Wednesday, April 20, 2011

jangan asingkan aku daripada kehidupanmu

http://www.emocutez.com

Hai Semua

ALHAMDULILLAH. setel gak semua esemen n group project untuk sem nie. aku baru je balik dari "berkampung" kat FKM untuk siapkan esemen terakhir untuk sem nie. esemen Advance Quality. sekarang aku da boleh mula fikirkan final n seme study yang terbengkalai. lucky for me or should i say lucky for us sebab jadual final exam sem nie tak menyengetkan otak.hihi.

kami akan start first paper on 27 april n abes on 11. Mei. even habes final lambat n aku rasa aku akan kelam kabut nanti untuk wat preparation untuk intern. mana taknya, intern akan start 15 Mei, hari ahad sebab aku intern kat Tengganu. so aku juz ade 4 hari untuk fikir seme benda. balik nanti my parents akan datang amek tapi kemungkinan besar akan balik ke Tengganu hari sabtu sebab mama tak leh cuti lama. mana nak fikir umah sewa lagi, kete lagi, nak pi tempat intern lagi..sob..sob.. :(


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

REVIEW : Novel Terasing by Hilal Asyraf

okea, okea, lupakan jap tentang segala kekusutan tu. let me think 'bout it later ya! as i promize yesterday, aku nak buat review tentang novel yang aku baca semalam. novel ni aku pinjam dari my ex-rumet. hehe *Thanx Fatiha for letting me borrow ur novel.hehe. kebetulan kan hari tu aku pun ade cari something untuk baca. hehe. dapat la hilangkan kempunan nak baca novel..tiba-tiba aku rasa yang doa aku dimakbulkan. ALLAH mungkin tak hadirkan aku seseorang untuk tenangkan jiwa aku tapi novel ni ada jawapan untuk semua kekusutan yang aku rasa sekarang..heeee

*TERASING*

novel ni mengisahkan tentang ukhuwah, persahabatan dan keluarga. apa yang terjadi bila satu ukhuwah tu diuji. apa yang jadi bila kita mengasingkan diri dari nikmat ukhuwah. aku rasa mesej yang dibawa dalam novel ni sebenarnya simple tapi cara penceritaan dia laen dan sangat-sangat terkesan. kalau sape-sape baca tapi tak terkesan baek baca banyak kali.heee.

cerita dia mengenai persahabatan yang dibina sejak zaman sekolah. orang-orang hebat zaman sekolah, dihormati dan disegani, ada agama, tinggi pekertinya dan camne bila mereka ni diuji. main thing dalam novel nie adalah janji-janji waktu mereka bersahabat dulu. do they succeed in keeping the promises and what they see in the others' life esspecially the person who not lucky enough to feel "kemanisan iman".  pernah kita terfikir semua tu? novel ni ada jawapannya. lagi-lagi dengan keadaan masyarakat kita sekarang.

watak utamanya, Saifullah. dia ni berkawan ngan zaman n diorg ada berjanji waktu sekolah. satu petang,  zaman mintak Saifullah janji pada dia,


" pertama,  ingati aku dalam setiap doamu"

"kedua, kalau aku jatuh, hulurkan tanganmu kepadaku. bila aku bengkok kau luruskanlah aku"

"jangan asingkan aku daripada kehidupanmu"

 novel nie cerita camne effect daripada janji tu. zaman rasa yang dia diasingkan daripada hidup Saifullah dan rasa dikhianati bila Saifullah kawen ngan Tengku Atikah. Zaman suka kat Tengku Atikah sejak sekolah tanpa pengetahuan Saifullah. bermula la macam-macam konflik, dugaan, pemunuhan dan macam-macam gak la. nak tahu lebih lanjut sila baca ye.hehe

erm, yang aku nak kongsikan sket daripada apa yang aku baca, aku suka susunan dan jalan cerita novel nie. setiap kejadian diselitkan firman dan hadis yang kene ngan keadaan tu. dalam ni gak tekankan yang apa jadi sekalipun, kita ada DIA. dalam banyak-banyak firman, hadis dan kata-kata hikmah, ada satu yang paling aku suka dan memang terkesan dalam jiwa,

"jadikanlah cintamu kepada ALLAH sebagai pokok untuk membuahkan cinta-cinta lain. INSHAALLAH, kamu tidak akan kecewa bila silap, dan kamu akan rasa teramat bahagia bila betul"

aku rasa sebab tu la orang yang betul-betul ikhlaskan hati dia pada ALLAH akan senyum dan masih mampu ucap syukur walaupun ditimpa musibah atau silap dalam percaturan hidup. ALLAH kurniakan mereka ketenangan jiwa. nikmat yang tersangat indah :)

dalam novel ni gak ada kupas apa akan jadi bila kita asingkan diri kita daripada sahabat yang soleh dan akan buat kita terasing daripada hidayah ALLAH. ada gak cerita mengenai pandangan seorang yang betul-betul faham konsep dakwah dan da'i. mereka tak akan asingkan mereka yang bersalah, bergelumang ngan maksiat tapi mereka akan mendekati mereka ni dan cuba menarik mereka ke arah kebaikan kerana kita bukanlah penghukum.

kalau kita ALLAH kurniakan dengan Iman, tak perlu kita takbur dan mencemuh masyarakat ngan orang-orang yang ALLAH uji dengan kehidupan yang lain bentuknya. bersyukurlah sebab ALLAH sediakan kita dengan jalan hidup kita dan bagi kita rasa nikmatnya Iman. tak salah kita mendekati mereka yang tak bernasib baik tu n mungkin tu satu lagi cara dakwah yang lebih berkesan. *wink*

 banyak lagi ilmu, nasihat dan teladan yang boleh kita ambil dari novel ni. aku rasa cam nak suruh seme orang baca novel nie.hehe. seyes taw, sangat best. tak dapat kat tempat lain.hehe

penulis novel nie sebaya je ngan aku.hehe. muda lagi. betul orang cakap, usia tak menggambarkan ilmu di dada. kalau nak kenal siapa Hilal Asyraf, boleh ar terjah ke TERATAK LANGIT ILAHI. aku takdela kenal sangat beliau tapi baru je mula nak kenal-kenal lepas baca novel nie.hehe. lepas ni rasa cam nak cari lagi karya dia nie. up to date dan Islamic.hehe. haa, tu je la yang mampu aku cerita mengenai apa yang aku baca.hehe

okea, lepas ni aku nak pergi bilik Fatiha lagi. pinjam novel lain pulak.haha. tapi nak tak nak terpaksa la tunggu masa yang betul-betul lapang dulu. sekarang masa sangat-sangat jeles ngan aku.huhu. okea la, tu aje.

LOVENOTE : nikmat dan kasih ALLAH tak terhingga banyaknya. lagi-lagi kalau kita nak compare ujian yang sedikit ALLAH sediakan untuk kita berbanding ngan nikmat yang tak terkira. sama-sama kita angkat tangan syukur untuk segalanya. :)

http://www.emocutez.com

14 comments:

HonEyBuNNy said...

Ya Allah...tersentuh hati baca entry neh....

bersyurkur atas nikmat allah.....

Allah maha besar,,,

aLya maNip said...

@ HonEyBuNNy : alhamdulillah...
lepas ni ila leh la cari novel ni lak..hehe

HonEyBuNNy said...

okies..kejap lagi ila nak keluar...nanti ila tengok dekat popular...hehe

wahida said...

lama tak layan novel...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Wah cembest je. Ni yang nak cari ni...

zacky ~786~ said...

waa..pmpn mmg tak dpt dipisahkan ngn novel.. kn3.. hehee...

suka ayat nie ..

"kenang daku dlm doamu" ...

Qaseh dalia adelia said...

dah lama xbaca novel rindu sangat .. n entry ni buatkan hati tersentuh :(

aLieF si Muncung ManiS said...

wahhh...alief pernah baca novel sekali je..tapi novel seram..huhu

aLya maNip said...

@ HonEyBuNNy : uish..bagus nie, smngat waja..hehe

aLya maNip said...

@ wahida : bizi sgat ko sys..hehe

aLya maNip said...

@ AMIRA ATIYA MYRA_ZOE : cepat2...kene masuk list wajib baca ni..hehe

aLya maNip said...

@ zacky ~786~ : seronok baca novel ni..hehe..

best kan? even ayat simple tapi penuh mkna :)

aLya maNip said...

@ Qaseh dalia adelia : erm, lepas ni leh la qaseh luangkan masa baca novel lak..hihi

sama2 kita saling mengingatkan :)

aLya maNip said...

@ aLieF si Muncung ManiS : lepas ni alief kene try genre novel laen lak..hihi