Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

i grow up with my MOM's analogy

http://www.emocutez.com 
Hai semua

ALHAMDULILLAH. esok da masuk hari ke 22 semua umat Islam berpuasa. korang puasa penuh tak?? kalau penuh boleh dapat duit raya la kan?? so, sila sediakan duit raya untuk aku ye.hihi

sebenarnya, lama gak aku termenung sebelum taip entry ni. kekok plak nak menggedik di blog sendiri.haha. bukan apa, bulan puasa ni aku rasa lagi baik untuk aku kurangkan merapu. almaklumlah, da 23 tahun aku hidup kat bumi ALLAH ni, dosa pun da makin menggunung. daripada aku tambah dosa merapu kat blog baik aku duk diam-diam kat bilik tengok string heart. *wink*

aku terdetik nak berkongsi pasal my mom punya analogi sebab aku rasa da banyak analogi yang mama ciptakan untuk aku esspecially bila masuk bab solat. analogi terbaru mama bagi last 2 weeks. meh aku setory 2 incident yang lekat dalam kepala aku.

*************************************

setory 1 :

kat area rumah aku ada pasar malam setiap hari sabtu. so, masa kecik-kecik dulu mesti excited bila hari sabtu. biasanya, lepas asar baru aku keluar rumah n pergi main kat rumah kawan. kat tempat kami main tu ade satu tempat makcik-makcik bersembang. dalam jam 6pm mama akan datang ajak aku pergi pasar malam.

ada satu hari tu, mama datang n aku baru lepas main kejar-kejar. masa kecik dulu kurus lagi, so, selalu la main kejar-kejar.haha.

mama : jom gi pasar malam.
aku : jom *ngan muke excited tambah peluh-peluh
mama : sembahyang asar x agi?
aku : dok agi
mama : bgi balik sembahyang asar dulu.

15 minit lepas tu aku datang ngan baju yang sama aku main kejar-kejar n ajak mama pergi pasar malam.

mama : doh sembahyang asar peluh-peluh nge baju kotor gitu ke?
aku : hoo, nok cepat. kekgi pasar tutup plok *pastu sengeh-sengeh cam kerang busuk
mama : kekgi kat akhirat ALLAH bagi rezeki pun busuk cam adik gi sembahyang tu ar.
aku : :-)

 masa ni aku darjah 1 @ 2 camtu lah. aku pun tak berapa ingat sangat. manalah nak pikir seme bersih bagai tu. yang pasti solat tu wajib. tu je aku tahu. haha

*********************************************

setory 2 :

ni cerita last 2 weeks. rumah aku dekat je ngan masjid so, kami 4 orang just jalan kaki pergi masjid. biasanya aku pergi ngan mama n abah. abang pergi sorang. aku bawak kunci rumah sendiri n mama akan bawak satu sebab aku ngan abang solat 8 rakaat n mama ngan abah solat 20. ada satu malam masa nak pergi solat terawikh mama cakap tanya aku.

mama : adik sembahyang 8 rakaat je? *padahal mama da tahu jawapan aku
aku : ye.
mama : bakpe x smbhyang 20 je? bukan lama pun. jap je siap dah 20 rakaat
aku : hehe :)
mama : nanti kat akhirat, orang yg smbhyang 8 rakaat ni Allah bg habuan lepas siap bagi kat yang smbhyang 20 rakaat. dapat sisa-sisa je.
aku : :-)

*********************************************

mama memang selalu bagi analogi kat aku bila benda berkaitan solat. biasanya mama akan kaitkan ngan balasan kat akhirat nanti. antara yang lain yang aku ingat

- kalau solat laju-laju nanti Allah bagi rezeki pun laju-laju. tak sempat nak rasa nikmat Allah da ambik balik

- tinggal solat = berhutang. kalau manusia hutang kita bukan main kita marah bila orang tak bayar hutang tapi hutang ngan Allah tak nak bayar.

setiap kali mama bagi analogi biasanya dalam senyum tapi kalau bab tinggal solat muka mama mesti bercakap sambil tahan marah. bukan aku je kene. abang pun selalu kene bebel.huhu. kalau abah, straight to the point kalau bab solat. aku ingat lagi sebelum abah ngan mama pergi haji 3 tahun lepas, satu je pesan abah sebelum pergi haji.

"mana pun pergi, apa pun jadi, lewat macam mana pun, jangan sekali-kali tinggal solat. tu pun kalau sayang abah ngan mama."

bila aku fikir over & over again, i might be 23 tapi aku tak rasa pun aku layak nak ada pape tanggungjawab yang besar. solat pun terlajak kadang-kadang n still need my mom untuk bebel benda yang sama.huhu. tapi yang penting aku rasa bertuah sebab aku ada parents yang akan sentiasa ingatan aku tentang kewajipan aku. semoga ALLAH redha dengan mama n abah aku. aameen.

oh ya, tadi solat terawikh dengan imam dari Makkah. imam tu baru umur 29 n dia gak salah seorang tenaga pengajar kat tahfiz kat Makkah. sedap suara dia. :-)



LOVENOTE : aku just harap dengan takdenye syaitan bulan ramadhan ni, aku mampu berubah jadi manusia yg lebih baik n jaga solat betul-betul n haraplah semua kesedaran ni akan terus kekal sampai bila-bila. aku just manusia biasa. sentiasa perlu diingatkan. jom sama-sama cari malam lailatulqadar :-)


http://www.emocutez.com
 

Monday, July 09, 2012

my very first week home :)

http://www.emocutez.com
Hai semua

as always, ini kisah seminggu. kisah yang da diperam dulu baru bleh post n this is a random entry.haha

sampai je kat umah, penuh wall facebook aku duk update status. pastu tambah lagi ngan pixies kat instagram. almaklumlah, kelajuan binatang peliharaan yang hanya dibayar RM52 sebulan tidak akan sama dengan encik streamyx yang dibayar RM110 sebulan.haha.

sepanjang 4 tahun study kat UTM, first time aku naik bas dari pasir gudang untuk balik rumah. biasanya aku naik bas dari stesen bas Larkin or sri Puteri.naik bas ni da la laju, pastu tak brenti mana-mana. kul 4.30 pagi aku da selamat sampai umah.

turun dari bas, abang aku amekkan.sampai kat umah, mama da tunggu depan TV. pastu, haruslah melawat bilik sendiri yang tak siap sampai hari ni tu kejap.ni lah keadaan bilik aku mase aku tengok pagi tu. ade bilik air sendiri da. whole bilik lain kali aku tunjuk.



keluar je dari bilik, abah plak da ade depan TV. meriah umah aku kul 4.30 pagi. tanye khabar 2,3 patah, pastu abah ngan abang sambung tengok bola. aku online sementara tunggu subuh. lepas tu cari port yang sesuai untuk tido. mulanya abah suruh aku tido ngan mama tapi malas la plak sebab aku jenis tido depan latop. online n tengok movie. takkan la aku nak angkut laptop aku masuk bilik parents aku.haha. kesudahannya, kat sinilah tempat aku beradu. tadaa!!!


nasib baik ade tilam tak guna yang duk lam bilik tamu. bilik tu renovate jadi bilik abang n nanti, bilik lama abang akan jadi bilik tamu.aku tido kat ruang tamu depan. kat sini memang family aku tak duduk la. biasanya kalau ade tetamu datang barulah tempat ni berguna. kalau tak berhabuk. setiap kali nak raya baru la kene sapu habuk.kiki

CELEBRATE DAYU PUNYA BELATED BESDAY
disebabkan lepas subuh baru tido, ofkoslah bangunnya tengahari. lepas zohor, aku terus bersiap sebab nak pergi bandar celebrate my kazen punya belated besday. kami beli kek kat secret recipe and makan kat KFC. juz lepak makan n sembang. almaklumlah. lama tak jumpa. lagipun, aku rush jumpa dia sebab 2 hari lepas tu dia da masuk study balik. here she is!!! raya nanti baru dapat jumpa dia lagi. oh ya, nama dia pun aliya. Nur Aliya Idayu. :-)




malamnya aku plak yang susah nak tido sebab badan aku tak selesa. seyes penat. tido dalam bas, pastu sampai umah tido atas sofa. siangnye drive pergi bandar which is 2 jam drive pergi balik. :-(

KERETA
this is the only car yang aku allowed untuk drive. kereta abang aku manual n aku tak tahu drive kereta manual. so, takleh pinjam. kereta mama plak konpem mama tak bagi. tak mampu. so, kereta ni je la yang jadi peneman aku n kereta ni gak la yang aku guna sepanjang Industrial Training last year sepanjang 10 minggu n 2 kali accidents. yang pasti abah da hantar kedai baiki.
"terima kasih abah!" 



NEW BABY GIRL
hari ketiga kat rumah baru aku sempat melawat baby girl kawan aku. she delivered her baby on 25.June. sempat gak la aku g interview dia pengalaman lahirkan baby.hihi. ni la babynya. Nur Khalisya Ameera




BAJU RAYA
hari ape aku lupa tapi aku pergi beli baju raya ngan mama. 2 pasang. satu sutera n satu baju bese. yang hujung kaler pepel tu abang aku belikan mase dia pergi Indon last week. tema raya tahun ni tak tentu sebab abang tak buat baju melayu baru. mama cakap abang da banyak sangat baju melayu. semua kaler da ade. so, tahun ni takyah buat.haha. oh ya, semua da hantar kat tukang jahit da.hihi




MY ELYANA
this is my elyana. aku pernah post entry pasal elyana HERE. dia lahir 11.11.11. sekarang da pun 8 bulan. da boleh merangkak n nak berjalan. dia pun da kenal orang so suke nanges bila dia nampak mak dia. da susah nak dukung cam dulu.sobs

 


AKTIVITI LEWAT MALAM
kalau nak tahu, ni la aktiviti tengah malam aku. makan megi kul 1pagi ngan abang aku. kalau sorang aku tak masak megi la. cukup setakat cari pape yanga de dalam peti ais. bila ade geng, camni la jadi n this is why i love being home dem much.kiki



ha, tu je lah aktiviti aku sepanjang seminggu. bila petang kalau rajin aku melepak kat kedai beger kawan aku, Fara. kalau tak aku g melawat baby Kalisya. sebelah rumah je pon.hehe. kalau malas, duk mengadap cite korea je la. tu la sebab utama aku malas nak update belog senanye. korea addiction.lalala

hari ni bilik aku da siap kemas n aku pon da tido dalam bilik. baju dalam beg belum masuk almari n ade la sket lagi barang tak setel. nanti ade mase aku tunjuk bilik baru aku. nak tengok tak?haha. tanak pon aku wat je la tayangan amal nanti ea.hihi

okea, mahu tido jap. lepas ni kene kemas rumah sebab bilik abang belum cat. so, barang banyak bersepah. ade mase aku update lagi ye. till then :)

LOVENOTE : i like someone but i guess this someone will never realize how much i like him. sobs :"(

http://www.emocutez.com

Saturday, June 30, 2012

5 hari quarantine, finally i'm home :-)

http://www.emocutez.com
Hai semua

ALHAMDULILLAH, pertamanya nak cakap yang aku da pun selamat sampai kat umah termanis kul 4.30 pagi semalam.ngee. 7 jam setengah perjalanan naek bas dari Pasir Gudang ke Marang non stop buatkan perut aku cramp sebab aircond sejuk n tahan nak buang air..haha *terbaek punya pembuka kata

sebelum balik umah, aku stay umah pak sedara aku kat Pasir Gudang 5 hari dari hari jumaat sampai rabu. nape aku cakap kene quarantine? sebab aku juz duduk n makan n tengok cite korea.haha. takdelah sepanjang masa. ada gak masa keluar. maybe aku silap timing. yelah, bukan cuti sekolah. kazen aku seme sekolah n pak sedara ngan mak sedara aku keje.

bila pagi aku duk umah sorang-sorang. da la kene kunci dari luar sebab kazen aku yang form 4 bawak kunci pergi sekolah.kazen aku lagi 3 orang duk taska. aku ade gak terpikir, kalau la pape jadi alamatnye aku kejung lam umah tu je la sorang-sorang.hahahaha

sepanjang 5 hari kat sana, sekali je keluar.haha. sadis kan kisah aku? kami keluar ke tanjung Langsat. juz amek angin petang. maybe pak sedara aku kesian tengok muke aku boring.haha. kat sini memang port untuk amek angin petang. ramai gak yang melepak ngan kawan n family kat area ni.








Lepas tu makan mee bandung udang special kat sana. nak cakap harga aku tak taw plak sebab pak sedara aku bayarkan. yang pasti mee bandung tu best.hihi.

hari-hari laen aku juz duk diam-diam kat umah tengok cite korea. plan asal wiken ni sepatutnya aku follow pak sedara aku pergi Kota Tinggi. umah mak sedara aku punya family tapi my parents ask me to balik rumah. balik merempat kat rumah sendiri.kiki. oh ya, kisah merempat kat rumah sendiri nanti la kita setory ya. malas da nak menaip.huhu.

LOVENOTE : rindu nak aktif blogging cam dulu. harap-harap cuti panjang ni dapatlah aku kembali aktif.hihi :)



http://www.emocutez.com

Saturday, July 23, 2011

sepatu baru lagi

http://www.emocutez.com

Hai semua

alkisah bermula kerana kebetulan. apakah? haha. last week aku ada wat "tayangan amal" sempena wordless wednesday. aku letak my new sepatu kan.yang ini,


sepatu ni dibeli "accidentally". masa tu aku bawak ira jalan-jalan n makan-makan sempena hari terakhir dia kat MSET. ajak k.wanie sekali. masa naik kereta, semua tak tahu nak pergi mana. then, pusing je la area depan Mydin Mall. rupanya ada karnival kerjaya kat situ. bila ada karnival pastinya ada jualan kan, so kami decide nak jalan-jalan kat situ.

masa jalan-jalan aku "terberkenan" ngan sepatu tu. disebabkan harganya yang sangat masyuk aku terus grab. korang agak-agak berapa? senanye, harganya just RM25. murah kan? hihi

aku ngan ira masa last day ira kat MSET
tu kisah sepatu pertama. semalam, aku kuar ngan mama. asalnya nak pergi cari kain untuk buat baju raya tapi tak tahu kenapa banyak sangat kedai yang tutup so kami just pusing-pusing cari sandal. mama nak beli sandal. masa mama tengah sibuk try sandal aku pon pegang satu lagi sandal n buat-buat muka kesian.

mama tanya "nak ke?". apalagi yang kene jawab kan. senyum je la.haha. then, mama suruh akak kedai tu carikan saiz aku.haha. then, dapatlah sepatu kedua ni...


haa, tu lah indahnya berada kat rumah. semua nak dapat. kalau kat kampus sumpah susah nak beli barang. baru je nak beli barang sket kene fikir duit makan. haha. duit belanja aku memang cukup untuk makan je. aku tengok orang lain da boleh simpan n beli barang lain da. entah apa yang aku makan pun tak taw.haha

LOVENOTE : rasa cam nak jadi cam abang. lepas grad stay kat umah je. kerja pun still duk kat umah. bila lagi nak berbakti kat kedua orang tua kita kan :-)

http://www.emocutez.com

Tuesday, July 12, 2011

Going back to school

http://www.emocutez.com

Hai semua


Have u ever imagined when u are 22 year old girl and u’re going back to school? Erk..wait a minute, 22 years old mean I still a GIRL and not yet a WOMAN aite?hahaha

oh ya, what I mean by "Going Back to School" is not bout sitting in class, listening to what teachers gonna said, rest n back home. Sometimes pick a fight with the other students and kalah. Then cry sebab kalah pastu kene marah ngan cikgu.haha. zaman kanak-kanak sangat indah :-)

 But what I going through right now is all my primary routine. Wake up early in the morning, take a shower, wear a school uniform faculty lab coat, minum satu mug nescaffe yang mama buat, kiss mama n abah lite-lite n go to work. Have u ever imagine that??? It’s sooooooo syyookkkkk. 

Every morning i can kiss my parents. Every morning gak mama ngan abah pesan “hati-hati bawak kete” but still I’m the one who not listen to what they said. Tu la sampai da dua kali accident kecik sepanjang intern ni. huhu
FORM 2
 Sepanjang aku intern almost 9 weeks ni, tak la semua rutin harian aku sama ngan rutin sekolah rendah aku. Yelah, kalau zaman sekolah rendah dulu, setiap pagi aku buat konsert free khas untuk penghuni rumah aku. aku buka je mata, means akan terbukalah mulut aku ni. Pagi-pagi da nangis. Lagi tinggi pitching kalau berebut bilik air ngan abang aku.haha. Aku akan diam bila gosok gigi je. Then, lepas siap pakai baju semua baru la aku stop but I will continue my singing if I can’t find my sock  or tudung aku tak “jadi”.haha

FORM 5
 Banyak plak kenangan zaman sekolah dapat ingat balik bila da stay kat rumah. Seronok sangat dan yang paling best bila setiap pagi dapat tengok muka parents kita sebelum keluar rumah. Dapat peluk cium lagi. Patutla abang aku suka sangat duk rumak. Sekarang da kerja pon still duk rumah. Sampaikan kawen pon dia cakap nak stay umah tu.haha

kalau tak kerana intern, tak merasalah nak peluk cium hari-hari. kalau zaman sekolah rendah boleh la buat tak malu, tengah-tengah tengok TV tiba-tiba aku bangun pergi cium mama. alasannya, saje nak cium.haha. sekarang da besar, malu la plak nak buat camtu.ngeeeeee

LOVENOTE : ALHAMDULILLAH, sangat suka life sekarang. cukup apa yang disekeliling aku sekarang.

http://www.emocutez.com