Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

away...but still here :)

http://www.emocutez.com
Hai semua 

korang semua gembira tak harini??? aku gembira..yelaa, da wiken pon.haha. masa untuk bergembira sudah tiba. dalam jadual kehidupan aku memang macam tu. wiken adalah masa untuk berjimba-jimba. wikdays je masa untuk pulun ngadap buku.

minggu lepas aku ade cerita tentang perancangan hujung minggu aku tapi aku tak gitaw plak apa aku buat kan. *bajet macam ada orang nak tahu kan.haha. biarla da seminggu berlalu, aku still nak bagitaw mana aku wiken lepas. disebabkan terdapat kecelaruan entertainment di UTM, aku "terpaksa" mencari entertainment luar.

berbekalkan bertemankan kesayanganku Aena, kami ke Jom Heboh. Wana ngan Ana missing in action..hehe. Wana balik umah n Ana plak sedang mengenjoykan diri tanpa kami kat Hong Kong ngan family dia. Untuk pengetahuan korang,  ini first time aku pergi jom heboy ye. selama ni aku ni katak bawah tempurung BAIK, errkk..bukan aku nak cakap gie konsert jahat, aku pon gie gak cuma aku tak berapa ambik port sangat pasal konsert dan hiburan nie. setakat karok, wayang n ronggeng ngan kesayang tu perkara biasa la tapi nak gie konsert nie bukan permainan aku.haha.

lepas gie konsert, melalak sket nyanyi lagu rahmat then kami gie karOk plak. da lama kot kami tak karOk. lama giler. "sebulan lebeh" kot. seseorang "bersarcastic" ngan aku bila aku cakap sebulan lebeh tak karOk tu lama.haha. awal-awal karOk tu cam tak feel.canggung sket. masok 20 minit baru dapat feel. kami duk berdangdut 2 orang..haha. abes lagu dangdut kami nyanyi. lepas Inul, lagu Amelina, lagu Shida, lagu Mas Idayu..then balik sambong wat esemen. lupa plak aku yang isnin aku ade esemen nak kene submit.muahaha..





yang kat atas tu minggu lepas punya cerita. memang bergembira sakan la aku. minggu nie plak bizi bagai nak rak tapi sempat agie amek mase untuk apdet baby belog aku.haha. nie pon aku baru je lepas siapkan teks ucapan emcee untuk dinner ahad malam nanti. takde la baru lepas sangat. siapkan teks ucapan. sekarang baru sempat nak ngadap belog.hehe

LIST TO DO
 - Teks ucapan emcee untuk dinner *DONE*
 - Layout dewan untuk dinner *HALF-DONE*
 - design backdrop untuk dinner *HALF DONE*
 - iron baju nak pakai *lambat lagi la..hahaha
- study (kuiz isnin pagi) *habuk pon tak sentuh agi..

banyak gak lagi keje aku tak setel senanye. aku just ade siang nie je lagi. malam esok nak gie tengok perlawanan futsal antara dak tahun 1,2,3 n 4 cos aku (SMI). nak gie jadi pom pom girl jap.haha. hari ahad plak kiteorang da boleh stat masuk dewan untuk setup seme benda untuk dinner..heeee

minggu depan aku still akan bizi sebab 26. Mac aku akan ke SMK (P) Sultan Ibrahim untuk program IE promotion. untuk program tu aku kene setel surat n tentatif program ngan sekolah. contact kaunselor sekolah n mcam-macam gak la. nasib baik gak la, minggu bizi aku sama ngan minggu "away" seseorang.kalau tak masak la aku nak memujuk bila call terpaksa cakap 3 minit je. cukup la sekali aku merasa seksa nak memujuk. aku bizi seminggu je tapi dia punya status "away" for few weeks. kebosanan la aku untuk beberapa minggu.ngeee.

beberapa hari nie aku tak mampu janji yang aku akan BW macam biasa. risau gak kekangan masa tak mengizinkan. kalau untuk apdet belog pon aku tak sure. kalau aku rajin aku akan apdet tapi kalau malas aku juz edit entry dalam draft, kalau malas lagi aku juz duk diam je.hahaha

lastly, TERIMA KASIH untuk semua pendapat pada ENTRI INI mengenai Latihan Industri yang bakal aku jalani may nanti. really appreciate it..sayang korang..muaaahhhhh!!! mmuuaaaahh!!!



http://www.emocutez.com

Wednesday, March 16, 2011

seorang LELAKI yang mengerti apa itu CINTA SEJATI


http://www.emocutez.com

CINTA
satu perkataan yang sering kita dengar. macam-macam maksud yang orang tafsir. setiap orang ade tafsiran sendiri mengenai cinta. ada acuan sendiri untuk kisah cinta mereka.

CINTA SEJATI
sangat sukar ditemui. tapi tu tak bermakna ianya tak wujud. kan?

CINTA pada aku
a GAME with NO rule. play it safe, play it right. its a gamble.

CINTA pada kamu???
*sila beri tafsiran sendiri* :)

****************************************

kenape tiba-tiba aku bercakap pasal cinta nie? tiba-tiba nak jiwang-jiwang kan? ehh...satgi ade lak anOn komen aku duk jiwang kat belog je kejenye.haha. takpela. abaikan je.

korang kenal sape Chris Medina??
sejujurnya, aku tak kenal sangat pon. yang aku tahu dia ni salah seorang peserta American Idol 2011. pertama kali dengar lagu dia masa kat belog k.Intannurulfateha. memang aku tangkap cintan la ngan lagu nie. masa tu aku dengar bese-bese je. feel pon sket-sket je. tak download pon.

petang tadi tiba-tiba rasa cam nak dengar balik lagu tu. so aku search la "Chris Medina". aku ingat nama dia taw. tangkap cintan punya pasal.haha. tiba-tiba,,eh,banyak plak tiba-tiba aku kan???*sambil wat muke konpius*haha. okea-okea. sambung cite. aku jumpala satu video. video masa dia audition. tertarik plak nak tengok kan. mungkin sebab tajuk dia yang panjang berjela tu.

"American Idol 2011 Chris Medina Fiance Has Brain Damage and Sings His Heart Break Even For Her"


lepas je tengok, baru aku perasan mata aku berair. uish, da lama kot tak rasa camnie.   *bukan lama tak nangis ye.ngee. seyes terharu sebab masih ada insan yang suci hati dia dalam menilai cinta. dia tak tinggalkan Tunang dia walaupun dia tahu yang dia tak akan bersama tunang dia lagi.

Bercinta 8 tahun...
bertunang 2 tahun...
then, tunang dia accident. sebulan koma tapi dia tetap tunggu tunang dia. sekarang dia ngan mak tunang dia yang jaga tunang dia. suci hati dia dalam menilai cinta kan?. untung gila tunang dia sebab disayangi insan cam Chris Medina nie kan? 

kemudian, aku sambung dengar lagu kat bawah nie plak.


What are words by Chris Medina

Anywhere you are, I am near

Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side

I would never leave when she needs me most

dengar lagu nie untuk kali kedua lepas tahu cerita disebalik video tu, baru aku feel. nanges lagi..sob..sob.. murah sungguh air mata hari nie *hakikatnya hari-hari air mata aku murah.haha. lagu nie khas untuk tunang dia. lirik dia sangat bermakna bagi aku. very inspiring. agak-agak ade tak lelaki kat luar sana sanggu wat camtu untuk aku??? *wondering jap.lalala
:)

sekarang aku nak gie skodeng-skodeng jap ade tak lagi lelaki-lelaki hensem kat luar yang sanggup buat cam Chris Medina nie buat. :)




http://www.emocutez.com

Friday, March 11, 2011

BRUNO MARS is everywhere

http://www.emocutez.com
Hai semua :-)




senanye, aku rasa da macam jadi satu fenomenan baru. kalau my Baby Bieber ngan Bieber Fever, Bruno Mars tade plak fevernye tapi bila aku tengok sekeliling aku, boleh kata kat setiap phone guna lagu Bruno Mars untuk ringtone kat phone. betul tak? haa,,baik mengaku sekarang...ngeee. bukan je kawan-kawan sekeliling aku yang guna lagu Bruno Mars tapi hari tu aku tengok ada satu filem malaysia yang guna lagu Bruno Mars as ringtone dalam file tu. memang  Mars fever habes ah.

aku pon tak terkecuali la.hehe. aku pon guna lagu "Marry You" as my ringtone. agak-agak cam lau ade orang dengar aku punya ringtone akan ada la lelaki nak nyanyikan untuk aku.haha. ceeiitt. perasan. lagu Bruno Mars nie aku tengok mesti ada dalam playlist sape-sape je. memang kalah la my baby Bieber. yela, kalau Bieber, kebanyakannya hanya girls yang pandang tapi Bruno Mars disukai ramai. waaa,da cam iklan makanan ape da..lupa..ngeee



Antara lagu dia yang menjadi pilihan ramai tu :

"Nothing on You"
lagu dia yang pertama aku dengar and kebetulan plak ade orang dedicate kan untuk aku.hohoho. masa nie takdela minat lagi dia nie tapi suka la lagu dia sebab macam menghargai wanita. 

"Just the Way You Are"
first time aku tahu kewujudan lagu nie bila ade seseorang text aku lagu nie tapi lirik tu diubahsuai sket untuk kesesuaian keadaan..ouchh,kenangan lagi :)
disebabkan tak tahu lirik lagu apa masa tu, terpaksala aku taip lirik panjang-panjang tu and gugel search. tadaaa!!! last-last aku addict ngan lagu tu.

"Talking to The Moon"

lagu sedeh pertama Bruno Mars yang aku dengar. masa lagu ni hot aku plak ngan jiwa lara. Bruno Mars macam tahu-tahu je aku ngan perlukan sokongan moral. tu yang dia wat lagu ni untuk aku.muahaha. bOOO!!! perasan habes la. sambil dengar sambil tengok gambar kenangan Bruno Mars. feeling derr.. 

"Marry yOu"
lagu yang ceria + best. first time dengar lam drama series Glee. korang tahu tak cite Glee? cite yang someone told me that he one who desperate for entertainment only watch that series.uwaaaa. tak kesah la. yang penting cite tu comei and ade lagu best-best.ngeeee.:)

"Grenade"
satu lagi lagu sedeh Bruno Mars. kalau ade sape-sape nyanyi lagu nie kat aku memamg aku cair gak la tapi tak secair LAGU NIE. kalau orang nyanyi LAGU NIE aku memang akan kawen la ngan dia nie. insyaALLAH. berbalik pada lagu Grenade. lagu nie da memang aku hafal la sebab aku selalu nyayi ala-ala kenang nasib diri kene dump.hahaha. yes, sekarang aku da boleh gelakkan diri sendiri sebab jadi camtu dulu. ntah pape je..hohoho

haaa..mesti korang pon selalu dengar lagu-lagu nie kan? mesti ada lam playlist korang atau jadi ringtone phone korang. kalau takde lam list pon mesti korang dengar-dengar gak ringtone kawan-kawan korang kan.hehe *nak gak cakap seme orang suke Bruno Mars.ngeeee


pada korang yang minat gak Bruno Mars nie, apa lagu yang korang selalu nyanyi and selalu dengar.
ke korang ade lagu lain yang lagi best??? haa..ce cite..ce cite..nak tahu sket..hehe. manalah tahu cinta bakal beralih arah lepas nie..ngeeeee * gila perempuan tak setia.hahaha. 

opssss,,,, dun worry, dia bukan hak mutlak aku so tak leh la setia sangat kan kene dump lagi baru padan muka aku lagi. so kene sayang lite-lite je kat Bruno Mars. Baby Bieber aku nak letak mana nanti kan?haha. sayang Baby Bieber aku lebeh sebab baby bieber bukan je nyanyi lagu flirt macam dulu je. sekarang da pandai nyanyi lagu kemanusiaan cam Pray..hehe

jOm, sambung dengar lagu lagi...lalalalala.. 

LOVENOTE : Rupa paras bukanlah satu tiket utama untuk menawan hati wanita. wanita akan lagi cair bila lelaki pandai main gitar n nyanyikan lagu untuk mereka. sebab tu la aku letak seme pixies dia maen nagn instrument..ohhh..i'm melting .muahaha


Daaa :)

http://www.emocutez.com