Thursday, March 24, 2011

Jangan berputus asa

http://www.emocutez.com
Hai semua

hari ini mahu beremosi sedikit. boleh? 
agak kebosanan, MUNGKIN. 
kemalasan juga YA. 
kerinduan yang tak begitu ketara namun tetap ada.
ketidaktahuan juga mungkin termasuk dalam list.
apa yang aku tak tahu pun aku kurang pasti.

hari ini mahu menulis dengan serius. okea. berbalik kepada tajuk entri dan tujuan entri ditulis. mahu membincangkan isu hati, perasaan dan keyakinan. isu dilema diri sendiri. isu dalam kehidupan bergelar seorang manusia. memang tak pernah lari dari kesilapan. tak pernah lekang dengan ujian namun semua itu mengindahkan sebuah perjalanan. setuju?

jangan kau berputus asa = yakinlah dengan kemampuan diri sendiri

boleh ke kalau aku tafsirkan ayat itu begitu? tak mengapa lah. setiap manusia mempunyai persepsi sendiri mengenai sesuatu. juga pandangan sendiri mengenai setiap kejadian. punya tafsiran sendiri pada setiap patah perkataan. itu tafsiran aku. pemahaman aku. hak aku. namun, masih bisa ditegur atau diperbetulkan kerana tak semua persepsi, pandangan mahupun tafsiran itu  termaktub "benarnya". 

mungkin Malaysia bumi demokrasi. semua ada hak bersuara tapi tak semestinya semua suara itu benar kerana kadangkala manusia mudah lupa diri bila hak diberikan. mula lah nak berkata guna mulut tanpa ada akal rasional diselitkan pada kata-kata. manusia juga mudah melatah bila hak itu dilucutkan. hakikat. itu namanya kehidupan. tak akan ada yang pernah puas. tak akan ada yang meletakkan syukur itu ditangga teratas.

setiap yang terjadi ada hikmahnya. percayalah, kerana tiada satu pun zarah dialam ini yang bergerak tanpa kehendak-NYA. aku percaya namun kadang goyah bila terasa beratnya sesuatu dugaan. bila terasa peritnya sebuah kegagalan. mengeluh pun tiada gunanya kerana ia tak mampu meringankan segala macam yang digalas. 

hidup ini akan sentiasa begini. tak akan pernah sunyi. janganlah mudah berputus asa. jatuh tak bererti kalah. mengalah tak bererti lemah. kita mampu bangkit kerana semua yang terjadi kita usahakan. memilih untuk kalah bukan caranya. pilihlah untuk kalah selepas berjuang, bukan memilih kekalahan kerana "rasa" akan kalah. terimalah hakikat yang hidup tak selalu indah. sedikit kepahitan untuk merasa kemanisan supaya kelak kemanisan itu terasa nikmatnya. 

senyumlah pada takdir, pasti takdir akan tersenyum pada kita :)


Jangan kau berputus asa by Spider

Gerbang mu terbuka mencabar ku 

Melangkah menurut rasa rindu 

Biar pun nanti antara kita 
Ada yang mungkin terkorban 
Biar pun nanti kita terhukum 
Kerana melanggar kebiasaan 


Cinta tak pandang 
Tak kira siapa 
Ia kan mencuba 
Selagi mana pencinta 
Terdaya menahannya 

Dia akan dicuba 

Sebelum gugur tercalar jiwa parah 
Jangan kau gugurkan airmata 
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa 

Jangan kau berputus asa 

Nada mu menangis menduga ku 
Dekati dirimu yang ku rindu 
Biarpun nanti antara kita 
Ada yang mungkin menyesal 
Biarpun nanti kita terpaksa 
Membayar harga yang tak setimpal

LOVENOTE : kadangkala, lagu mampu tenangkan jiwa dan kembalikan semangat yang hampir goyah bila badai terlalu kuat dan tiada dahan untuk berpaut. :)

http://www.emocutez.com

6 comments:

mie said...

boleh tahan juga lagu ni..
ehehheeee

aLya maNip said...

@ mie : lagu nie best..hehe

echah mashuri said...

ololo.nape ni sis.lately neh mcm sedih je.ecah pun ase sedih gak.T___T



dtg sini.bc entri sini.mesti jadi ingt kat ex.:(

aLya maNip said...

@ echah mashuri : bukan sedeh la syg..gembira tapi tak cukup gembira kot..heeeee..

ala, echah jngan la sedeh2..k.alya da x ingat da kat ex..jom sama2 kita lupakan kisah lalu..hehe

Qaseh dalia adelia said...

lama tak dtg jenguk alya ... andainya harapan tu masih ada jgn pernah berfikir untuk berputus asa

aLya maNip said...

@ Qaseh dalia adelia : mekaseh dtg jenguk..heee
insyaALLAH, semoga kekuatan tu ALLAH pinjamkan utk kita semua.. :)