Monday, July 09, 2012

my very first week home :)

http://www.emocutez.com
Hai semua

as always, ini kisah seminggu. kisah yang da diperam dulu baru bleh post n this is a random entry.haha

sampai je kat umah, penuh wall facebook aku duk update status. pastu tambah lagi ngan pixies kat instagram. almaklumlah, kelajuan binatang peliharaan yang hanya dibayar RM52 sebulan tidak akan sama dengan encik streamyx yang dibayar RM110 sebulan.haha.

sepanjang 4 tahun study kat UTM, first time aku naik bas dari pasir gudang untuk balik rumah. biasanya aku naik bas dari stesen bas Larkin or sri Puteri.naik bas ni da la laju, pastu tak brenti mana-mana. kul 4.30 pagi aku da selamat sampai umah.

turun dari bas, abang aku amekkan.sampai kat umah, mama da tunggu depan TV. pastu, haruslah melawat bilik sendiri yang tak siap sampai hari ni tu kejap.ni lah keadaan bilik aku mase aku tengok pagi tu. ade bilik air sendiri da. whole bilik lain kali aku tunjuk.



keluar je dari bilik, abah plak da ade depan TV. meriah umah aku kul 4.30 pagi. tanye khabar 2,3 patah, pastu abah ngan abang sambung tengok bola. aku online sementara tunggu subuh. lepas tu cari port yang sesuai untuk tido. mulanya abah suruh aku tido ngan mama tapi malas la plak sebab aku jenis tido depan latop. online n tengok movie. takkan la aku nak angkut laptop aku masuk bilik parents aku.haha. kesudahannya, kat sinilah tempat aku beradu. tadaa!!!


nasib baik ade tilam tak guna yang duk lam bilik tamu. bilik tu renovate jadi bilik abang n nanti, bilik lama abang akan jadi bilik tamu.aku tido kat ruang tamu depan. kat sini memang family aku tak duduk la. biasanya kalau ade tetamu datang barulah tempat ni berguna. kalau tak berhabuk. setiap kali nak raya baru la kene sapu habuk.kiki

CELEBRATE DAYU PUNYA BELATED BESDAY
disebabkan lepas subuh baru tido, ofkoslah bangunnya tengahari. lepas zohor, aku terus bersiap sebab nak pergi bandar celebrate my kazen punya belated besday. kami beli kek kat secret recipe and makan kat KFC. juz lepak makan n sembang. almaklumlah. lama tak jumpa. lagipun, aku rush jumpa dia sebab 2 hari lepas tu dia da masuk study balik. here she is!!! raya nanti baru dapat jumpa dia lagi. oh ya, nama dia pun aliya. Nur Aliya Idayu. :-)




malamnya aku plak yang susah nak tido sebab badan aku tak selesa. seyes penat. tido dalam bas, pastu sampai umah tido atas sofa. siangnye drive pergi bandar which is 2 jam drive pergi balik. :-(

KERETA
this is the only car yang aku allowed untuk drive. kereta abang aku manual n aku tak tahu drive kereta manual. so, takleh pinjam. kereta mama plak konpem mama tak bagi. tak mampu. so, kereta ni je la yang jadi peneman aku n kereta ni gak la yang aku guna sepanjang Industrial Training last year sepanjang 10 minggu n 2 kali accidents. yang pasti abah da hantar kedai baiki.
"terima kasih abah!" 



NEW BABY GIRL
hari ketiga kat rumah baru aku sempat melawat baby girl kawan aku. she delivered her baby on 25.June. sempat gak la aku g interview dia pengalaman lahirkan baby.hihi. ni la babynya. Nur Khalisya Ameera




BAJU RAYA
hari ape aku lupa tapi aku pergi beli baju raya ngan mama. 2 pasang. satu sutera n satu baju bese. yang hujung kaler pepel tu abang aku belikan mase dia pergi Indon last week. tema raya tahun ni tak tentu sebab abang tak buat baju melayu baru. mama cakap abang da banyak sangat baju melayu. semua kaler da ade. so, tahun ni takyah buat.haha. oh ya, semua da hantar kat tukang jahit da.hihi




MY ELYANA
this is my elyana. aku pernah post entry pasal elyana HERE. dia lahir 11.11.11. sekarang da pun 8 bulan. da boleh merangkak n nak berjalan. dia pun da kenal orang so suke nanges bila dia nampak mak dia. da susah nak dukung cam dulu.sobs

 


AKTIVITI LEWAT MALAM
kalau nak tahu, ni la aktiviti tengah malam aku. makan megi kul 1pagi ngan abang aku. kalau sorang aku tak masak megi la. cukup setakat cari pape yanga de dalam peti ais. bila ade geng, camni la jadi n this is why i love being home dem much.kiki



ha, tu je lah aktiviti aku sepanjang seminggu. bila petang kalau rajin aku melepak kat kedai beger kawan aku, Fara. kalau tak aku g melawat baby Kalisya. sebelah rumah je pon.hehe. kalau malas, duk mengadap cite korea je la. tu la sebab utama aku malas nak update belog senanye. korea addiction.lalala

hari ni bilik aku da siap kemas n aku pon da tido dalam bilik. baju dalam beg belum masuk almari n ade la sket lagi barang tak setel. nanti ade mase aku tunjuk bilik baru aku. nak tengok tak?haha. tanak pon aku wat je la tayangan amal nanti ea.hihi

okea, mahu tido jap. lepas ni kene kemas rumah sebab bilik abang belum cat. so, barang banyak bersepah. ade mase aku update lagi ye. till then :)

LOVENOTE : i like someone but i guess this someone will never realize how much i like him. sobs :"(

http://www.emocutez.com

Saturday, June 30, 2012

5 hari quarantine, finally i'm home :-)

http://www.emocutez.com
Hai semua

ALHAMDULILLAH, pertamanya nak cakap yang aku da pun selamat sampai kat umah termanis kul 4.30 pagi semalam.ngee. 7 jam setengah perjalanan naek bas dari Pasir Gudang ke Marang non stop buatkan perut aku cramp sebab aircond sejuk n tahan nak buang air..haha *terbaek punya pembuka kata

sebelum balik umah, aku stay umah pak sedara aku kat Pasir Gudang 5 hari dari hari jumaat sampai rabu. nape aku cakap kene quarantine? sebab aku juz duduk n makan n tengok cite korea.haha. takdelah sepanjang masa. ada gak masa keluar. maybe aku silap timing. yelah, bukan cuti sekolah. kazen aku seme sekolah n pak sedara ngan mak sedara aku keje.

bila pagi aku duk umah sorang-sorang. da la kene kunci dari luar sebab kazen aku yang form 4 bawak kunci pergi sekolah.kazen aku lagi 3 orang duk taska. aku ade gak terpikir, kalau la pape jadi alamatnye aku kejung lam umah tu je la sorang-sorang.hahahaha

sepanjang 5 hari kat sana, sekali je keluar.haha. sadis kan kisah aku? kami keluar ke tanjung Langsat. juz amek angin petang. maybe pak sedara aku kesian tengok muke aku boring.haha. kat sini memang port untuk amek angin petang. ramai gak yang melepak ngan kawan n family kat area ni.








Lepas tu makan mee bandung udang special kat sana. nak cakap harga aku tak taw plak sebab pak sedara aku bayarkan. yang pasti mee bandung tu best.hihi.

hari-hari laen aku juz duk diam-diam kat umah tengok cite korea. plan asal wiken ni sepatutnya aku follow pak sedara aku pergi Kota Tinggi. umah mak sedara aku punya family tapi my parents ask me to balik rumah. balik merempat kat rumah sendiri.kiki. oh ya, kisah merempat kat rumah sendiri nanti la kita setory ya. malas da nak menaip.huhu.

LOVENOTE : rindu nak aktif blogging cam dulu. harap-harap cuti panjang ni dapatlah aku kembali aktif.hihi :)



http://www.emocutez.com

Monday, June 18, 2012

Miza punya besday & official announcement :)

http://www.emocutez.com
Hai semua

macam yang aku janji dalam entri lepas, meh aku nak setory mory bout miza punya besday celebration. actually, this is a surprise party yang tak berapa nak surprise la.haha

abes je paper last petang sabtu tu, aku, Yunie ngan Ayu terus g secret recipe untuk beli kek. sponsornya bukanlah kami. semestinya si pencinta miza yang sponsor partynya. kami yang lain jadi ajk penggerak je.haha. lepas beli kek kami simpan kat Azah. Azah tu cam kedai 24 jam dalam UTM.

malamnya kan kami ke Mutiara Rini untuk farewell party, kami balik dari makan steamboat around 11pm. pastu balik bilik dulu. masa tu seme da full. melantak steamboat. balik rest kan perut jap.haha. around 12am, kami gerak ke tasik UTM. mase tu, kek da pun budak laki yang ambilkan. oh ya, kami tu merujuk kepada aku, Yunie, Ayu, Piqah n semestinya Miza.hehe

masuk je lam kereta, aku tutupkan mata Miza ngan selendang. actually this is my last minute plan ngan syuk. budak pompoan tak tahu pun yang kami nak main tutup-tutup mata ni.haha. mase tu, budak laki da prepare semua benda kat tasik.


mase ni kami da siap wish besday miza da n dia da taw yang senanye nak pergi celebrate besday dia cuma dia tak expect sape yang tunggu dia kat tasik.sampai je kat tasik da cam main apek tukang jahit dalam cerita 44 penyamun da.haha.


pastu, kejadiannya cam dalam gambar ni la..biarlah pixies kat bawah plak continue my story.heeee








masa ni da tak tahu da besday sape. haha. ramai sangat pemotong kek..hihi

 
 dalam kelas kami da tahu, ni la pasangan pertama kelahiran SMI. da 2 tahun diorang together.

 


NOW, presenting the second couple in my class. planning to get married soon. the besday girl n the sponsor of the night, Syuk. Besday party ni pon cam official announcement dari Miza n Syuk. ni first time diorang expose kat kami semua yang diorang ni together.hehe

 

Ni la keadaannya masa makan-makan. antara budak laki yang ade malam kejadian adalah Hasrul, Gg, Hattah, Kulin, Mus, Epul n semestinya Syuk.


 Girls Squad a.k.a ajk-ajk program yang bekerja keras merealisasikan surprise party..hihi

 


 lepas setel seme celebration n makan-makan, semua balik bilik. semua da penat. mana tak penat, bangun awal pagi untuk study, petang paper final, malam makan steamboat n midnight pun makan lagi.haha. semua tidur kekenyangan. ALHAMDULILLAH

actually, ade satu isu keluar about the third couple in our class.haha. nanti ade masa aku story. bukan nak announce the third couple tapi to make something clear.hihi

LOVENOTE : em going to Teluk Sengat with my kesayangan petang ni. pergi jalan-jalan umah Ibu Ara. my kesayangan punya family angkat :)

http://www.emocutez.com

Sunday, June 17, 2012

Farewell Party SMI 08/12

http://www.emocutez.com
 Hai semua

ALHAMDULILLAH, aku da pon setelkan semua benda untuk semester ni. final pon da habis. last paper semalam tu adalah last time aku masuk exam hall sama-sama ngan my classmate yang berjuang sama-sama selama 4 tahun untuk dapatkan segulung kertas yang bernama IJAZAH yang akan tertulis Bachelor Degree in Mechanical Engineering (Industry) graduated from Universiti Teknologi Malaysia.*skema plak rasenye ayat aku.haha

semua da ada plan masing-masing on how to continue their journey. ada yang da dapat offer kerja, ada yang tengah buat pilihan either continue master or kerja, ada yang tengah cari kerja, ada yang tengah setel borang master, ada yang bertuah dapat fast track untuk terus continue PhD n yang kurang bertuah cam aku stay la kat UTM, continue my degree yang tak berapa nak setel lagi ni.haha.

papepun, untuk kawan-kawan SMI sekalian yang da macam adik beradik aku da, aku doakan yang terbaik untuk korang walau apapun jalan yang korang pilih. kalau korang pilih jalan sesat pun aku doakan korang kembali ke pangkal jalan je la.hihi.

disebabkan semalam da last paper sepanjang 4 tahun study kat UTM ni, kami decide nak makan steamboat sama-sama ngan lecture/PA kami, Sir Rozaimi. da lama kami plan nak makan steamboat ngan Sir Rozaimi tapi selalu je ade halangan nak kumpulkan semua orang. masing-masing bajet menteri.haha

kami makan steamboat kat Mutiara Rini. aku tahu nama tempat je la. kalau suruh aku peta memang fail la.haha. Steamboat mutiara rini ni antara yang paling glemer la di kalangan sudent UTM. harganya around RM18 per head n kami dapat sponsor dari Sir Rozaimi.hihi. yang join makan steamboat ni ada 28 orang termasuk sir Rozaimi, isteri sir, K.Liza n anak sir,Puteri.

arahan berkumpul jam 7.45pm tapi biasa la kan, janji melayu je semua even yang pergi ade melayu, cina n india.haha. dalam 8.15 gak la baru dapat gerak dari UTM. kami gerak sama-sama sebab ade yang tak tahu tempat. sir plak tunggu kami kat tempat steamboat tu.

sampai je kat sana, salam-salam ngan sir n his family, pastu terus terjah makanan. 28 orang makan pakai 6 tables. lets pixies do some talking...hehe


masak dan makan!!!




calon suami pilihan
K.Liza n Puteri
da Girlz
Da boyz
Sir Rozaimi bg ucapan n amanat terakhir


cenderahati kenangan

KAMI
Majlis ni boleh dikatakan farewell party kami la. lepas ni, kemungkinan besar da tak jumpa sebab ada yang da nak balik. paper pon semua da setel. yang stay pon kebanyakannya sebab nak kene setelkan diorang punya tesis n binding tesis. lepas tu baru boleh betul-betul merdeka.hehe. kalau ada jodoh, mungkin jumpa masa hari konvo nanti la. INSYAALLAH. 


LOVENOTE : lepas berfarewell party ni, aku balik rest kat bilik satu jam before continue Miza punye besday party. next entry aku story bout that party. something interesting aku nak share ngan korang.hehe


http://www.emocutez.com
 

Monday, June 11, 2012

kelas terakhir smi 08/12

http://www.emocutez.com
Hai semua

rindu tak? rindu tak?hihi

lately ni banyak sangat benda yang nak kene setel tapi ada gak la benda yang tak berapa nak setel. yang pasti, segala bagai assignment da pon di submit kat lecturer. sekarang pon tengah musim final exam n tinggal lagi 2 paper. INSYAALLAH, by 16.june, everything will be settle. psm aku, later la aku story mory ye. sekarang nak setory sket pasal kelas terakhir untuk sem ni.

untuk aku, kelas facilities design 1 jun lepas cam kelas terakhir sem-sem lepas gak la. mungkin sebab lam kepala aku duk setting yang aku ade lagi satu sem kat utm ni. TAPI, aku lupa yang kelas tu adalah kelas terakhir untuk most of my course mate. most of them akan graduate this month n convo this october.

CONGRATS FRENZ!!!

senanye, kelas terakhir tu tak belajar. kami ade grup presentation. subjek ni je subjek 3 credit hour untuk sem ni n subjek ni gak la subjek paling gile kami pernah amek. bayangkan, da la ade 3 project nak kene buat n setiap projek mesti ade pembetulan sebab lecturer kami tak specific kan ape yang dia nak.huhu

gile-gile pon kelas ni la paling fun dalam semua kelas sem ni. lecturer pon sempoi gile. ikot je kehendak kami. grup dalam kelas ni lecturer yang divide ikot skor jawapan untuk questionnaire yang Dr Syed distribute masa first week n stiap kali kelas, kami seme kene duduk dalam grup masing-masing. Dr. Syed latih kami untuk kerja ngan sape je untuk siapkan projek. yelah, bila da keje nanti konpem kita tak boleh nak pilih sape yang kita nak keje. kan..? kan..? tu lah motif utama gruping ni.hihi.

lepas present n Dr. Syed sampaikan amanat terakhir, sempat la kami semua bergambar jap. seme perangai tak cam bakal engineer pon. masih budak-budak seme ni.haha. jom tengok!! :)




lepas ni, semua akan jadi memori. masa-masa yang tinggal sekarang pon kami gunakan sebaiknya. lepak je keje.haha. kadang-kadang imbas balik crite-crite mase baru masuk la. almaklumlah, 4 taun bersama. macam-macam da berubah. smi 08/12 pon da hasilkan 2 pasangan. lau takde aral, ade la baby smi plak nanti.hihi.

lain story, lain hari plak. *wink-wink*

LOVENOTE : SMIan selamanya dihati. semoga ukhuwah yang terbina akan kekal hingga ke akhir hayat. INSYAALLAH :)

http://www.emocutez.com