Tuesday, January 31, 2012

i am a series addict - Part 4 (Life Unexpected)

http://www.emocutez.com

Hai Semua


now i wanna continue the 4-th place in my series addiction list. Life Unexpected trailer aku tertengok dalam Hallmark channel (sekarang dah tukar jadi Diva Universal). habes je trailer, aku terus search kat Youtube. tengok lagi banyak-banyak dia punya sedutan cerita tu. then, aku start download weekly.

kalau diikutkan, Life Unexpected season 2 da pon lama tamat . to be exact on february 2011 . cerita ni memang exactly my stuff la. cerita about teenager, conflict n more to family punya stuff. aku suka tengok family value dalam cerita ni. how a young couple handle their own life after they found out about their 15-year old daughter .


LUX (Britt Robertson) , a 15 year old girl yang dari kecil dia stay kat foster care lepas her mom, Cate Cassidy (Shiri Appleby) gave her up because the foster care promise her that foster care is the best place for lux. masa tu Cate still kat high school. she got knocked up on prom night with school quarterback, Baze (Kristoffer Polaha). lux ni ada health problem masa kecik n bila dia betul-betul da okea, masa tu dia da besar, so takde family yang nak adopt dia n she end up at the foster care.
cerita ni stat bila Lux nak dapatkan emancipated minor n she need her birth parents signature. mula-mula dia pergi jumap Baze. Baze ni ade bar tapi takde kerja tetap. lepas dapat baze signature, baze bagitaw kat Lux yang her mom is Cate Cassidy which is a famous radio deejay. "unlucky" for her when her parents want her n she failed get the emancipated minor n need to stay with her birth parents. bila stay ngan dia punya birth parents n share custody ni la macam-macam benda yang jadi.

sebelum kehadiran Lux dalam hidup diorang, Cate baru je engaged ngan Ryan which is her partner in the radio station. bila Lux move into Cate's house, there also a problem with Ryan n Baze because Cate still have feeling for Baze n Baze pun camtu gak tapi Baze biar je Cate kawen ngan Ryan sebab dia percaya yang Ryan je boleh bagi kebahagiaan kat Cate.
sebelum stay ngan Cate n Baze, Lux stay ngan bestfriend dia, Tasha n her boyfriend, Bug. masa dia stay ngan Baze, accidentally she know a guy n having one night stand with that guy. dia da cam suke sket kat that guy n it turns out that the guy is her teacher. dalam cerita ni pun ada hubungan cinta terlarang antara student ngan teacher. 

series ni berakhir ngan happy ending. Cate divorce ngan Ryan n berbaik balik ngan Baze. Lux complete her high school n dating the school quarterback. cerita ni da pun complete with two seasons.overall, cerita ni memang best sebab dia punya plot is more to reality. banyak pengajaran boleh diambil dari cerita ni. kalau korang ada masa try la download cerita ni. tak rugi.hehe

btw, the main character in this series already play another role in The Secret Circle, also as the main character. another new series drama. nanti aku buat another part for the series :)

LOVENOTE : lama aku menyepi dari cerita pasal series ni. lepas ni aku nak buat marathon series plak.hihi

http://www.emocutez.com

Monday, January 30, 2012

i getting married on 2015

http://www.emocutez.com 
Hai semua

today, i would like to announce bout my wedding. i will get married on 2015 with "V" which i dunno who and from this marriage, we will "make" 4 babies.haha. anyway, this is the detail bout my marriage.


how i figured ot bout this???

there "was" an application on fb n i play-play with that application. juz now, i try to find the link n paste it here n its already gone.haha. ntah pape aku cakap. harap kome-kome paham la ye. tapi seyes taw, aku da tak jumpa application tu. da kene delete kot.huhu

btw, benda ni juz main-main je tapi kalau betul aku kawin 2015, agak kesian la.huhu. yelah, masa tu da 26. agak "matured" da masa tu.haha. takpelah, nanti aku usahakan cari sorang bakal suami. kenal je aku terus ajak kawen.haha. macam Ally Iskandar. dia memang kenal Farah Lee ngan niat untuk kawen n Allah makbulkan doa dia.

lagipun, kalau kita betul-betul niat untuk berkahwin n mengelakkan maksiat, doalah pada ALLAH,  InsyaAllah, DIA akan makbulkan doa kita :)

LOVENOTE : aku still tak dapat nak pikir sape-sape yang aku kenal yang nama dia start ngan V. huhu
http://www.emocutez.com

Friday, January 27, 2012

happy belated beday my dear YUNIE!!!

http://www.emocutez.com
Hai semua

ALHAMDULILLAH. pertamanya aku bersyukur sangat-sangat. aku da okea. baru aku sedar dalam ketidaksempurnaan diri tu, masih ramai setia disisi aku. terima kasih semua. kawan-kawan di dunia nyata dan di dunia maya. walau kita tak pernah jumpa, ketulusan korang nasihat aku cukup untuk buat aku tenang. thanx again :)

kembali ke tajuk asal entri. da terang lagi bersuluh yang entry ni adalah wishing a 
BELATED BIRTHDAY to my super duper best fren,  

lets the pixies do the middle talk. *betul ke perkataan aku?haha

tarikh : 27. December.2011
lokasi : seoul garden, city square, JB
peserta : Yunie(the birthday woman girl), aku, ayu, miza, gg n hattah





agenda makan-makan da sebulan berlalu baru aku terhegeh-hegeh nak buat entry ni. sowie sayang :(

27. DECEMBER. 1989

till


27. JANUARY. 2012

sweet 22, 1 month :)
 mula-mula sekali, aku nak wish, happy belated besday again to u my dear yunie. semoga dengan peningkatan angka pada umur ko akan lebih mematangkan ko. dun worry, angka je yang bertambah, keremajaan tetap mantain.hihi. aku selau doakan yang terbaik untuk ko, kehidupan ko, study ko n relation ko ngan gg. aku harapkan yang terbaik untuk korang. jaga gg dan perut gg ye. ko gak cakap lelaki nak kene jaga perut.hihi

sempena besday ko ni, aku nak berterima kasih banyak-banyak untuk segala pengorbanan dan jasa ko untuk aku selama kita kenal. u r one of the best of the best i ever had in my life. terima kasih sebab selalu ada ngan aku time senang dan susah. terima kasih gak sebab selalu bagi aku kata-kata semangat bila aku down. terima kasih sebab selalu dengar aku bercerita yang kadang-kadang tak taw pape. banyak sangat kalau nak list. yang penting, terima kasih sangat-sangat untuk kehadiran ko dalam hidup aku.

LOVENOTE : kita semua ada lagi satu sem sama-sama. aku harap yang terbaik untuk ko sem ni. dun worry, masa ko grad nanti ko bleh datang tido bilik aku. bilik aku nanti akan sentiasa terbuka untuk ko.hihi.

http://www.emocutez.com

Wednesday, January 25, 2012

seikhlasnya dari hati aku kecewa dengan diri sendiri

http://www.emocutez.com
Hai semua

 "ALLAH tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu"

"setiap yang terjadi ada hikmahNya, ALLAH tak jadikan sesuatu dengan sia-sia"

itu yang aku pegang sebagai azimat penguat semangat setiap kali aku kecundang. tak kesah la sama ada aku kecundang lam pelajaran, kehidupan, perhubungan mahupun persahabatan. aku kuatkan semangat dan kembali bangkit meneruskan kehidupan.

ALHAMDULILLAH, walau sebanyak manapun kejatuhan yang aku alami, aku berjaya bangkit. semuanya untuk mereka dan kerana mereka. mereka, keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada disekeliling aku.
aku rasa almost 6 tahun aku tak menangis sebab STUDY. bagi aku, bila da dapat result, aku tak perlu nangis sebab apa yang aku dapat tu adalah apa yang aku usahakan. kalau teruk, tulah nilai usaha aku. TAPI... hari ni aku kecundang. aku tak kuat untuk tanggung semua ni sorang diri. aku da tak tahu berapa kali aku menangis bila pikir semua ni.

bila aku failed paper yang sama untuk kali keempat. aku plak bakal extend 1 sem. pointer aku still tak okea. aku pun tak tahu apa yang tak kene ngan aku study. aku cuba coolkan diri aku ngan kata-kata yang kawan aku titipkan "mungkin bukan rezeki aku lagi" tapi hati aku tak mampu nak digest semua tu.

"terima kasih untuk Yunie, Miza dan Ayu untuk semua kata peransang yang korang berikan kat aku"

terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran aku. memikirkan semua kawan sealiranku yang bakal menamatkan pengajian pada julai ini sedangkan aku masih stuck disini. semuanya sebab kelalaian aku sendiri. main-main dan tak pernah nak ambil pusing ngan study aku. salah sendiri. ofkos.
memikirkan yang aku je masih study. aku rasa terbeban bila aku rasa aku tak mampu nak bahagiakan parents sendiri. syukur aku punya abang yang dah graduate dan selalu ada untuk "back-up" aku bila abah mula bertanya pasal study aku. masa ni aku merasakan amatlah bertuah jika aku punya adik beradik yang ramai untuk bahagiakan hati mama ngan abah.

sangat sakit bila aku tak mampu nak lukiskan satu senyuman pada wajah mama ngan abah dengan kejayaan aku. apa yang aku mampu? alirkn air mata mama ngan kerenah aku. merisaukan hati mama ngan tindakan bodoh aku. risaukan hati abah ngan pointer aku yang tak pernah nak okea.

orang tak akan mampu faham apa yang aku rasa. bilamana aku rasa diri aku cukup tak berguna pada parents aku sendiri. kalau setakat jadi kawan yang tak berguna, aku still mampu digest. lagipun, kawan datang dan pergi, tu hakikat. cantik, hodoh, baik dan buruk..itu manusia..tapi, mama ngan abah hanya ada satu. tiada 2 mahupun 3.

tahun ini da 23 tahun aku hidup. kerana mereka yang bernama mama ngan abah. aku tahu, sampai mati aku tak akan mampu balas jasa mama ngan abah tapi aku juga ada keinginan untuk bahagiakan ibu bapa sendiri.

aku nak jadi macam abang. aku nak tengok mama ngan abah senyum cam hari abang konvo. aku nak tengok mama ngan abah senyum bila atuk selalu bercerita abang hulurkan duit gajinya untuk atuk setiap kali abang melawat atuk. aku nak jadi anak yang dengar kata cam abang.

hakikatnya, aku selalu buat masalah dan abang selalu ada untuk hilangkan kesedihan abah ngan mama. terima kasih abang. aku sangat-sangat bertuah sebab ada abang cam abang.

satu ketika dulu abah pernah cakap "anak abah ade 2 orang je. baik buruk pun abah kene trime je la" tapi tu bukan "lesen besar" untuk aku buat sesuka hati aku je. makin menginjak usia makin terasa tanggungjawab aku sebagai anak yang aku tak pernah sedar.

terlalu banyak cacat cela pada aku. ketidaksempurnaan manusia tu terlalu banyak pada diri aku. tak banyak yang aku nak capai dalam hidup aku. cukup setakat keredhaan Allah dan mama ngan abah. semoga suatu hari aku mampu balas jasa mama ngan abah. buat mama ngan abah senyum. balas jasa abang yang selalu menjadi pem"back-up" aku.

satu kata penguat semangat baru yang aku ambil dari ceramah Ustaz Don
"Nabi Muahammad S.A.W tak pernah ajar umatnya terlambat, kalau esok kiamat dan kita ada benih dalam tangan, Nabi  S.A.W suruh kita tanam benih tu."

LOVENOTE : entry ni sekadar luahan aku. aku stress sangat-sangat hari ni. terlalu banyak benda yang burden aku lately ni. semoga ada jalan penyelesaian untuk segala macam benda ni :(

DOUBLELOVENOTE : terima kasih untuk CIPOT sebab sudi luangkan masa dengar alya bebel-bebel panjang. thanx gak untuk story yang cipot cite. means a lot 2 me :)

http://www.emocutez.com

Monday, January 23, 2012

Tiara Beach Resort,PD

http://www.emocutez.com
Hai semua

okea. mari bermula. tanak intro banyak-banyak. straight to the point. ini kisah taun lepas tapi takde la lama pun. baru sebulan. almaklumlah, sepanjang aku kat UTM aku tak sempat nak curi masa untuk detailkan percutian ni tapi masa untuk tengok movie tak henti tu ade.haha

23.december lepas, pak sedara aku, ayah ngah yang duk kat pasir gudang amek aku n join his family vacation ke Sepang n Port Dickson. petang tu,ayah ngah n his family sampai around 4pm n kami terus bertolak ke sepang. malamnya kami tido kat umah mak sedara aku, cik su yang kat sepang.

pagi esoknya baru bertolak ke Port Dickson. pegi 1 kete.padat tayah cite la sebab anak ayah ngah aku de 4 orang, anak cik su 2 orang. total seme ade 10 orang lam exora. kebetulan ayah su aku keje n dia bertolak lepas keje sorang-sorang. sebelum bertolak ke PD, kami ade pergi kilang kerepek n borong kerepek kat banting. kononnya nak la buat bekal makan-makan lam kete tapi sebab seme kepala da sampai PD sebelum bertolak lagi, seme kerepek tertinggal kat umah.sob.sob:(

kami sampai kat Tiara Beach Resort around 12pm, so kami terus tunggu untuk mandi sesi petang which will be opened at 1pm. lagipun, bila nak mandi kene ade "gelang" dia. so tunggu je la gelang sesi petang. this is how TBR look like.

kami stay kat TBR satu malam. tido dalam apartment yang ayah su sewa sari kawan dia. berbaloi la sebab apartment 2 bilik n banyak kelengkapan disediakan. the whole house ade aircond, ade peti ais, ade heater n ade microwave.harganya RM350.

Hafiz


malamnya ade sambutan christmas yang pikah resort sediakan. ada games and persembahan nyanyian. kami juz jalan-jalan n lepak kat bawah. melayang gak lak berpuluh ringgit duit mak sedara n pak sedara aku belikan mainan nyala-nyala untuk si kecik seme. kalau tak beli nanti konfem ade la adegan golek atas lantai.haha

ijat n fika

hafiz n intan

esok pagi sambung mandi lagi sampai tengahari. kazen-kazen aku da tak nampak rupa da seme. burn.haha. lepas mandi kami keluar ke pantai Teluk Kemang. makan-makan, jalan-jalan n beli souvenir sket. si kecik plak naik beskal la, naik kuda la. segala bagai ragam ade. pastu baru balik ke TBR n kemas barang n balik umah cik su kat sepang.




malamnya, around 11pm, aku, cik su, ayah ngah, cik ita, fika,intan n hafiz pegi LCCT, tunggu my parents. hero-hero seme tinggal kat umah. kebetulan malam tu mama ngan abah baru balik dari Jakarta, pergi hanimun yang entah ke berapa kali.huhu. lepas mama ngan abah sampai LCCT, makan mc'D jap n iorang terus balik Terengganu sebab keesokannya mama da kene pergi pejabat sekolah. tunggu sampai lewat malam dapat la gak satu beg. kebetulan beg aku plak putus tali mase tu.hihi

intan, paling close ngan aku since aku start study kat UTM. penat aku pakaikan lip gloss kat dia,then dia isap botol gak.haha. masa ni otw balik JB da.

hari isnin, lepas lunch baru la aku ngan family ayah ngah bertolak balik Johor. penat n burn tayah cite la tapi best gile. next percutian dalam perancangan. mana la agaknya my big family nak pergi lepas ni.hihi

LOVENOTE : i feel grateful to have a big family like this. saat aku menaip entry ni, ayah ngah aku ada kat terengganu, cuti chinese new year. family ayah ngah ngan sorang ag pak sedara aku, pak lan duk enjoy mandi kolam kat TER (Terengganu Equestrian Resort). aku tak dapat join sebab da janji ngan mama nak teman mama g kenduri kawen anak kawan mama:)

http://www.emocutez.com