Tuesday, June 28, 2011

daripadaNYA kita datang, kepadaNYA jualah kita kembali.

http://www.emocutez.com

Hai semua

23.Jun.2011,

3 petang - mama call aku n gitaw mak (nenek aku) tak sedarkan diri. mama suruh aku balik rumah masa tu gak. aku sampai umah lam jam 4 petang. masa tu ambulance da tunggu untuk bawak mak ke hospital. mak masih sama. tak sedarkan diri. aku stay kat umah tengokkan ayah (atuk).

7 petang - pak sedara aku call suruh bawak ayah ke hospital. bila sampai kat hospital, yang aku nampak semua menangis. mama gitaw kepala mak ada pendarahan. doktor cakap da tak leh wat pape. masa tu, mak gunakan bantuan pernafasan 100%. mak still kat ICU

10 malam - doktor nak cabut bantuan pernafasan tapi adik beradik mama mintak masa sebab adik mama yang kat Selangor ngan Johor belum sampai. mak dipindahkan ke wad biasa. masa tu da tukar baju untuk operate. doktor nak masukkan satu tiub untuk sedut darah dalam kepala tapi doktor cakap semua tu takkan buatkan mak sedar. keadaan mak akan tetap sama.

24.Jun.2011

1 pagi - mak sedara (cik su) yang Selangor sampai. masa ni aku ngan cik su gosok kaki mak n ade tindak balas. both of us can see that. yang lain cakap mungkin aku or cik su aku tertolak kaki mak. :(

3 pagi - pak sedara (ayah ngah) yang Johor sampai.

4 pagi - semua balik rumah. rehat n bersihkan diri. aku, mama, pak cik ngan mak cik temankan mak kt hospital.

7.30 pagi - aku, mama, pak cik ngan mak cik balik umah. adik-adik mama gantikan tengokkan mak. aku sampai umah kul 8.30pagi. belum pon sampai pintu umah, pak sedara aku call. doktor mintak kumpulkan semua anak-anak mak. doktor da nak cabut bantuan pernafasan.

9 pagi- aku ngan mama terus ke hospital. balik just mandi n salin baju. tak sempat makan or pape. 

10 pagi - mula-mula ada sket salah faham antara doktor ngan nurse sampaikan kami satu family pon tak faham prosedur sebenar. bila semua da reda n nurse datang nak bukak bantuan pernafasan, aku duduk kat katil kosong sebelah katil mak. aku hanya mampu bacakan Yasin untuk mak. aku tak cukup kuat nak berdiri kat sisi mak. seksa rasanya nak menghayati setiap ayat Yasin dalam keadaan satu nafas insan tersayang didepan mata sedang dicabut.

degupan jantung mak makin lemah..daripada 85..74..60..
tepat jam 11.16 pagi, mak telah kembali ke rahmatullah.






ALHAMDULILLAH. segalanya berjalan dengan baik. daripada mandikan jenazah, kafan, sembahyang jenazah, kebumi dan tahlil. sekali lagi syukur bila aku berkesempatan turut serta mandikan dan kafan jenazah mak. masa mandikan jenazah mak, mak cik yang ketuakan mandi jenazah ada cakap yang jenazah mak sangat bersih. semua lebam bekas jarum takde.

3 malam majlis tahlil dibuat kat umah ayah. pagi tadi, adik beradik mama yang jauh dah beransur pulang. sekrang, 1 of mu kazen yang stay ngan ayah untuk tengokkkan ayah.

semua benda da selesai tapi hakikatnya, aku still rasakan mak still ada. sungguh aku rindu mak. senuman mak setiap kali aku smapai kat umah mak. aku bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku cuti ni aku ke umah mak tiap-tiap wiken. semua kata nasihat mak aku pegang.

 gambar aku ngan mak sebelum mak ke tanah Suci Mekah menunaikan haji, 2 tahun lepas

aku cucu paling rapat ngan mak n ayah memandangkan aku first granddaughter in the family. dari kecik aku selalu tido umah mak bila cuti sekolah. even duk kat matrik or uni, tempat pertama aku tuju bila sampai kat umah adalah umah mak. abah ngan mama selalu make sure aku ke umah mak n ayah. aku still dapat rasa kehangatan pelukan mak setiap kali nak balik ke tempat blaja or bau mak. entah camne rasanya ke umah mak lepas ni tanpa satu suara yang aku selalu dengar :(

AL-FATIHAH buat arwah nenekku,

Sharepah binti Hussin.

kuatlah hati.kuatlah semangat aku. terlalu banyak kekangan menjengah diri ini kebelakangan ini.
semoga redhaNYA dan rahmatNYA sentiasa bersama aku. INSYAALLAH.

http://www.emocutez.com

12 comments:

Mimie. said...

takziah sayang.take care kay :)

Whoopz said...

Al-fatihah buat arwah.. Semoga rohnya tenang disana..

shedameor said...

al-fatihah. bawak bersabar yea. moga arwah ditempatkan di tempat orang yang solehah. amin,

M Fizan said...

huu..sedih sangat baca..i can feel the soul in the story..al-fatihah..salam takziah..moga rohnya tenang di sana..

aLya maNip said...

@ Mimie. : thanx dear..insyaALLAH :-)

aLya maNip said...

@ Whoopz : amiin ~ :)

aLya maNip said...

@ shedameor : insyaALLAH..amin :-)

aLya maNip said...

@ M Fizan : amiin ~ :-)

cik lyna kaman said...

sabar banyak yer . salam takziah and Al-Fatihah :')

aLya maNip said...

@ cik lyna kaman : thanx dear :-)

wahida said...

alfatihah utk arwah nenek...semoga rohnya tenang di sana...

dear, rajin2 sedekahkan yassin dan selalulah berdoa utk dia...

aLya maNip said...

@ sys wahida : insyaALLAH sys.. :-)