Global Outreach Programme, Beijing. PART 1
korang da bace belum PART 1? hehe
now, aku nak sambung ngan part 2. second day we were there (14.dec.2010)
korang da bace belum PART 1? hehe
now, aku nak sambung ngan part 2. second day we were there (14.dec.2010)
hari dimulakan ngan breakfast kat Ibis hotel. menu die ok gak la. ade nasi goreng, bubur nasi, coffe n milk. makanan pagi tu tak berapa ade perasa sebenarnya sebab kami dimaklumkan yang setiap hidangan tu tak diletakkan satu perasa tambahan yang tak halal.
then, dalam jam 8pagi kami gerak ke Tianjin University. sesi pagi diadakan presentation daripada kedua-dua university, Tianjin University(TU) n University Technology Malaysia(UTM). untuk present slide daripada UTM, head of delegation, En. Jafri sendiri yang present sendiri seme slide kat lecturers ngan dean daripada Industrial Engineering Department (IE).
selepas semua presentation, kami dibawa melawat sekitar lab IE. seyes, lab die canti dan banyak teknologi yang memang havoc n canggih. die siap ade sistem yang lengkap untuk setiap eksperimen yang berkaitan ngan IE.
ni antara machine-machine yang diorang gune untuk wat kesperimen.
ni lak model yang dibina untuk eksperimen dalam lab nie. banyak gak lab yang kami lawat.
diorang punye lab siap ade conveyor untuk wat eksperimen agie. yang nie la watkan semangat kami seme berkobar-kobar nak balik UTM wat perubahan kat IE department.hehehe
haa..kebanyakan pelajar kat University di China ke kelas naik basikal. kat malaysia ade???
jarang je yang gie kelas naek basikal. kononnya malu la. tak ade kelas la. seme ade kenderaan, tak pon juz jalan kaki or naik bas yang disediakan oleh pihak university. kat sane, siap naek basikal ngan pakwe agie. sweet gitewww..hehehe
then, kami dibawa melawat ke muzium university Tianjin. kalau korang nak tahu, Universiti Tianjin nie adalah universiti tertua di China yang dulunya bernama Peiyang University. universiti nie baru je celebrate 100 tahun ditubuhkan. muzium die memang high class la. lengkap semua facilities and baru je ciap. ade 10 buag bilik pameran tak silap aku, n dalam tu still ada 2 bilik pameran yang still dalam proses kemaskini.
belakang yang aku berdiri tu lagu university. bile pasang siap ada lampu-lampu yang akan nyala n gerak ikut senikata lagu tu. so, lau datang banyak-banyak kali boleh la hafal lagu universiti.hehe
then, kami pusing-pusing sekitar universiti. tengok tempat-tempat menarik cam frozen lake. taman die n banyak lagi. lepas tu baru kami gerak ke restoran untuk lunch. lepas lunch, kami ke universiti sekali lagi untuk sesi conference bersama pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 Industrial engineering
sebelum discussion session dimulakan, TU membentangkan setiap aktiviti kurikulum IE departmen n UTM sendiri diwakili Karthik ngan eddy. banyak yang dapat dibincangkan serta dikongsi sepanjang conference nie. antara topik-topik yang dibincangkan kami adalah :
- subjek-subjek yang diambil oleh IE student di kedua-dua universiti.
- apa relevennya subjek tersebut cam macro n micro economy ada lam TU punye syllabus tapi kat UTM tak ada.
- peluang-peluang pekerjaan untuk IE di china
n etc
ni la antara pelajar-pelajar yang menyertai conference selama 2 jam tu. diorang sangat friendly n open in discussion. bagi aku, personally, discussion ni banyak membuka mata aku sendiri sebab tahu betapa untungnya study kat malaysia n jadi rakyat malaysia. kenape?
sebab, sepanjang discussion nie, antara topik n isu yang diorang bagitaw kami adalah :
- undergraduate student (degree), biasanya akan sambung ke master or phd baru keje. kalau tak memang keje gaji sikit n degree student tak akan diiktiraf sebagai enginer kat China sebab diorang assume, degree student still banyak benda yang perlu belajar.
-isu engineer perempuan, kita rasa kat Malaysia da berat sebelah tentang lady engineer tapi kat China lagi susah nak dapat keje (lady engineer only). lagi-lagi bila da kawen sebab kebanyakan perempuan kat China akan bercuti selama setahun untuk bersalin so company tak nak tanggung kerugian sebab setahun gaji jalan tapi keje tak ade.
ni antara gadis-gadis yang join discussion petang tu. lepas sesi discussion, kami terus bergerak ke stesen Bullet Train untuk ke Beijing. bullet train nie the fastest train in the world. around 300km/hour. die nye sistem takde la 300km/hour all the time, die akan gerak sampai certain point (highest) n slow down balik. so takde la takut sangat. duk dalam tu tak rase pon kelajuan die tapi bile tengok luar rase gak la yang train tu laju.ngeeee. kami naik first class coach ngan harga RMB69. lau second class coach lak RMB58. first class coach die lengang je. tak ramai orang naek. kebanyakannya naek second class coach je.
sampai je kat Beijing, pakcik van da tunggu kami. da la mase nak gerak ke van, aku tengok Mr sunny tolong sorang auntie bawakkan beg die mase naek escalator sebab auntie nie dukung anak die. Mr Sunny nie baek sangat taw..sabar je ngan kerenah kami. naek van terus gie dinner. lepas dinner barula kami check in hotel. kami ckeck in kat Wanch Huafu Hotel.
malam nie agak penat tapi still taknak lepaskan peluang jalan-jalan sekitar hotel. kebetulan, kami terserempak ngan group GOP dari fakulti kejuruteraan awam(FKA) yang stay kat hotel yang sama. so, one of the sudent FKA dengan bermurah hati nak tunjukkan kami jalan-jalan sekitar hote. yela, kami akan stay kat hotel tu 6 malam. mestila nak tahu ape yang ade sekitar hotel. lagipun, budak yang tunjukkan kami jalan tu da seminggu kat beijing n da nak balik malaysia keesokannya.
malam tu punye temperature memang terbaek punye la. the lowest temperature sepanjang kami kat beijing, -11 degree Celsius. seyes sejuk. seluar pon 2 lapis, gloves 2 lapis, baju tak payah cite la bape lapis, skarf n segala bagai still tak dapat tahan sejuk. hingus mengalir pon tak sedar..hahahahaha. balik bilik terus tido n rehat untuk mengahadapi hari esoknya :)
tunggu ea..tengok apa lagi yang kami jumpa kat sana :)
daaa :)
6 comments:
salam....
sangat cantik pemandangan tu..
teringat kembara syahadat saya di China tahun 2006 dulu
abg eq dah ke beijing bulan nov tahun lepas...
hhmm...masa tu sejuk...tapi cukup tak gemar dgn toilet kat beijing...hehe
agak la..pljr malaysia malu nak naik basikal...btw, comell gile blog ni..hehe..beznye g China..
letak la my blog kat right wall u...
"ur 1 n only source into the scandalous life of manhattan elite.." hhehe
alya! bestnye kmu! :D
wahhh kat sana sejuk ek??
@ sekamar rindu : betul..pemandangan kat sana sangat cantik. :)
@ abd eq : betul..alya pegi pon winter.sepanjang kat sana bawak botol kosong all the time..hikhik..seme sebb toilet :)
@ .:rizaL:. : bez :).. nnt alya letakkan ur blog kat y blog list..ngeee
@ anish : rezeki..hehe :)
@ AesyaZealous : yup..mase alya gie winte..temp pon negative jek..ngeee
Post a Comment