Thursday, March 10, 2011

penting ke emcee dalam majlis?

http://www.emocutez.com
Hai semua :-)

" Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA dapat sama-sama kita berkumpul pada majlis yang gilang gemilang ini bagi meraikan...bla..bla..bla.."

familiar with that???
mesti la kan. korang semua pon mesti da biasa masuk majlis. tak kiralah formal atau tak formal pasti akan ada emcee. sekarang, aku nak berbicara mengenai emcee mengikut pandangan aku sendiri. ala-ala tajuk "emcee dari kaca mata alya" okea tak? hahaha. ini bukan emcee yang duk "wassup-wassup" ngan piring hitam tu tapi nie mecee lam majlis.hehe

penting ke emcee dalam majlis tu?

pada pandangan aku sangat-sangat penting kerana emcee mampu membuatkan sesuatu majlis menarik atau tak. bukan je persembahan dalam majlis yang jadi tumpuan tapi emcee gak ade peranan yang sangat penting. yela, nak announce sapa nak wat persembahan pon emcee gak, nak ajak VIP berucap pon emcee gak, nak bagi hadiah pon emcee gak yang panggilkan. pokok pangkalnya, emcee adalah tunjang utama sesuatu majlis. *boleh ke cakap camtu?hehe

apa yang penting pada emcee dalam sesuatu majlis?

Emcee adalah Penyeri Majlis - selangkah masuk ke dewan, pastila emcee yang akan jadi tumpuan. ye dak?? laen la kalau korang duk mencari secret edmirer korang. memang la korang tak pandang emcee atas stage tu.huhu. celoteh emcee pon mampu buatkan hadirin fikir untuk stick kat lam majlis or blah je. lagi-lagi kalau majlis tak formal, kekretipan emcee sangat penting. yela, kene fikir idea yang betul-betul mampu watkan hadirin terhibur. lain la kalau majlis formal, baca teks aje maa..hadirin pun tidur + bersembang. hehe

 apa yang paling penting pada emcee?

Tona suara dan penampilan - masuk je majlis kita akan dengar suara dia dari mula hinggal ke akhir majlis. suara dia je la lam dewan tu. kalau dapat bersuara lemak merdu memang best tapi kalau dapat yang suara nyaring, mahu bingit dewan. rasa cam nak pang orang pon ade gak. kalau yang suara best + penampilan superb mesti akan jadi ingatan sampai habes majlis. habes majlis pon orang cakap agie "bestla emcee tadi an?", "cOmei la emcee tadi", "cantik la baju emcee tadi" hehe

emcee formal atau tak formal yang best?

semestinya emcee tak formal jadi pilihan. yela, lau yang formal juz baca teks tapi kalau yang tak formal kita akan dengar celoteh dia. kalau yang pandai main ngan tona suara dia memang masyuk la. dengar dia wat kelakar, dengar dia wat nada sedeh, nada terkejut la. yang paling best bila emcee sporting n siap turun pentas n berlegar-legar kat hadirin untuk mencari mangsa menghiburkan hadirin. silap-silap hari bulan boleh jatuh cinta ngan emcee. oh, tu memang perkara biasa untuk aku.haha.

kenapa aku buat entri pasal emcee?

sebab aku pernah jadi emcee banyak beberapa kali.haha. saje nak gitaw aku suke duk atas stage tu.muahaha. okea-okea, tipu jek. senanye, benda nie terlintas dalam kepala aku sebab minggu depan Industrial Engineering Club (IEC) akan adakan annual dinner dan aku diamanahkan untuk pegang Unit Protokol merangkap emcee malam berkenaan. kalau tak nak jadi emcee malam tu aku kene cari pengganti. dalam kepala aku sekarang, aku TAK NAK jadi emcee untuk dinner kali nie.

last year punye annual dinner aku da jadi emcee. give me some rest dude!!! aku da tahun 3 kot *konon da besar sangat la tu.haha. aku senanye nak enjoy malam tu ngan kawan-kawan aku n bagi peluang kat adik-adik merasa jadi tumpuan malam tu. lagipun, baju aku untuk malam dinner nanti tak mengizinkan aku berdiri sebagai tumpuan malam tu.hahaha  gedik tak? opss!!! bukan aku nak pakai baju transparent..cuma aku nak menikmati malam-malam aku bersama kawan-kawan tersayang.hehe

okea...mana-mana yang nak jadi emcee malam berkenaan sila informkan diri anda kat aku ye.hehe. aku da penat survey adik-adik untuk jadikan emcee. aku nak emcee yang fun n tak formal sangat.. sowiela, aku nie memang banyak cekadak sket. aku susah nak percayakan orang kalau benda tu tanggungjawab aku. rasa tak puas bila serah tugas pada orang yang aku tak yakin.ngeee  :)


jom aku nak tayang pixies kenangan aku sebagai emcee sepanjang kat UTM nie je la. tak banyak pon senanye..hahaha. untuk 2 majlis je yang ade. untuk majlis laen ade gambar saje-saje. bukan gambar atas stage.hehe. tak glemer yuuu, so tayah letak la..hahaha


nie masa first meeting jumpa ngan first year

yang nie masa dinner tahun lepas

persiapan...bizi..:)

lain-lain picture aku malas nak godak. kebanyakannya masa aku join program Biro Sukan dan Riadah Kolej. jadi emcee tak formal untuk program sukan cam karnival bowling and pengalaman paling best + malu + gile masa aku jadi emcee untuk malam Penutup Karnival Sukan Kolej. seyes cam @#$%&^. nanti kalau ade masa aku share cite gile tu. sampai sekarang aku ingat dan sampai sekarang gak jadi bahan gelak. hahaha

so, apa pendapat korang mengenai emcee? 
nak yang formal ke tak formal?
nak yang ayu ke yang bingit? 
haaa..pilih-pilih.. :)


http://www.emocutez.com

6 comments:

bunga said...

yang penting kemas n bersih..hehe..

Imran nyambek said...

unformal lah.baru nampak cool

aLya maNip said...

@ bunga : sedap mata memandang..hehe :)

aLya maNip said...

@ Imran nyambek : setuju jugak :)

TiKa LEh said...

xpnh jd mc..xpndi ckp..hehhe

aLya maNip said...

@ TiKa LEh : tape2..seme org leh cakap la..hehe