Sunday, March 11, 2012

UTM Pc Fair 2012

http://www.emocutez.com 
Hai semua

tajuk pun da terang tang-tang...so, kita terus sambung cerita je la kan?hehe. ha, sebelum tu kita sama-sama tengok banner UTM PC Fair dulu. banner pun aku pinjam ngan Facebook PC Fair UTM je. ngeeee 

Alkisah, duit PTPTN untuk pelajar UTM,Skudai da pun masuk 6 Mac 2012 bersamaan ngan hari selasa. check PTPTN masu terus laju-laju pergi Pc Fair.haha

benda pertama yang ada dalam kepala adalah headphone sebab headphone aku da rosak. technically tak rosak la but physically, span dia da takde. takkan la aku nak tekap benda keras yang kuar bunyi tu atas telinga aku.nanti kan tak pasal-pasal aku dapat nama baru. "alia si telinga penyek". takkoseden.haha

round pertama seharusnya sesi cuci mata. tengok apa yang berkenan. cukup 2,3 kali kehulukehilir compare harga baru la boleh beli. aku kan da pandai berjimat sekarang.hihi.

tapi kan, benda pertama yang aku beli bukanlah headphone yang macam dalam perancangan. aku masuk ahli satu kedai. bayaran dia RM10 n aku dapat satu Halloween punya kotak. dalam kotak tu ade satu biji pumpkin cuteada bekas air, bag n benda yang nak buka penutup botol.

bila da masuk ahli dapatlah beli barang dengan harga yang lebih jimat dan secara tidak dirancang aku pun "terbeli" satu lappy bag dengan harga RM19. murah yuuuu!!! harga asal RM39. even tak la cantik mana pun tapi dapat la juga aku merasa backpack baru setelah almost 5 tahun tak beli backpack baru. gila tabah aku pakai satu beg 5 tahun.hahaha

back on track, aku pun beli la my headphone. beats solo HD taw. even buka yang ori pun, ok la tu.haha. tu pun da melayang RM35. masa tu ada gak yang DJ punya ape ntah n harga dia RM145. kalau aku anak orang kaya aku da beli da tapi kalau aku yang kaya aku beli Beats original je. solo HD pun da RM1.8K. agak-agak kalau pakai yang harga 1.8K tu pakai span bulu angsa kot. lembut je kat telinga.muahahaha


oh ya, kalau korang tengok dalam gambar tu ada 2 headphone kan. malam yang aku beli headphone tu kebetulan aku call abang aku n tanya dia nak tak. benda free sape tak nak kan?haha. lagipun, aku takut abang aku mintak headphone aku. so, sebelum dia berbuat demikian, hari ketiga UTM Pc Fair tu aku pergi lagi sekali n belikan headphone yang sama untuk abang aku. SETEL PROBLEMO!!!

lastly, happy wiken kawan-kawan!!!

LOVENOTE : siang tadi aku jelajah JPO n CS. sekarang da tak larat nak taip. so, next entry aku cerita pasal JPO n cs plak.ngeeee

http://www.emocutez.com

 

4 comments:

yad'z said...

untunglar belanje abang.. =)

teha said...

dh lame kite xpegi pc fair.. hehe :)

Juliet_iRa~" said...

wahh shopping sakan..heeee

ILA HonEyBuNNy said...

adik yang bagus.....hehhehe...syg abg neh..hehhe