Showing posts with label final year project. Show all posts
Showing posts with label final year project. Show all posts

Friday, May 18, 2012

entry merapu yang agak panjang sebab stress PSM

http://www.emocutez.com
Hai semua

life aku sekarang agak chaos tapi agak bersyukur sebab masih ada masa yang cukup untuk rehat. tak cukup pon aku buat-buat cukup je.haha

aku tengah pulun untuk siapkan PSM. sape yang pernah merasai derita kapel ngan PSM ni mesti tahu apa perasaan aku sekarang. status PSM aku masih dalam keadaan tak berapa nak okea. masuk hari ni da 4 minggu aku tak jumpa ngan aku punya supervisor. bukan malas sangat tapi aku tak taw la nape. segan sebab banyak sangat tak complete kot, tak pun sebab pening dengan tajuk PSM sendiri.

kadang-kadang pernah gak terdetik menyesal aku pilih tajuk ni. kononnya nak buat something different n sekarang memang different la.haha. orang laen da proceed ngan writing aku terkial-kial ngan methodology lagi. tak sure apa yang aku buat betol ke tak.huhu

semalam aku da stay kat fakulti sampai kul 4 pagi ngan team mate untuk siapkan esemen facility design, tu yang PSM aku tak berapa nak jalan cam aku plan. so, wiken ni aku bakal bercanda, bercumbu dan bermesra ngan PSM je la. sape-sape ade terasa nak ajak aku dating tu minta maaf la ye. i'm fully booked.hahaha

kalau diikutkan hati, aku nak sangat mengadap baby blog n apdet seme setory yang tergantung. antaranya, dinner fakulti, dinner IEC, futsal IEC, pelakon seindah sakura classmate aku n aku punya koQ punya aktivity yang buatkan kaki aku jadi belang-belang sebab aku pakai selipar pergi jalan-jalan tengah panas melawat tapak semaian UTM.fuuhh, panjang je explanation aku.hihi

aku mengadap blog ni pon sebab nak tunggu azan subuh. nak solat n tido. da lama senanye aku tak stay up camni tapi memandangkan semua benda perlukan perhatian aku, terpaksalah korbankan tido dan mimpi-mimpi indah.haha. tapi mimpi-mimpi aku memang indah la lately ni. kalaulah mimpi aku jadi kenyataan....hahaha
seronoknya dapat tido selena ni :)
oh ya, sebelum aku abeskan aku punya entry merapu ni, aku nak mintak maaf kat kawan-kawan alam maya sebab aku tak sempat langsung melawat blog korang. penat korang datang melawat n komen-komen blog aku. nanti bila aku da betul-betul free aku lawat korang ea. promiz :-)

lastly, aku nak announce satu keputusan yang aku buat baru-baru ni. lepas almost 2 months together, aku decide untuk kembali single. alasannya??? aku tak mampu n tak pandai nak bahagikan masa aku pada tempat yang betul dan apa yang aku nampak kalau aku teruskan, banyak kerja aku yang tak siap. yang salahnya adalah aku sebab aku yang tak boleh nak commit 2 benda dalam satu masa.huhu.

buat masa sekarang, segala attention aku juz untuk study, family dan kawan-kawan. tak terniat lagi untuk berpengganti sebab benda sama akan berulang kalau aku ade pakwe. aku tak boleh manage masa dengan baik. kalau sape-sape ade ternampak aku duk menggedik dengan status ala-ala crush on someone, jangan risau sebab benda camtu akan berakhir bila tiba masanya. bila obsesku da berakhir, aku akan kembali normal..hihi

aku rasa da tiba masanya untuk aku jadi lebih matang sebelum aku ke next step. banyak sangat benda yang masih belum sempurna dalam diri aku dan aku pasti tak akan sempurna tapi aku cuba sebaiknya untuk menghampiri kesempurnaan tu dan aku yakin bila kita cuba berubah untukNYA, satu hari ALLAH akan hadirkan seseorang yang juga ada pada jalanNYA untuk memimpin kita ke syurga. INSYAALLAH :)

LOVENOTE : sunyi. bila da terbiasa dengan call setiap pagi untuk kejut dia pergi kerja. call setiap malam yang wajib sebelum tidur. sekarang, semua sendiri. semoga hati aku akan terus kuat dengan jalan yang aku pilih kali ni dan semoga hati aku kekal istiqamah untuk berubah kali ni dan semoga ALLAH permudahkan segalanya :-)

DOUBLELOVENOTE : thanx 2 everyone who gave me the advice n stay by my side. aku pasti akan ada mata dan hati yang tak senang dengan apa yang aku putuskan tapi percayalah, keputusan ini adalah untuk kebaikan kami bersama. andai jodoh kami dah tertulis di Luh Mahfuz, akan tiba hari dan tikanya kami akan kembali bersama :)


http://www.emocutez.com
 

Wednesday, January 04, 2012

my UGP I Presentation

http://www.emocutez.com
Hai semua

ALHAMDULILLAH. selesai sudah fasa pertama untuk my UGP. da submit draft 1 last week n da pun present pagi tadi. aku ngan 4 orang team mate aku present our UGP 1 kul 8 pagi kat bilik seminar, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM.


bercakap sal tempat present, aku tak tahu la apa "darjat" student industry sampai kami kene present kat dalam bilik seminar n the other group of industry student present dalam dewan kuliah 1 which is the biggest lecture hall dalam FKM.

biggest lecture hall in FKM tu takde la sebesar lecture hall zaman matrik.hehe. cukup la untuk muatkan 100 orang student dalam satu masa. masa dapat tahu tempat present seme neves sebab student course laen present dalam kelas biasa je. kelas yang boleh muat around 30 orang.bila tempat besar takut gak ade penonton ramai plak yang hakikatnya takde pun junior yang sanggup bazirkan masa tido diorang  :(

presentation session divided into two days which are monday and tuesday. lucky me, i got scheduled to present on the second day. hari isnin aku ada gak temankan kawan-kawan present n dapatkan tips untuk present. nak gak tengok camne panel-panel bantai student yang present UGP nie. tulah cerita yang kami selalu dengar dari senior.

hakikatnya? tulah yang terjadi. ada yang got lucky bila panel tanya sket je n ada yang not lucky enough bila kene tanya sampai terdiam.haha. lots of expression yang aku dapat tengok. bila balik bilik, aku betulkan aku punya slide mana yang patut n prepare for the worst.

on that day, nebes tak payah nak cite la. aku presenter yang ke-2. overall presentation sangat la "mantap" kerana presentation aku dikecam hebat oleh panel-panel yang akan evaluate aku punya UGP but it's ok since the presentation juz contributes 25% for overall UGP 1. lagi 75% dalam tangan my supervisor, PM. DR. Adnan.

ni muka-muka kami yang da lepas present. dari kiri fadlee, budak baju kurung tak muat, shakir, aizat n raja.

 baju yang tak matching ngan tudung. asalnya aku nak pakai baju kaler kelabu, so boleh match ngan tudung ni. aku pun da malas nak iron tudung lain. tapi bila pakai baju tu, aku tak selesa. baju ni yang ketiga aku try pagi semalam. semua sebab badan aku da naik.hahaha.


ni plak my classmate, say voon yang present sesi 10.30am :)

thats how my hectic weeks end but will continue with another 2 weeks of stress with final exam. final exam tak de la sebizi cam UGP cuma aku tak tahu aku akan keep updating my blog or not but i wish i will :)

LOVENOTE : hope i can give my best for my final exam. 4 papers n em going home. wishing myself a big luck also to anyone who taking final exam  :)


http://www.emocutez.com

Wednesday, November 30, 2011

PSM or UGPor FYP at FKM, UTM Style

http://www.emocutez.com
Hai semua

firsly, hello to december! 2011 come to the end. means, few steps to 2012. some might think bout new "azam" or some might renew last year punye azam or just reading back Awal Muharam punya azam 3 hari lepas. same situation. new year! tak kesah which calendar you choose, as long as you think bout something better, its enough. banyakkan doa, semoga ALLAH bantu kita dalam memperbaiki diri dan kehidupan kita.  

oh ya, hari ni most blogger up entry wordless wednesday, so korang semua tengok gambar je la kan?. apakata, korang baca je la entry aku yang panjang ni.hihihi

PSM @ UGP @ FYP n to be exact Projek Sarjana Muda @ Undergraduate Project @ Final Year Project. already known as a compulsory course to graduate. undergraduate student konfem tahu. yang bakal merasa biasanya neves sebab dengar scary stories from senior (*based on my own experince) n for those who's taking this course memang merasa la azabnya. bukan nak takutkan sape-sape tapi tulah yang aku sedang rasa sekarang :-) 
 yang aku nak cerita ni FME, UTM punya style taw. aku tak sure faculty lain or university lain camne dia punya style. UGP divided by 2 parts. UGP 1 (2credit hours) buat sem 1 & UGP 2 (4 credit hours) buat sem 2. FME punya style, masa 3rd year korang boleh propose tajuk yang korang nak buat n propose lecturer untuk jadi supervisor (SV) korang. 

mana-mana student yang tak propose pape, pejabat akan arrange SV. so, korang kene gi jumpa SV tu n tanya dia either kene propose tajuk or dia da ada tajuk sebab ada certain SV yang da ada tajuk n diorang cuma nak student untuk buat UGP under tajuk tu. aku plak, masa 3rd year still blur. takde arah tujuan. so, pejabat la yang arrange sape aku punya SV n aku juz proposed tajuk.

lucky for us sebab kami ada SV (PM. Dr. Adnan), yang betul-betul ambil berat tentang kami. bawah seliaan PM Dr Adnan ada 5 org degree students n sorang student master (akak arab). untuk buat UGP ni, ada 3 methods which is industrial case study, computer simulation (buat modelling) or design & development (Thesis). all of us buat industrial case study yang mana kami kene cari case study company yang related with our topic and identify the problems there.

untuk pengetahuan korang, none of undergraduate student doing a thesis sebab sesuatu research yang ada jumpa benda baru je boleh panggil thesis. kalau stakat repeat topic yang memang senior da buat, guna lak method yang memang da established, semua tu dipanggil report n em doin a report :-)
kalau nak dicerita azabnya PSM ni takdelah teruk sangat sebab aku punya SV buat meeting tiap-tiap minggu (every wednesday, 9am) untuk tengok progress kami. draft kene submit by chapter. SV aku plak guide every inch in our report writing. da macam masuk kelas English. SV aku la cakap.hihi.

sekarang da masuk minggu ke-12. kalau diikutkan, kami da kene submit draft chapter 2 n 3 untuk SV betulkan n ALHAMDULILLAH, last week aku da submit chapter 1,2 n 3. so, takdelah pening sangat kepala aku lepas ni nak fikir pasal writing bagai ni. 

lagipun, ada satu lagi benda paling penting yang aku kene fikir untuk UGP 1 ni.based on company, i need to identify the problems, analyze the data n verify the validation of the data. untuk buat part ni, aku kene fikir sendiri apa method aku nak guna untuk analyze data. aku kene fikir mana data yang sesuai. aku kene fikir berapa banyak problem yang aku nak try cari possible solution. aku kene fikir betul-betul sebab semua ni akan effect UGP 2. masak kepala otak aku nak fikir. harap-harap berfungsilah kepala aku nak fikir semua ni :)
kalau diikutkan, setiap SV ada cara diorang sendiri. so, sepanjang 12 minggu ni da macam-macam yang jadi. setiap orang ada cerita UGP masing-masing. ada kawan aku yang boleh jumpa SV diorang bila ada masalah je, so inilah masalah. tup-tup masuk minggu kesepuluh SV diorang mintak draft chapter 1,2,3. kene siap dalam masa seminggu.hohoho. ada gak yang dapat SV busy sampai kene tunggu berjam-jam baru boleh jumpa SV diorang. ada yang frust ngan tajuk sendiri. pendek kata macam-macam la.

sekarang, ada lagi 5 minggu sebelum aku present my UGP 1. aku harap aku dapat buat yang terbaik even UGP 1 ni juz 2 credit hours. 5 minggu yang tinggal ni aku kene berfikir, kene prepare untuk presentation, kene siapkan draft untuk submit kat SV. hope semua berjalan cam yang aku rancang.
a lil bit bout my UGP. em doin a project on topic IMPROVING PRODUCTIVITY IN SHIPBUILDING OPERATIONS. using MSET SHIPBUILDING CORP. SDN BHD as my case study company. supervised by PM. Dr.Adnan Hassan from Dept of Manufacturing & Industrial Engineering, Faculty of Mechanical Engineering, UTM and En Zamri Yusof, Project Manager from MSET SHIPBUILDING CORP. SDN BHD (also my SV during my internship last july).

LOVENOTE : aku tak tido sepanjang malam. mulanya, siapkan slide untuk UGP outline for chapter 1,2 & 3. then, continue writing this entry. pagi ni which is my weekly meeting, aku kene present. pastu boleh balik tido sebab kelas pukul 11-1pm da cancel.

http://www.emocutez.com

Wednesday, November 23, 2011

seyes annoyed dengan orang yang pentingkan diri!!!

http://www.emocutez.com


 Hai semua

AMARAN : INI ADALAH ENTRI UNTUK MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI AKU.*ayat nak skema aje.haha

ini adalah cerita yang annoying happen this morning. pagi tadi aku pergi jumpa supervisor aku which is my one hour weekly meeting. every wednesday at 9am. habes meeting aku terus ke library FKM untuk pinjam soft copy previous PSM which is CD. biasanya, soft copy tu aku akan save as draft in my email. balik bilik barulah aku save balik lam lappy. masa tu, aku ada masa lebih kurang satu jam je sebelum next class.

dalam simpanan aku da ada 4 previous report yang aku guna as reference but its not enough. library FKM punya rules plak, softcopy boleh view dalam library je. tak boleh bawak keluar. nak tak nak kene lah guna PC yang ada dalam library tu je untuk bukak CD tu. dalam library tu plak ada 5 PC untuk kemudahan students nak SEARCH INFORMATION and SEARCH RELATED PSM. da trang tang-tang ada lekat kat atas each PC yang PC tu NOT for FACEBOOKING, EMAILING & TWITTERING.

kebetulan masa aku pinjam CD, semua PC penuh. dalam tangan aku ada 5 CD yang aku nak save dalam email. at least, i need 10 minutes to complete the saving process. pandang jam, masa da tak banyak. aku pun pusing tengok kot-kot ada yang da nak siap guna PC tu. ada yang cari maklumat, ada yang duk buat lab report n ada yang search previous PSM.

yang membengangkan aku, bila ada sorang mamat ni duk berfacebook bagai. aku da la tak banyak masa nak tunggu pastu dia duk bersenang lenang main facebook. aku berdiri agak jauh tapi cukup untuk mamat tu perasan aku tengok dia. then, cepat-cepat dia minimize n buat-buat macam search information. SEYES ANNOYING!!!
Dia tak rasa bersalah ke? da la masa aku tunggu tu ada lagi sorang mamat ni tunggu turn nak guna PC gak. kalau nak online bagai, baik la balik bilik je. tak pun bawak la laptop sendiri n online je guna wifi FKM. takde la menyusahkan orang lain. aku tengok, muka cam junior. tapi kat atas meja ada PSM report. nak kata batch aku cam tak pernah nampah. tak taw la aku mana datang lelaki annoying camtu.

last skali, aku tengok amoi yang buat lab report tu cam tak guna pun PC. duk menulis je dari tadi. then, aku minta ngan dia nak guna PC tu. nasib baik dia da siap buat kerja. masa duduk kat PC tu, mamat yang tunggu turn lagi sorang siap "cop" lepas aku. 10 minit siap kerja aku. mamat facebook tu still main facebook lagi. seyes sakit hati aku tengok makhluk yang bersenang lenang guna kemudahan awam untuk tujuan tak betul tanpa rasa bersalah.grrrrrrrr

bengkek la juga bila kuar library tadi. lepas kuar terus pergi kelas. malangnya, lecturer plak tak datang. setengah jam tunggu, terus balik.hihi. kat bilik,sambung tengok maharaja lawak mega ngan twiling jap. semalam tak ade mood nak tengok sebab terpaksa siapkan PSM outline :-)

LOVENOTE : ALHAMDULILLAH, demam aku da beransur elok. badan da okea.  batuk pun da kurang even suara still serak.

http://www.emocutez.com