Saturday, April 23, 2011

Tidur waktu exam!???

http://www.emocutez.com

Hai semua

korang semua ngah watpe? da makan da? hehe. ke seme ngah take 5? study ye? bagos-bagos. cayOk ye kawan-kawan. study rajin-rajin taw.hehe

ha, aku rasa kan, boleh dikatakan almost semua IPTA ngah final exam kan? betul tak? yelah, tengok post kat facebook sorang-sorang pun seme duk wat post tentang final exam. ade yang duk post mintak maaf, doakan kejayaan, exam susah, neves nak final n macam-macam la tapi sekarang aku bukan nak setory mengenai kerenah or post yang pelbagai kat facebook tu tapi aku nak setory tentang salah satu habit best dan menarik tertarik ko memang da bomb dalam dewan exam.hihi

TIDUR DALAM DEWAN EXAM


pernah try tak? ke korang memang sekutu aku gak? suke tido lam dewan exam?haha. nak bercerita tentang habit yang sangat "bagOs" satu ni haruslah mengalami. baru feel nak setory. ye dak?? hihi

senanye habit yang satu nie memang da sebati dalam diri aku sejak sekolah menengah lagi. sekolah rendah takde la camtu kan. duk umah konfem la cukup tido. lagipun, masa sekolah rendah aku satu sekolah ngan mama, so sebelum cikgu kelas report pape kat mama better behave la kan..ngeee

masuk je alam skolah menengah, dapat la rasa camne teruknya time management aku. bila kat kelas aku suke tido. seyes la. memang dari form one aku ske tido lam kelas. pantang takde cikgu lam kelas aku tido.haha. bila malam a.k.a time prep muka aku takde lam kelas, merayap pergi kelas geng-geng aku. melepak or study kat sana tapi most of the time aku pergi melepak la.hihi. 5 tahun, 3 sekolah, geng-geng aku tak pernah sekelas. tu yang jadi camtu. huhu

bila malam kat hostel aku akan tido lambat. kalau tak kul 2,3 pagi aku tak tido lagi. masa tu la aku study. paling obvious masa form 3. nak amek PMR kan, pulun study but lucky for me, ade junior form 1 a.k.a adik angkat aku temankan aku study. haha. zama sewel seme, beradik angkat bagai. masa sekolah n sampai sekarang la, aku prefer untuk study lewat malam. bila nak gi kelas esoknya mula la mengantuk.huhu.

pernah sekali masa aku form 4 aku kene panggil ngan sorang cikgu. cikgu add math aku. cikgu hadi nama dia., muda lagi, tak kawen lagi. oppss, tergedik plak.hahaha

cikgu hadi : awak ada masalah apa alya? takde kawan ke?
aku : nape cikgu?
maaf la, stail aku. orang tanya aku, aku tanya balik.huhu
cikgu hadi : yelah, setiap kali saya pergi kelas atau lalu kat kelas awak, saya selalu tengok awak tido kalau takde cikgu. kenapa awak tak join kawan-kawan yang lain? study ke, bersembang ke.
aku : entah..tak satu kepla kot * baik punya jawapan
cikgu hadi : awak satu geng ngan *** kan? saya selalu nampak awak kat kelas aliran sains.
aku :a'ah
cikgu hadi : berkawan tu boleh tapi awak tak boleh la ikot cara dia study. awak amek 12 subjek. dia amek 9, dia ada banyak masa lebih. awak ni..bla..bla..bla

ceramah pagi ngan cikgu tu berakhir ngan air mata. haha. aku ni da la ske nanges. tacing jap ade cikgu care hal aku.haha. oh ya, aku budak aliran sains agama n kelas first masa form 4 which is da worst thing ever. aku tak pernah suke duk kelas first. rimas.grrrrr. mungkin orang akan cakap aku lah manusia paling tak bersyukur tapi tu la hakikatnya. duk kelas first, persahabatannya tak feel. ramai yang hipokrit dalam friendship n pentingkan diri. believe me! * boleh ke orang nak caye teori aku ea?

masa paling tragis adalah masa SPM. aku amek 12 subjek dan 11 paper aku tido kecuali add math. masa cukup-cukup je untuk jawab. masa jawab paper kimia kertas 2, aku tak perasan yang aku jawab ala kadar soalan struktur. then, aku melalut jawab essay. agak-agak da panjang aku mengarang. aku pun tido. aku bangun bila dengar ketua pengawas announce

" masa menjawab da tamat. sila letakkan pen anda dan ikat kertas jawapan". 

dengan bahagianya aku ikat kertas jawapan dan masa tu baru aku sedar banyak gila soalan aku tak jawab. uwaaaa. balik aku tak nanges sebab aku memang pattern susah nak nanges kalau hal camni. da memang silap sendiri ka.huhu. kesudahannya, result kimia aku dapat 5C.haha. naseb baik lepas. lau tak entah apa la jadi ngan aku sekarang. ngeeee

err, yang aku duk melalut panjang-panjang nie nape ea? ha, senanye, last week aku ade test n masa test tu aku ngantuk gila-gila. masa jawab test tu  1 jam setengah untuk 3 soalan. dalam 20minit aku da jawab 2 soalan n soalan last aku tak tahu buat. aku mula la main main lukis-lukis. tersengguk-sengguk lam dewan tu. memang cover gila la. da la duk paling depan.

masa tu la aku teringat habit lama aku.haha. da lama senanye habit nie. sejak masuk U nie, aku da jarang tido-tido ni. kalau ngantuk terus tak pergi kelas.haha. last 3 sem, aku ada tido masa final n paper tu aku FAILED n paper tu pon da selamat direpeat dengan jayanya.hehe. tapi kes aku tido masa final tu seme budak kelas aku ingat. masa aku repeat paper tu last sem, bila kawan aku tanye mesti ade je kawan aku cakap "oh, paper yang ko tido masa final ari tu ea?". memorable seyhh..hahaha

sekarang pun musim final. aku juz harap final kali ke-6 kat UTM ni mampu jadi final terbaik aku. kali ni aku da memang betul-betul seyes ngan my future. masa main-main aku da habes kot. i'm oredy 22 la..da tu ghuperrnyee..hihi. kalau ade rezeki, INSYAALLAH, tahun depan nak grad. next month pon da nak internship. takkan la aku nak kekalkan lagi perangai main-main aku ni kan..sob..sob..*insaf jap..

haa..untuk semua, jangan la amalkan perangai baik-baik camtu. lagi-lagi tengah musim final ni. makse sure korang semua cukup tido, cukup rehat. study smart taw, bukan study hard. pandai-pandai la manage masa korang.  aku pun ngah usaha yang terbaik untuk final kali ni. masa da tak cukup. aku da tak boleh ade repeat pape paper lagi da. kalau tak memang selamat la aku extend . sedeh kan??? so, insaf la sementara masa masih ada. da jadi cam aku agak kurang berguna la.huhu..

 sekarang mahu study sudaa.. daaa :)
LOVENOTE : tadi ade gathering UTM BLOGGERS kat Tasik Ilmu. sangat-sangat eksaited bila dapat jumpa ngan blogger UTM. sekarang aku nak sangat apdet tentang gathering tadi tapi nak tunggu pixies dulu. baru ade feel nak apdet. boleh kan???hehe

http://www.emocutez.com

9 comments:

Imran nyambek said...

dah2...blajar2.hehe

HonEyBuNNy said...

hehe....ila xpernak tido dalam dewan coz masa memang xsempat nak tido dalam dewan...

malah nak baca esei semula pun xsempat coz asyik menulis ja....ngeh3...

kalau time stduy lak..kena tido awal malam..coz pagi nak bangun study....xreti tido lewat2...time buat esmen ja leh stay up sampai subuh...

btw, good luck final...semua musim exam..ila ja merilekkkan diri d rumah..ehhe

zacky ~786~ said...

sy pn same .. suka tido dlm kelas.. p exam tak pernah buat lg laa.. hahaha.. sy dari sekolah rendah hingga masuk U .. tido dlm kela xblh dipisahkan .. :P


gud luck yawW..

aLya maNip said...

@ Imran nyambek : imran, ko pon kene study wei..jngan study DE je...hahaha

aLya maNip said...

@ HonEyBuNNy : okea..skunk alya jeles ngan ila..alya bukan men kene pulun final, ila da leh duk seronok2..jeles nie..hehehe

aLya maNip said...

@ zacky ~786~ : tido lam kelas kat u??? hebat..hehe

mekaseh..hihi :)

Solihin Zubir said...

sy plak, besok nak exam baru kalut nak baca buku.. hehehe..

alasan, kalau study awal, cpat lupa.. ;-p

aLya maNip said...

@ Solihin Zubir : haha..cm sama je alasan kita tapi memg betul pun kan.. bila stdy awal mula ar rasa slese.. last2 yg tu yg kntoi..huhu

Anonymous said...

When will you post again ? Been looking forward to this !