Thursday, December 30, 2010

rentak kehidupan

http://www.emocutez.com

dalam dunia ni kita hidup...senang je. wat baek kat orang, orang akan balas kebaikan kat kita. kita takkan keseorangan bila kita ada masalah. believe me. aku mungkin 21 tapi aku da rase macam macam lam hidup nie. kawan-kawan nampak aku manja, mengada-ngada tapi pernah kamu taw ape yang aku da lalui. bila aku jatuh akan ada orang yang berada disisi aku untuk bagi sokongan. aku tak pernah mengalah kerana aku taw akan ada insan yang akan sanggup bersama aku, memahami aku dan menasihati aku.
KELUARGA,
KAWAN-KAWAN.

mungkin aku sorang yang sangat senang express ape yang aku rase kat blog atau fesbuk tapi jangan ingat bile bace yang tertulis kat blog or fesbuk maknanye korang da kenal aku sape. hanya secebis bingkisan hidup aku yang aku catakan kat sini. mungkin sekadar mahu meluahkan ape yang aku rase atau berkongsi pahit manis yang aku lalui. melepaskan sedikit kedukaan namun bukan semuanya. apa yang pernah aku lalui tak semua mampu faham. aku da rase banyak kejatuhan dalam hidup aku tapi aku bangkit dari kejatuhan tu untuk jadi siapa diri aku sekarang.

aku hanya jadi diri aku. bila sesuatu jadi pada aku, aku tak pernah salahkan sesiapa. aku lagi suke menilai diri aku. menilai mana silap aku. mencari apa lagi yang perlu aku ubah untuk jadi seorang manusia yang lebih baik. kerana dengan cara itu je kita akan matang menerima kesilapan kita dan bersedia untuk berubah. bila kita menuding jari pada orang lain takde masalah yang akan selesai sebab mase tu kite rase yang kita seorang manusia yang baik dan menjadi mangsa keadaan. tanya lah pada diri kita, pernah kita lakukan sesuatu yang orang lakukan pada kita kerana dunie ini berputar macam roda.

mungkin aku pernah menyalahkan takdir memilih aku untuk melalui seme dugaan nie tapi itu tak pernah menyelesaikan seme benda malah lagi kusut. makin diselami kenapa aku dipilih untuk melalui seme nie, makin aku tak faham, makin aku hilang. kerana itu aku berhenti mencari jawapan. aku lagi suke menguburkan semua khilaf aku dan berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan bukannya mendoakan dikurangkan dugaan untuk aku sebagai hambaNYA kerana aku tahu aku hanya hambaNYA yang lemah dan tak sempurna. kalau disingkap satu persatu kesilapan dan khilaf yang pernah aku buat, tak seme mampu percaya bahawa itu adalah aku. terlalu banyak cacat celanya.

tapi aku ingat, muhasabah dir kita sejenak lebih baik daripada membaca AL-Quran. namun, manusia mudah lupa. sejenak menginsafi kesilapan, masih diulangi pada masa akan datang. dan aku tahu, aku juga insan seperti itu. khilaf dan mudah lupa.
 namun,
jangan dibutakan mata yang memandang,
jangan dipekakkan telinga yang mendengar,
jangan dibataskan hati yang menilai,
jangan dihimpit akal waras yang mentafsir,
jangan diragukan pada sebuah takdir.
yang tersurat tak semestinya hakikat,
yang tersirat tak semua mampu faham,
semoga kekuatan itu milik kita,
semoga redhaNYA juga bersama kita
semoga dirahmati perjalanan kita menujuNYA.
INSYAALLAH :)

come into my life n be my friend. i can be the nicest person you ever noe if u treat me right n i might be the worst person u ever noe if u cross the limits. dats me. take it or leave it.  u decide it.


* aku nak mintak maaf lau aku ade wat silap kat sape-sape. lam idop aku, aku tak pernah cari musuh. when i did sumthing, i have my own reason. aku bukan wat sesuke hati aku. aku taw aku memang susah nak difahami n aku tak mintak pon difahami. aku juz mintak korang hormat keputusan aku.

- kawan, jangan cepat melatah. jangan terlalu rakus menilai. 

* sekadar meluahkan ape yang terbuku dihati. bukan mahu menjadi baik dimata semua namun ada kalanya terasa mahu berkonsi rasa, membariskan kata supaya ada yang memahami. :)

http://www.emocutez.com


4 comments:

Ana Farhana said...

post y penuh ngn moral n matang!..huhuhu
mungkin sbb da ujung taun, kte imbau kembali kenangan2 y lalu~ heee^^

aLya said...

sometimes, we MUST be one la dear..slame ni duk merapu jek..hahaha
orang kat luar menilai rupanya..huhu

maCy said...

senyum tak perlu kata apa2 :)

aLya said...

satu senyuman menggambarkan banyak makna :)