Tuesday, June 28, 2011

daripadaNYA kita datang, kepadaNYA jualah kita kembali.

http://www.emocutez.com

Hai semua

23.Jun.2011,

3 petang - mama call aku n gitaw mak (nenek aku) tak sedarkan diri. mama suruh aku balik rumah masa tu gak. aku sampai umah lam jam 4 petang. masa tu ambulance da tunggu untuk bawak mak ke hospital. mak masih sama. tak sedarkan diri. aku stay kat umah tengokkan ayah (atuk).

7 petang - pak sedara aku call suruh bawak ayah ke hospital. bila sampai kat hospital, yang aku nampak semua menangis. mama gitaw kepala mak ada pendarahan. doktor cakap da tak leh wat pape. masa tu, mak gunakan bantuan pernafasan 100%. mak still kat ICU

10 malam - doktor nak cabut bantuan pernafasan tapi adik beradik mama mintak masa sebab adik mama yang kat Selangor ngan Johor belum sampai. mak dipindahkan ke wad biasa. masa tu da tukar baju untuk operate. doktor nak masukkan satu tiub untuk sedut darah dalam kepala tapi doktor cakap semua tu takkan buatkan mak sedar. keadaan mak akan tetap sama.

24.Jun.2011

1 pagi - mak sedara (cik su) yang Selangor sampai. masa ni aku ngan cik su gosok kaki mak n ade tindak balas. both of us can see that. yang lain cakap mungkin aku or cik su aku tertolak kaki mak. :(

3 pagi - pak sedara (ayah ngah) yang Johor sampai.

4 pagi - semua balik rumah. rehat n bersihkan diri. aku, mama, pak cik ngan mak cik temankan mak kt hospital.

7.30 pagi - aku, mama, pak cik ngan mak cik balik umah. adik-adik mama gantikan tengokkan mak. aku sampai umah kul 8.30pagi. belum pon sampai pintu umah, pak sedara aku call. doktor mintak kumpulkan semua anak-anak mak. doktor da nak cabut bantuan pernafasan.

9 pagi- aku ngan mama terus ke hospital. balik just mandi n salin baju. tak sempat makan or pape. 

10 pagi - mula-mula ada sket salah faham antara doktor ngan nurse sampaikan kami satu family pon tak faham prosedur sebenar. bila semua da reda n nurse datang nak bukak bantuan pernafasan, aku duduk kat katil kosong sebelah katil mak. aku hanya mampu bacakan Yasin untuk mak. aku tak cukup kuat nak berdiri kat sisi mak. seksa rasanya nak menghayati setiap ayat Yasin dalam keadaan satu nafas insan tersayang didepan mata sedang dicabut.

degupan jantung mak makin lemah..daripada 85..74..60..
tepat jam 11.16 pagi, mak telah kembali ke rahmatullah.






ALHAMDULILLAH. segalanya berjalan dengan baik. daripada mandikan jenazah, kafan, sembahyang jenazah, kebumi dan tahlil. sekali lagi syukur bila aku berkesempatan turut serta mandikan dan kafan jenazah mak. masa mandikan jenazah mak, mak cik yang ketuakan mandi jenazah ada cakap yang jenazah mak sangat bersih. semua lebam bekas jarum takde.

3 malam majlis tahlil dibuat kat umah ayah. pagi tadi, adik beradik mama yang jauh dah beransur pulang. sekrang, 1 of mu kazen yang stay ngan ayah untuk tengokkkan ayah.

semua benda da selesai tapi hakikatnya, aku still rasakan mak still ada. sungguh aku rindu mak. senuman mak setiap kali aku smapai kat umah mak. aku bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku cuti ni aku ke umah mak tiap-tiap wiken. semua kata nasihat mak aku pegang.

 gambar aku ngan mak sebelum mak ke tanah Suci Mekah menunaikan haji, 2 tahun lepas

aku cucu paling rapat ngan mak n ayah memandangkan aku first granddaughter in the family. dari kecik aku selalu tido umah mak bila cuti sekolah. even duk kat matrik or uni, tempat pertama aku tuju bila sampai kat umah adalah umah mak. abah ngan mama selalu make sure aku ke umah mak n ayah. aku still dapat rasa kehangatan pelukan mak setiap kali nak balik ke tempat blaja or bau mak. entah camne rasanya ke umah mak lepas ni tanpa satu suara yang aku selalu dengar :(

AL-FATIHAH buat arwah nenekku,

Sharepah binti Hussin.

kuatlah hati.kuatlah semangat aku. terlalu banyak kekangan menjengah diri ini kebelakangan ini.
semoga redhaNYA dan rahmatNYA sentiasa bersama aku. INSYAALLAH.

http://www.emocutez.com

Thursday, June 23, 2011

AGAIN and AGAIN

http://www.emocutez.com
Hai semua

when everything seems not at the place they should be, just let it be...

take a deep breath and listen to any song that makes you happy. chill :-)

here it comes the songs that i will listen to when my head get chaos...
there are not the latest song played on the radio but this is my latest playlist..
 i just list down 5 of my favorite songs. can't list down all of them. too much la..hehe


UNWELL by Matchbox 20




WHO SAYS by Selena Gomez




AISHITERU by Zivilia




LOVE LIKE WOE by The Ready Set




CANT GET ENOUGH by The Black Eyed Peas



LOVENOTE : i love my life right now!!! super duper LOVE!!! aku punya DIA :-)

http://www.emocutez.com

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday ✿ 2 ✿

http://www.emocutez.com



LOVENOTE : feeling better :-)



http://www.emocutez.com

Monday, June 20, 2011

RULES of LIFE

http://www.emocutez.com
Hai semua

life is a GAMBLE

sometimes you WIN


sometimes you LOST



sometimes you get LUCKY


sometimes you get HURT


BUT

always remember...
as long as you have HIM in your life,  
you'll never get hurt if you're wrong and 
you will really happy when you're right. 
ALLAH will never let you down.

LOVENOTE : Dear HEART, "La Tahzan", please stay strong.
have some strength to face any circumstances ahead.
everything will be fine.
ALLAH will always be there for you.

http://www.emocutez.com

Saturday, June 18, 2011

ship inspection

http://www.emocutez.com

Hai semua

dalam entry lepas aku ade cerita pasal aku NAIK BOT kan? senanye, naik bot tu tak termasuk dalam syllabus study aku pon. itu just pusing-pusing cari pengalaman je. bak kata orang, alang-alang intern kat company kapal, kene la rasa naik bot.hihi.

sekarang aku nak cerita pasal benda yang berkaitan ngan study aku plak. kalau diikutkan, major aku in mechanical engineering n minor in industrial engineering which is related to Quality Control (QC) and Quality Assurance (QA). kat MSET aku stay under QA & QC department. setakat 5 minggu ni, kebanyakan kerja aku baca dokumen and fahamkan procedures inspection yang QC kene buat. pernah jugak aku naik kapal yang tengah buat tu tapi setakat jalan n tengok-tengok je. hari tu pon aku just tengok diorang buat levelling test.

hari khamis lepas, pertama kali aku berpeluang ikot Pian (En Zamri punya pembantu) untuk buat inspection. kat yard Pulau Duyong ada 3 buah kapal yang tengah buat. 2 da ade superstructure. masa nak naik nebes gak sebab kene panjat kapal untuk naik ke superstructure.

gambar kat bawah ni kapal nombor 2, kalau korang tengok, kedudukan  tangga dia (*tangga 1) senang nak masuk kapal. korang boleh naik tangga, bongkokkan badan n lalu bawah "pagar" tu je. da boleh sampai ke main deck kapal.

 masa inspection khamis lepas, aku naik kapal nombor 1. tangga dia pada kedudukan (*tangga 2). means, aku kene panjat kapal tu sebab takde "pagar" nak mencelah macam kapal nombor 1. lama gak la aku fikir nak panjat ke tak. masa tu da la pukul 11 pagi. matahari da nak tegak. bila nak panjat, kene berpaut pada dinding kapal, panas tak payah cerita la.

mula-mula macam tak yakin je aku boleh panjat. aku suruh je pian masuk buat ispection. aku tunggu kat tangga tapi bila dia cakap lama kat dalam, aku pun panajat je la..takut tak payah cerita la. kebetulan plak hari tu aku just pakai kasut biasa. tak pakai safety boot. nebes gak kalau ada pape jatuh atas kaki. tapi ALHAMDULILLAH, semua selamat. turun kapal pun selamat.

sepanjang inspection, tak banyak sangat yang aku belajar. aku just tengok Pian tanda "defect" pada kapal cam welding tak betul, lubang pada welding, defect tak cukup grind n banyak gak la. keje aku plak just ambik gambar untuk buat report balik office nanti. kiteorang just buat inspection pada superstructure. untuk deck kapal n body kapal, team QC kat Pulau Duyong yang buat inspection iaitu En sayed ngan Azrul.

okea, habis cerita pasal inspection. nak cerita banyak-banyak kene bukak buku lain la plak.hehe. sepanjang 5 minggu intern ni aku da jadi orang nomad. kejap kat MSET Pulau Kambing n kejap kat Pulau Duyong. ikot arahan bos nak kene stay mana. macam minggu lepas, 3 hari kat Pulau Duyong, 2 hari kat Pulau Kambing, so aku ada meja kat dua-dua branch.kalah bos..hahaha

oh ya! sebelum buat inspection hari tu, aku "dijemput" ke majlis perpisahan untuk Ena dan Gg (dari UKM). diorang da habis Intern kat MSET Pulau Duyong. pagi-pagi lagi aku da dapat phone call untuk ke Pulau Duyong. hehe. okea la, jom la aku tunjuk gambar-gambar sepanjang satu pagi kat Pualu Duyong tu.




acara dimulakan dengan makan-makan. seronok stay Pulau Duyong sebab ramai perempuan.hehe. plak tu ade geng yang intern. seronok la lepak.hehe. habis makan, terus gerak ke kapal untuk inspection.

 ni la superstructure kapal yang belum siap lagi.

 marker hijau maksudnya QC yang tanda. marker merah tu owner yang tanda.

 keadaan dalam superstructure yang belum siap. tekun abang-abang ni buat kerja.


 defect pada welding


 okea. habis sudah. mesti korang penat kan dengar aku cerita pasal bot ngan kapal je.huhu. sabar ye, aku baru je habiskan minggu ke-5 intern. aku still ada 5 minggu lagi. banyak lagi pengalaman yang nak ditimba. tapi setakat ni yang paling seronok ada pakcik kat Pulau Kambing tanya aku, "kalau awak pergi Duyong, mesti macam artis kan? semua panggil"..haha..nak tahu nape? nanti aku setory mory macam mana keadaan MSET Pulau Kambing ngan Pulau Duyong. sekarang kene stop dulu. nak rehat.haha

LOVENOTE : aku sedang menikmati sisa-sisa cuti lagi sehari dengan tengok drama korea. baru je habiskan "My Girlfriend is a Gumiho" & "You're beautiful". english drama pon aku hadap, tunggu "Pretty Little Liars" season 2 and just finished "Switched at Birth season 1, episode 2" and "The Nine Live of Chloe King, season 1, episode 1".
http://www.emocutez.com

Thursday, June 16, 2011

saya naik bot LAGI!!!

http://www.emocutez.com

Hai semua

last week aku ada cerita yang aku NAIK BOT kan? tapi masa tu tak dirancang. gambar pon takde. kali ni, pagi-pagi lagi En Zul dah bagitahu yang petangnya akan ada test kapal. masa yang aku naik dulu before repair. semalam aku naik kapal yang da siap repair. so, memang "kaw-kaw" la En.Lan "drift" bot tu...

aku malas nak cerita banyak, jom layan gambar plak. 

kapal diangkut dari bengkel untuk ke jeti. masa ni aku tengok pakcik yang pegang tali tu dah macam tarik lembu masa raya korban.hahaha

1st round. otai-otai dulu yang naik untuk make sure yang bot ni da betul-betul boleh guna.





2nd round. kami berjimba-jimba plak.haha. pusing-pusing sampai ke pulau wan man yang ada masjid kristal tu.. pak cik tu drift memang superb la. rasa cam nak masuk lam air je aku.haha

ni aku ngan ira. the only girl kat bengkel bawah. dia dak uTem. bila boring kat office atau da habis kerja, aku turun la lepak ngan ira. En Zul yang ajak aku naik bot tu bos Ira la.hehe


da habes!!! 

okea la. lain kali kita cerita lain plak. selagi tak habis aku intern kat MSET ni, selagi tu la aku duk cerita pasal kapal. jangan boring-boring ye..ngeeee

LOVENOTE : aku punya DIA. tak perlu resah dan kecewa. semua yang terjadi ada hikmahnya. INSYAALLAH
http://www.emocutez.com

Wednesday, June 15, 2011

wordless wednesday ✿ 1 ✿

 
http://www.emocutez.com

LOVE 
supposed to be like this.

http://www.emocutez.com