Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan :)

http://www.emocutez.com 
Hai semua

ALHAMDULILLAH. da pun selesai 4 hari kita puasa. rasanya tak terlambat lagi kalau aku nak ucapkan salam ramadhan untuk semua.



di kesempatan ni gak aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia. semoga kita semua diberi keberkatan dan sentiasa dalam keredhaan ALLAH.

dengan kedatangan bulan yang mulia ini, semoga ALLAH berikan kita semua kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa, solat tarawikh, mengaji n melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. syaitan pun da kene ikat yang. yang ada hanya hawa nafsu je. sama-sama la kita kuatkan iman kita untuk mengawal hawa nafsu kita sendiri :)


sama-sama kita doa semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. contohnya tahun lepas pergi tarawikh 2 kali, tahun ni pergi la 10 kali. lebih baik kalau kita usaha semaksimum mungkin. pergi full tarawikh.hehe

lagipun, kita tak tahu usia kita ni panjang mana. entah sempat ke tak kita nak merasa Ramadhan tahun depan. hanya ALLAH yang tahu. so, sama-samalah kita berusaha menjadikan setiap hari-hari kita di bulan Ramadhan ni adalah hari yang terbaik kita lalaui. erm, bukan ramadhan je la. hari-hari yang lain gak.

semoga kita semua diberi kesempatan untuk beribadah sebaiknya di malam lailatul qadar. semoga kita bukan antara orang yang akan mensisa-siakan malam seribu bulan di 10 malam terakhir nanti. INSYAALLAH.

jom sama-sama kita berusaha penuhi hari-hari sepanjang bulan Ramadhan ni sebaiknya :)

http://www.emocutez.com


 

4 comments:

Kazen said...

selamat berpuasa :)

mie said...

selamat berpuasa...
sama2 kita tidak mensia-siakan bulan ramadhan..

Juliet_iRa~" said...

mari kita mengimarahkan masjid :)

hehehe alya dah ponteng puasa blom?hikhik

pss : bukan pop ye ye je..hindustan pn ada..haha

Juliet_iRa~" said...

nak duit raya kena dtg umah akk le..hehe :p