Saturday, August 11, 2012

i grow up with my MOM's analogy

http://www.emocutez.com 
Hai semua

ALHAMDULILLAH. esok da masuk hari ke 22 semua umat Islam berpuasa. korang puasa penuh tak?? kalau penuh boleh dapat duit raya la kan?? so, sila sediakan duit raya untuk aku ye.hihi

sebenarnya, lama gak aku termenung sebelum taip entry ni. kekok plak nak menggedik di blog sendiri.haha. bukan apa, bulan puasa ni aku rasa lagi baik untuk aku kurangkan merapu. almaklumlah, da 23 tahun aku hidup kat bumi ALLAH ni, dosa pun da makin menggunung. daripada aku tambah dosa merapu kat blog baik aku duk diam-diam kat bilik tengok string heart. *wink*

aku terdetik nak berkongsi pasal my mom punya analogi sebab aku rasa da banyak analogi yang mama ciptakan untuk aku esspecially bila masuk bab solat. analogi terbaru mama bagi last 2 weeks. meh aku setory 2 incident yang lekat dalam kepala aku.

*************************************

setory 1 :

kat area rumah aku ada pasar malam setiap hari sabtu. so, masa kecik-kecik dulu mesti excited bila hari sabtu. biasanya, lepas asar baru aku keluar rumah n pergi main kat rumah kawan. kat tempat kami main tu ade satu tempat makcik-makcik bersembang. dalam jam 6pm mama akan datang ajak aku pergi pasar malam.

ada satu hari tu, mama datang n aku baru lepas main kejar-kejar. masa kecik dulu kurus lagi, so, selalu la main kejar-kejar.haha.

mama : jom gi pasar malam.
aku : jom *ngan muke excited tambah peluh-peluh
mama : sembahyang asar x agi?
aku : dok agi
mama : bgi balik sembahyang asar dulu.

15 minit lepas tu aku datang ngan baju yang sama aku main kejar-kejar n ajak mama pergi pasar malam.

mama : doh sembahyang asar peluh-peluh nge baju kotor gitu ke?
aku : hoo, nok cepat. kekgi pasar tutup plok *pastu sengeh-sengeh cam kerang busuk
mama : kekgi kat akhirat ALLAH bagi rezeki pun busuk cam adik gi sembahyang tu ar.
aku : :-)

 masa ni aku darjah 1 @ 2 camtu lah. aku pun tak berapa ingat sangat. manalah nak pikir seme bersih bagai tu. yang pasti solat tu wajib. tu je aku tahu. haha

*********************************************

setory 2 :

ni cerita last 2 weeks. rumah aku dekat je ngan masjid so, kami 4 orang just jalan kaki pergi masjid. biasanya aku pergi ngan mama n abah. abang pergi sorang. aku bawak kunci rumah sendiri n mama akan bawak satu sebab aku ngan abang solat 8 rakaat n mama ngan abah solat 20. ada satu malam masa nak pergi solat terawikh mama cakap tanya aku.

mama : adik sembahyang 8 rakaat je? *padahal mama da tahu jawapan aku
aku : ye.
mama : bakpe x smbhyang 20 je? bukan lama pun. jap je siap dah 20 rakaat
aku : hehe :)
mama : nanti kat akhirat, orang yg smbhyang 8 rakaat ni Allah bg habuan lepas siap bagi kat yang smbhyang 20 rakaat. dapat sisa-sisa je.
aku : :-)

*********************************************

mama memang selalu bagi analogi kat aku bila benda berkaitan solat. biasanya mama akan kaitkan ngan balasan kat akhirat nanti. antara yang lain yang aku ingat

- kalau solat laju-laju nanti Allah bagi rezeki pun laju-laju. tak sempat nak rasa nikmat Allah da ambik balik

- tinggal solat = berhutang. kalau manusia hutang kita bukan main kita marah bila orang tak bayar hutang tapi hutang ngan Allah tak nak bayar.

setiap kali mama bagi analogi biasanya dalam senyum tapi kalau bab tinggal solat muka mama mesti bercakap sambil tahan marah. bukan aku je kene. abang pun selalu kene bebel.huhu. kalau abah, straight to the point kalau bab solat. aku ingat lagi sebelum abah ngan mama pergi haji 3 tahun lepas, satu je pesan abah sebelum pergi haji.

"mana pun pergi, apa pun jadi, lewat macam mana pun, jangan sekali-kali tinggal solat. tu pun kalau sayang abah ngan mama."

bila aku fikir over & over again, i might be 23 tapi aku tak rasa pun aku layak nak ada pape tanggungjawab yang besar. solat pun terlajak kadang-kadang n still need my mom untuk bebel benda yang sama.huhu. tapi yang penting aku rasa bertuah sebab aku ada parents yang akan sentiasa ingatan aku tentang kewajipan aku. semoga ALLAH redha dengan mama n abah aku. aameen.

oh ya, tadi solat terawikh dengan imam dari Makkah. imam tu baru umur 29 n dia gak salah seorang tenaga pengajar kat tahfiz kat Makkah. sedap suara dia. :-)



LOVENOTE : aku just harap dengan takdenye syaitan bulan ramadhan ni, aku mampu berubah jadi manusia yg lebih baik n jaga solat betul-betul n haraplah semua kesedaran ni akan terus kekal sampai bila-bila. aku just manusia biasa. sentiasa perlu diingatkan. jom sama-sama cari malam lailatulqadar :-)


http://www.emocutez.com
 

3 comments:

teha said...

jom carik same2.. hehehe :)

Unknown said...

seronok bce kisah awk nie...btul tu hutang nga Allah ramai yg xnmpk tu... lagi2 kalu senang2 je tinggal solat

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kak alyaa!! come come, let's celebrate raya with me in kota bharu, kelantan...want to see u lah. fifi dh invite tru fb tau! see the address there ya!!:)

selamat hari raya dear, maaf zahir dan batin!