Thursday, March 31, 2011

Cukup syarat je nie

http://www.emocutez.com
Hai Semua


Its 7.40am
aku da pun dengan bahagianya tercangak depan lappy nie. bukan takde kelas taw. khamis adalah HEAVEN!. kelas full from 8 till 1pm tapi takde la straight je. ade gak la gap satu jam kul 10 nanti. hari nie plak kelas Engineering Economy kul 8 nanti takde. lecturer cuti seminggu, so aku ade masa lebeh kurang satu jam setengah lagi nak apdet baby belogku..ngeeee

da lama tak merepek sesuka hati kan? aku rasa la, tak tahula kalau korang rasa aku memang selalu je duk merepek kat sini.haha. senanye, awal-awal pagi aku da bangun. 6.15 aku da bangun. tido satu jam je. ingat nak terus je tido lepas kejutkan Aena kul 6.30 tadi tapi takut la terlajak plak. lagipun, kul 9 nanti aku ade Quiz DOR (Deterministic Operation Research ). doakan aku ye kawan-kawan.heeeee.

satu lagi, tolong doakan Aena sekali. doa dia cepat sembuh. dia kene gastrik malam tadi. panjang da dia kene ceramah ngan kami.

okea, dalam banyak-banyak aku duk merepek nie kan, aku senanye nak gitaw yang aku nak cari satu buku. I need a new material to read even masa sekarang sangat-sangat jeles ngan aku. nak ulang baca buku-buku yang ada macam da boring.ni antara yang da khatam da. cuma tunggu tayangan movie je lagi..ngeeee


tapi kan, seyes la. aku da jatuh cinta ngan satu buku. tajuk dia pon mantap semacam je. "Why men marry BITCHES" and "Why men love BITCHES". sinopsis cite nie pon macam bez je. BITCHES dalam cite nie bukanlah cam slut or whatever it is tu tapi novel nie about wanita yang berkerjaya masa sekarang. interesting aite???





kalau sape-sape rajin atau ade duit lebeh nak belikan aku buku ni pon boleh. terbuka ngan luasnya tangan aku menerima. haha. kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.ngeeeee

Okea, suda mahu bersiap ke kelas. Doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan..
muuaahhh!!! muuaahhh!! morning kizz untuk semua!!!
have a great day ya!!!


http://www.emocutez.com

Tuesday, March 29, 2011

harganya WANITA

http://www.emocutez.com
Hai semua

MAAF. aku tidak dalam mood untuk mengarang apa-apa entri sebenarnya. hati kacau dan jiwa agak kusut tapi ALHAMDULILLAH, masih mampu berfikir dengan akal yang waras. 


Dalam kemalasan tadi tiba-tba terjumpa something kat wall seseorang kat facebook. aku tertarik menarik ko memang da bomb la..heee . so aku pun dengan rajinnya men"copy" paste untuk tatapan semua terutamanya insan untuk  yang bernama wanita. ketahuilah betapa berharganya kamu.


* A British man came to Sheikh and asked*

"Why is not permissible in Islam for WOMEN to shake hands with a MAN?"


* The Sheikh said* 

"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"



* British man replied*
"Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth".



* Sheikh replied with a smile on his face*

"Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men.."




lepas baca nie seyes terharu jap. mungkin da ramai yang pernah baca kan. aku gak la yang agak kebelakang sket.ngeeeee. rasa lain kan? meresap jauh ke dalam jiwa. betapa tingginya darjat wanita yang dah ALLAH letakkan dalam Islam. tapi, pernah ke kita hargai darjat yang ALLAH letakkan untuk kita? tepuk dada, tanya iman. insyaALLAH ada jawapannya..


now, i can say..proud to be one.. :)



insyaALLAH :)

http://www.emocutez.com

Sunday, March 27, 2011

Pelangi itu Indah

http://www.emocutez.com
Hai Semua

"panas sampai ke petang"
itu harapan
"hujan di tengah hari"
itu dugaan
"hadirnya pelangi selepas hujan"
itu rahmat tuhan


pelangi itu indah
berwarna warni
sempurna pada pandangan
sesempurna jalan ceritanya
hadirnya selepas hujan
mengubat duka lara
meminta ukir senyuman
SENYUMLAH
:-)


KEHIDUPAN
hakikat hidup tak semua indah
namun
setiap janji ALLAH itu pasti
setiap yang terjadi ada hikmahnya
setiap zarah bergerak ada tujuannya
setiap liku kehidupan ada matlamatnya

merangkak kadang tersadung
berjalan kadang jatuh
berlari kadang tersungkur
sakitnya usah dicerita
deritanya tak semua mampu rasa
kerana kita semua punya jalan tersendiri
jalan yang sempurna atas kehendak-NYA
bersyukurlah kita diuji
itu bukti kasih sayang-NYA
bersyukurlah atas semua nikmat-NYA

Firman Allah yang bermaksud: 
“Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

LOVENOTE :
Terima Kasih YA ALLAH untuh rahmat dan nikmat kurniaanMU.
Terima kasih sayang untuk segalanya.
Terima kasih teman untuk hadirmu disisi. 

http://www.emocutez.com

Thursday, March 24, 2011

Jangan berputus asa

http://www.emocutez.com
Hai semua

hari ini mahu beremosi sedikit. boleh? 
agak kebosanan, MUNGKIN. 
kemalasan juga YA. 
kerinduan yang tak begitu ketara namun tetap ada.
ketidaktahuan juga mungkin termasuk dalam list.
apa yang aku tak tahu pun aku kurang pasti.

hari ini mahu menulis dengan serius. okea. berbalik kepada tajuk entri dan tujuan entri ditulis. mahu membincangkan isu hati, perasaan dan keyakinan. isu dilema diri sendiri. isu dalam kehidupan bergelar seorang manusia. memang tak pernah lari dari kesilapan. tak pernah lekang dengan ujian namun semua itu mengindahkan sebuah perjalanan. setuju?

jangan kau berputus asa = yakinlah dengan kemampuan diri sendiri

boleh ke kalau aku tafsirkan ayat itu begitu? tak mengapa lah. setiap manusia mempunyai persepsi sendiri mengenai sesuatu. juga pandangan sendiri mengenai setiap kejadian. punya tafsiran sendiri pada setiap patah perkataan. itu tafsiran aku. pemahaman aku. hak aku. namun, masih bisa ditegur atau diperbetulkan kerana tak semua persepsi, pandangan mahupun tafsiran itu  termaktub "benarnya". 

mungkin Malaysia bumi demokrasi. semua ada hak bersuara tapi tak semestinya semua suara itu benar kerana kadangkala manusia mudah lupa diri bila hak diberikan. mula lah nak berkata guna mulut tanpa ada akal rasional diselitkan pada kata-kata. manusia juga mudah melatah bila hak itu dilucutkan. hakikat. itu namanya kehidupan. tak akan ada yang pernah puas. tak akan ada yang meletakkan syukur itu ditangga teratas.

setiap yang terjadi ada hikmahnya. percayalah, kerana tiada satu pun zarah dialam ini yang bergerak tanpa kehendak-NYA. aku percaya namun kadang goyah bila terasa beratnya sesuatu dugaan. bila terasa peritnya sebuah kegagalan. mengeluh pun tiada gunanya kerana ia tak mampu meringankan segala macam yang digalas. 

hidup ini akan sentiasa begini. tak akan pernah sunyi. janganlah mudah berputus asa. jatuh tak bererti kalah. mengalah tak bererti lemah. kita mampu bangkit kerana semua yang terjadi kita usahakan. memilih untuk kalah bukan caranya. pilihlah untuk kalah selepas berjuang, bukan memilih kekalahan kerana "rasa" akan kalah. terimalah hakikat yang hidup tak selalu indah. sedikit kepahitan untuk merasa kemanisan supaya kelak kemanisan itu terasa nikmatnya. 

senyumlah pada takdir, pasti takdir akan tersenyum pada kita :)


Jangan kau berputus asa by Spider

Gerbang mu terbuka mencabar ku 

Melangkah menurut rasa rindu 

Biar pun nanti antara kita 
Ada yang mungkin terkorban 
Biar pun nanti kita terhukum 
Kerana melanggar kebiasaan 


Cinta tak pandang 
Tak kira siapa 
Ia kan mencuba 
Selagi mana pencinta 
Terdaya menahannya 

Dia akan dicuba 

Sebelum gugur tercalar jiwa parah 
Jangan kau gugurkan airmata 
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa 

Jangan kau berputus asa 

Nada mu menangis menduga ku 
Dekati dirimu yang ku rindu 
Biarpun nanti antara kita 
Ada yang mungkin menyesal 
Biarpun nanti kita terpaksa 
Membayar harga yang tak setimpal

LOVENOTE : kadangkala, lagu mampu tenangkan jiwa dan kembalikan semangat yang hampir goyah bila badai terlalu kuat dan tiada dahan untuk berpaut. :)

http://www.emocutez.com

Monday, March 21, 2011

"Retro Nite", Malam Getaran Jiwa

http://www.emocutez.com
Hai Semua 

AMARAN : ENTRI INI DIPENUHI DENGAN GAMBAR

erm, da 2 hari belog tak berapdet. rasa macam lama plak tinggal. rasa ketinggalan tak tahu apa cerita blogger-blogger laen..hehe. cam yang aku cakap dalam entri sebelum nie, aku sangat-sangat la bizi wiken hari tu. sabtu malam gie tengok futsal, hari ahad stay kat dewan daripada jam 8 pagi untuk setup dewan. seyes penat. balik siapkan teks emcee. benda yang aku ingat tak nak, aku buat gak. lepas fikir banyak kali, akhirnya aku jadi emcee malam tu jugak bertemankan hasrul.

malas nak taip banyak-banyak. jom la tengok gambar masa futsal, persediaan dewan dan malam tadi.. :)

pertandingan futsal SMI dimenangi oleh 4SMI 

Malam Pra Graduan Kelab Kejuruteraan Industri
20 Mac 2011
Dewan Banquet UTM Skudai
melibatkan semua pelajar Kejuruteraan Mekanikal (Industri)

persiapan dewan



semua pelajar 3SMI 2010/2011


emcee of the nite




aku takde keje..haha

kiri : my senior 4smi            kanan : my classmate

kiri : my classmate            kanan : my classmate (king of the nite)

kiri : ayu                                  kanan : fika




kiri : ngan junior 1SMI              kanan : Mas (Queen of the nite)

tu je la pixies untuk semuanya. pixies sepanjang wiken aku. wiken nanti tak tahu la apa lagi aktiviti best yang bakal menanti. yang pasti wiken nie pon bakal bizi. mungkin sehari dan mungkin 2 hari. tengok je la nanti.hehe

Untuk semua jawatankuasa yang terlibat, terima kasih dan tahniah untuk semua. korang semua memang superb. tahun 3,2 dan 1. memang best la.

~ miza, fika, yunie, ayu, mas, fuad, mail, syafiq, sopee, qayyum dan semua-semua.~
 thanx gak kat hasrul sebab sudi temankan aku jadi emcee even last minit. thanx semua yang mengindahkan malam aku. 



http://www.emocutez.com

Saturday, March 19, 2011

away...but still here :)

http://www.emocutez.com
Hai semua 

korang semua gembira tak harini??? aku gembira..yelaa, da wiken pon.haha. masa untuk bergembira sudah tiba. dalam jadual kehidupan aku memang macam tu. wiken adalah masa untuk berjimba-jimba. wikdays je masa untuk pulun ngadap buku.

minggu lepas aku ade cerita tentang perancangan hujung minggu aku tapi aku tak gitaw plak apa aku buat kan. *bajet macam ada orang nak tahu kan.haha. biarla da seminggu berlalu, aku still nak bagitaw mana aku wiken lepas. disebabkan terdapat kecelaruan entertainment di UTM, aku "terpaksa" mencari entertainment luar.

berbekalkan bertemankan kesayanganku Aena, kami ke Jom Heboh. Wana ngan Ana missing in action..hehe. Wana balik umah n Ana plak sedang mengenjoykan diri tanpa kami kat Hong Kong ngan family dia. Untuk pengetahuan korang,  ini first time aku pergi jom heboy ye. selama ni aku ni katak bawah tempurung BAIK, errkk..bukan aku nak cakap gie konsert jahat, aku pon gie gak cuma aku tak berapa ambik port sangat pasal konsert dan hiburan nie. setakat karok, wayang n ronggeng ngan kesayang tu perkara biasa la tapi nak gie konsert nie bukan permainan aku.haha.

lepas gie konsert, melalak sket nyanyi lagu rahmat then kami gie karOk plak. da lama kot kami tak karOk. lama giler. "sebulan lebeh" kot. seseorang "bersarcastic" ngan aku bila aku cakap sebulan lebeh tak karOk tu lama.haha. awal-awal karOk tu cam tak feel.canggung sket. masok 20 minit baru dapat feel. kami duk berdangdut 2 orang..haha. abes lagu dangdut kami nyanyi. lepas Inul, lagu Amelina, lagu Shida, lagu Mas Idayu..then balik sambong wat esemen. lupa plak aku yang isnin aku ade esemen nak kene submit.muahaha..





yang kat atas tu minggu lepas punya cerita. memang bergembira sakan la aku. minggu nie plak bizi bagai nak rak tapi sempat agie amek mase untuk apdet baby belog aku.haha. nie pon aku baru je lepas siapkan teks ucapan emcee untuk dinner ahad malam nanti. takde la baru lepas sangat. siapkan teks ucapan. sekarang baru sempat nak ngadap belog.hehe

LIST TO DO
 - Teks ucapan emcee untuk dinner *DONE*
 - Layout dewan untuk dinner *HALF-DONE*
 - design backdrop untuk dinner *HALF DONE*
 - iron baju nak pakai *lambat lagi la..hahaha
- study (kuiz isnin pagi) *habuk pon tak sentuh agi..

banyak gak lagi keje aku tak setel senanye. aku just ade siang nie je lagi. malam esok nak gie tengok perlawanan futsal antara dak tahun 1,2,3 n 4 cos aku (SMI). nak gie jadi pom pom girl jap.haha. hari ahad plak kiteorang da boleh stat masuk dewan untuk setup seme benda untuk dinner..heeee

minggu depan aku still akan bizi sebab 26. Mac aku akan ke SMK (P) Sultan Ibrahim untuk program IE promotion. untuk program tu aku kene setel surat n tentatif program ngan sekolah. contact kaunselor sekolah n mcam-macam gak la. nasib baik gak la, minggu bizi aku sama ngan minggu "away" seseorang.kalau tak masak la aku nak memujuk bila call terpaksa cakap 3 minit je. cukup la sekali aku merasa seksa nak memujuk. aku bizi seminggu je tapi dia punya status "away" for few weeks. kebosanan la aku untuk beberapa minggu.ngeee.

beberapa hari nie aku tak mampu janji yang aku akan BW macam biasa. risau gak kekangan masa tak mengizinkan. kalau untuk apdet belog pon aku tak sure. kalau aku rajin aku akan apdet tapi kalau malas aku juz edit entry dalam draft, kalau malas lagi aku juz duk diam je.hahaha

lastly, TERIMA KASIH untuk semua pendapat pada ENTRI INI mengenai Latihan Industri yang bakal aku jalani may nanti. really appreciate it..sayang korang..muaaahhhhh!!! mmuuaaaahh!!!



http://www.emocutez.com

Thursday, March 17, 2011

Swasta atau Kerajaan untuk Latihan Industri. any suggestion?

http://www.emocutez.com
Hai semua 

sekarang aku tengah blur senanye. aku tengah kusut. *kononnyala.. :)
aku ngah fikirkan sesuatu atau dalam erti kata lain tengah pening dalam membuat keputusan. *tengok ayat tahap skema menandakan tahap keseriusan masalah aku.muahaha. banyak la plak aku duk mengarot kan.hehe

okea..okea. sambung cerita aku. dulu, aku pernah cerita dalam ENTRI INI yang aku da pon dapat tempat untuk Internship. tempat tu kat Kuala Terengganu,


MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd 


beberapa hari lepas tu aku dapat lagi satu tempat,


Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR)

mula-mula seharusnya cakap ALHAMDULILLAH. ade gak rezeki kan sebab ada lagi kawan-kawan yang still tak dapat tempat n ngah pening gak fikir hal nie.

bila da ada tempat untuk intern, ada lagi satu masalah. aku skunk ngah blur untuk pilih tempat mana yang lagi best. dalam dua-dua tempat nie banyak persamaan antaranya :
- location dua tempat nie dekat je, so mana-mana pon pilihan aku still kene duk umah sewa.
- kedua-dua tempat tak menyediakan elaun which is i need pa&ma full support..ngeee

 perbezaan paling ketara
- satu company swasta dan satu lagi badan kerajaan

Kalau pilih Badan Kerajaan kawan-kawan aku cakap senang nak dapat keja bila da graduate nanti sebab kita da ada pengalaman dalam tu. lagipun, benda paling penting bila da graduate adalah kerja. matlamat utama semua fresh graduate. ramai gak cakap bila intern ngan badan kerajaan nie tak banyak keje. banyak goyang kaki sebab tak banyak job. kawan mama plak cakap yang Bengkel Mekanikal JKR kuala Terengganu banyak job. slalu keluar gak lawat site. takde pakai baju kurung duk office cam orang cakap tu.

Kalau pilih swasta banyak pengalaman boleh kutip. banyak benda boleh belajar. husband kawan aku ade keje company nie n dia pon cadangkan aku intern sinie. boleh main ngan mesin besar-besar which my most interest in mechanical. company swasta nie based on Marine. bukan course aku tapi benda yang aku minat. lagipun, masa intern nie la aku nak cedok ilmu banyak-banyak sebab next semester aku akan berhadapan ngan PSM (Projek Sarjana Muda).*ouchh,,nebes yuuu bila nak sebut PSM.hahaha. baru je lepas daftar untuk PSM next sem. tajuk je yang tak pilih lagi.

aku nak tanya korang la. kalau korang jadi aku, mana satu pilihan korang. mesti ramai yang kat luar sana da pernah Intern ataupun sedang Intership kan? bagi la aku cadangan n cerita la pengalaman korang n apa beza dua badan nie..ngeeee

seyes aku blur. da la esok aku da kene wat pengesahan kat fakulti untuk Internship. aku kene gitaw mana satu yang aku nak n kene wat surat kat company yang aku tak nak gie. :)

tolong...tolong...give me some opinion..:) 
gambar nie takde kene mengena pon ngan entri. saja nak gitaw aku berkarok wiken lepas.muahaha
LOVENOTE : mama cakap ikut keselesaan aku n mana tempat yang dekat dan senang nak pergi kerja.

http://www.emocutez.com