiwa aku.. :)
Tiada harapan selain ALLAH,Tiada ikutan selain RASULULLAHTiada kata seindah AL-QUR'ANTiada jalan selurus SUNNAHTiada perjuanagn selain ISLAMSelamat menyambut Maulidur Rasul
2 comments:
sedap lagu tu kan..
rasa nak mengalir air mata bila dengar..
@ Solihin Zubir : betol2.. lagu nie memg menusuk hati lau hayati.. sebak :)
Post a Comment