Saturday, June 18, 2011

ship inspection

http://www.emocutez.com

Hai semua

dalam entry lepas aku ade cerita pasal aku NAIK BOT kan? senanye, naik bot tu tak termasuk dalam syllabus study aku pon. itu just pusing-pusing cari pengalaman je. bak kata orang, alang-alang intern kat company kapal, kene la rasa naik bot.hihi.

sekarang aku nak cerita pasal benda yang berkaitan ngan study aku plak. kalau diikutkan, major aku in mechanical engineering n minor in industrial engineering which is related to Quality Control (QC) and Quality Assurance (QA). kat MSET aku stay under QA & QC department. setakat 5 minggu ni, kebanyakan kerja aku baca dokumen and fahamkan procedures inspection yang QC kene buat. pernah jugak aku naik kapal yang tengah buat tu tapi setakat jalan n tengok-tengok je. hari tu pon aku just tengok diorang buat levelling test.

hari khamis lepas, pertama kali aku berpeluang ikot Pian (En Zamri punya pembantu) untuk buat inspection. kat yard Pulau Duyong ada 3 buah kapal yang tengah buat. 2 da ade superstructure. masa nak naik nebes gak sebab kene panjat kapal untuk naik ke superstructure.

gambar kat bawah ni kapal nombor 2, kalau korang tengok, kedudukan  tangga dia (*tangga 1) senang nak masuk kapal. korang boleh naik tangga, bongkokkan badan n lalu bawah "pagar" tu je. da boleh sampai ke main deck kapal.

 masa inspection khamis lepas, aku naik kapal nombor 1. tangga dia pada kedudukan (*tangga 2). means, aku kene panjat kapal tu sebab takde "pagar" nak mencelah macam kapal nombor 1. lama gak la aku fikir nak panjat ke tak. masa tu da la pukul 11 pagi. matahari da nak tegak. bila nak panjat, kene berpaut pada dinding kapal, panas tak payah cerita la.

mula-mula macam tak yakin je aku boleh panjat. aku suruh je pian masuk buat ispection. aku tunggu kat tangga tapi bila dia cakap lama kat dalam, aku pun panajat je la..takut tak payah cerita la. kebetulan plak hari tu aku just pakai kasut biasa. tak pakai safety boot. nebes gak kalau ada pape jatuh atas kaki. tapi ALHAMDULILLAH, semua selamat. turun kapal pun selamat.

sepanjang inspection, tak banyak sangat yang aku belajar. aku just tengok Pian tanda "defect" pada kapal cam welding tak betul, lubang pada welding, defect tak cukup grind n banyak gak la. keje aku plak just ambik gambar untuk buat report balik office nanti. kiteorang just buat inspection pada superstructure. untuk deck kapal n body kapal, team QC kat Pulau Duyong yang buat inspection iaitu En sayed ngan Azrul.

okea, habis cerita pasal inspection. nak cerita banyak-banyak kene bukak buku lain la plak.hehe. sepanjang 5 minggu intern ni aku da jadi orang nomad. kejap kat MSET Pulau Kambing n kejap kat Pulau Duyong. ikot arahan bos nak kene stay mana. macam minggu lepas, 3 hari kat Pulau Duyong, 2 hari kat Pulau Kambing, so aku ada meja kat dua-dua branch.kalah bos..hahaha

oh ya! sebelum buat inspection hari tu, aku "dijemput" ke majlis perpisahan untuk Ena dan Gg (dari UKM). diorang da habis Intern kat MSET Pulau Duyong. pagi-pagi lagi aku da dapat phone call untuk ke Pulau Duyong. hehe. okea la, jom la aku tunjuk gambar-gambar sepanjang satu pagi kat Pualu Duyong tu.




acara dimulakan dengan makan-makan. seronok stay Pulau Duyong sebab ramai perempuan.hehe. plak tu ade geng yang intern. seronok la lepak.hehe. habis makan, terus gerak ke kapal untuk inspection.

 ni la superstructure kapal yang belum siap lagi.

 marker hijau maksudnya QC yang tanda. marker merah tu owner yang tanda.

 keadaan dalam superstructure yang belum siap. tekun abang-abang ni buat kerja.


 defect pada welding


 okea. habis sudah. mesti korang penat kan dengar aku cerita pasal bot ngan kapal je.huhu. sabar ye, aku baru je habiskan minggu ke-5 intern. aku still ada 5 minggu lagi. banyak lagi pengalaman yang nak ditimba. tapi setakat ni yang paling seronok ada pakcik kat Pulau Kambing tanya aku, "kalau awak pergi Duyong, mesti macam artis kan? semua panggil"..haha..nak tahu nape? nanti aku setory mory macam mana keadaan MSET Pulau Kambing ngan Pulau Duyong. sekarang kene stop dulu. nak rehat.haha

LOVENOTE : aku sedang menikmati sisa-sisa cuti lagi sehari dengan tengok drama korea. baru je habiskan "My Girlfriend is a Gumiho" & "You're beautiful". english drama pon aku hadap, tunggu "Pretty Little Liars" season 2 and just finished "Switched at Birth season 1, episode 2" and "The Nine Live of Chloe King, season 1, episode 1".
http://www.emocutez.com

6 comments:

bunga said...

bestnyerrr...cam nak p ugak..ehee

Imran nyambek said...

dapat duit tak buat internship ni?

aLya maNip said...

@ bunga : jom2..hehe

aLya maNip said...

@ Imran nyambek : tak dapat pon...sob..sob :(

yunie said...

agaknye mnde2 ni la yg gg slalu wat.. haha..

aLya maNip said...

@ yunie : lebeh kurang la kot..da nama same department..ngeeeee