Sunday, October 09, 2011

ceritera di hari raya - PART 2 (Kawan sekolah)

http://www.emocutez.com

Hai semua

hari ni aku nak sambung lagi cerita hari raya kedua aku yang dah basi. raya kedua tahun ni sangat spesyel pada aku sebab aku dapat jumpa kawan-kawan masa sekolah menengah kat SMKA Kuala Abang (KAKA). kebanyakannya aku jumpa kawan-kawan yang da 6 tahun tak jumpa.

aku kat KAKA 3 tahun. dari form 1 sampai form 3 je. form 4 duk gak 3 bulan sebelum pindah ke sekolah lain. personally, KAKA gave me lots of memory n i can remember all those moments till now. kawan-kawan kat KAKA pun paling superb!

masa bulan puasa lagi aku da rancang ngan Tiyah ngan Mirah untuk beraya umah kawan-kawan yang lain. kami 3 orang sama-sama keluar dari KAKA masa form 4 n tiap-tiap tahun memang agenda WAJIB kami untuk jumpa. tahun ni cari kelainan sket. hehe

perjalanan umah aku ke rumah Tiyah kat Dungun lebih kurang 40 minit. sampai umah Tiyah, tinggal kereta aku n gerak ke umah Mirah ngan kereta Tiyah. umah pertama kami tuju adalah umah Ummi kat Felda Kerteh 2.
ni anak sedara Ummi yang kiut, Afni

dari kiri : Mirah, Tiyah, aku, Afni n Ummi


then kami ke umah Hawa Fatehah kat Ketengah Jaya. masa kami sampai, Adam tido lagi. oh ya, Adam ni sama batch ngan kitaorang gak. Hawa ni dak lompat, so, Hawa muda setahun dari kami semua. jumpa Hawa Fatehah n adik Hawa Aqilah je la. Hawa Aqilah ni junior kat KAKA gak. ngeeeee
dari kiri : aku, Tiyah, hawa Fatehah n Mirah

dalam perjalanan balik ke dungun aku text Fahmi Naim. taun lepas da raya umah Naim tapi taun ni nak pergi lagi. kebetulan plak ramai geng-geng KAKA kat umah dia. kami terjah je la. antara yang ada kat sana, Farhan, Amirul Afiq, Rozek, Hasrul Harfizal n Hilmi. tu je la kot. sowie la lau ada nama yang tertinggal.hahaha. kat umah Naim takde pixies. semua semangat bersembang tentang perkembangan masing-masing. almaklumlah, da bertahun tak jumpa.

kemudian, kami ke umah Rita. kat umah rita pon takde gambar. kami raya ngan solat zohor kat situ skali.hehe.  lepas tu pergi mah kawan Tiyah ngan Mirah. aku pun tak tahu nama apa.haha.

then, kami ke umah Tiyah untuk ambik kereta aku sebelum ke umah Kinah. lepas raya umah Kinah n dengar cerita best Kinah Intern kat Korea, aku gerak balik umah. Tiyah ngan Mirah balik ngan Syidah. :)
Kinah yang belakang sekali pakai tudung putih ye. yang lain ni semua budak sekolah masa diorang form 4. oh ya, Mirah, Tiyah, Kinah ngan Naim tukar sekolah yang sama.
raya tahun ni memang best. hope masa akan datang dapat jumpa lagi kawan-kawan zaman sekolah. jauh mana pun kita pergi, kenangan zaman sekolah, cinta monyet zaman sekolah mesti tak akan dapat lupa. oppsss!!!

papepun, semua da matang. ada yang dah kerja dan ada yang masih belajar. apa yang best, kawan-kawan yang da berjaya dan kerja sebolehnya akan bantu kawan-kawan yang baru grad. tolong cari peluang kerja n recommend tempat kerja diorang. that's the sweetest thing bout KAKA.

LOVENOTE : rindu zaman sekolah. zaman fly balik umah. zaman ponteng kelas. zaman skip kelas Quran, zaman baca Yasin dan berzikir kat surau sama-sama. zaman warden datang kejut lepas exam PMR sebab tanak gie kelas. zaman dating ramai-ramai. most of all, aku rindukan kemesraan dan keutuhan persahabatan masa kat KAKA.seyes aku rindu zaman tu :)
http://www.emocutez.com

8 comments:

Mimie. said...

Mu rindu aku tak???HAHAHA aku rinduu muuuu! zaman dating ramai2 tu takley bla lah wei.hahahaha :P

Nakk jumpaaaa jugak!!!! :P

P/s ; jgn lupa fly balik ktn umah aku mse f3!

ILA HonEyBuNNy said...

zaman sekolah la yang best kan..

sebab banyak kita lakukan aktiviti dgn kawan2...hehe

Tuan Cimot said...

KAKA..cntik nama sekolah..heheh

Unknown said...

@ Mimie : rindu la!!! rindu sangat2..raya ari tu mu yg bizi..hahaha

fly masa f3 mestila ingat. tersimpan kemas dlam ingatan..teeeeettttttt

Unknown said...

@ ILA HonEyBuNNy : betul2. zaman kita membesar n mula mengenal erti kehidupan sama2.. :)

Unknown said...

@ Tuan Cimot : nama sekolah secantik sekolahnya..hehehe

ieka said...

amboih,beraya sakan nohh..hehe.untung la jmpe mbr skula ;D

Unknown said...

@ ieka : smp arini pun raya x abes lagi..hihi