Saturday, October 22, 2011

jom amalkan 7 kalimah ini :-)

http://www.emocutez.com
Hai semua

Barangsiapa yg hafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah & malaikat & akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 
tak akan habis jika kita menghitung dosa kita :(

1. Bismillahhirrahmannirrahim
(dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha  Penyayang)
  • setiap kali hendak memulakan sesuatu.

2. Alhamdulillah
(segala puji bagi ALLAH) 
  • setelah selesai melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullahhal azim
(aku memohon keampunanmu Ya ALLAH yang Maha Agung)
  • jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk.

4. Insyaallah
(dengan izin ALLAH)
  • jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillahbillah
( tidak ada daya dan kekuatan kecuali ALLAH)
  • bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. Innalillahi wa inna ilaihiroji'un)
( daripadaNYA kita datang, kepadaNYA jualah kita kembali)
  • jika menghadapi musibah/melihat kematian.

7. Laailaahaillallah
(Tiada tuhan selain ALLAH)
  • bacalah sepanjang siang & malam sebanyak-banyaknya.  

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

"siapa yg menyampaikan satu ilmu & orang yg mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

LOVENOTE : Jom kita sama-sama amalkan 7 kalimah ALLAH ni. sama-sama kutip pahala dengan mudah. hanya dengan lisan cukup untuk menambah amalan kita. percaturan hidup, amalan, dosa & pahala cukuplah hanya kita dan DIA yang tahu. seperti tangan kanan yang memberi tapi tangan kiri tak tahu :-)

http://www.emocutez.com

2 comments:

Anonymous said...

ala kak....letak makna skali boleh??hehe

aLya maNip said...

da latak da..hihi