Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday ✿ 10 ✿

http://www.emocutez.com
Hai semua

planning  
*dalam angan-angan*

LOVENOTE : tak sabar nak cuti raya. nak balik rumah. berkumpul ramai-ramai time raya :-)

http://www.emocutez.com

Sunday, January 09, 2011

Global Outreach Programme, Beijing. PART 3

http://www.emocutez.com


jom..bace agie ape yg terjadi kat beijing sepanjang kami kat sana.

hari ketiga (15.dec2010)

hari nie kami melawat universiti Tsinghua. sama gak macam lawatan sebelumnya. presentation, lawat lab n pusing-pusing sekitar kampus. mase ke universiti Tsinghua ni tak ade sesi discussion. so, tak ade la penat sangat otak nak kene perah untuk tanye soalan or pape.ngeeee

then , lepas lunch kami ke summer palace. disebabkan musim sejuk, tumbuhan pon tak tinggal ranting jek. bak kata daud da jadi cam taman ranting pulak. kami juz pusing part of the garden sebab lau nak pusing keseluruhan tempat tu memang tak sempat la. luas sangat. 


dalam kawasan summer palace ni ade satu tasik n mase kami sampai tasik tu da membeku. so, dengan bahagianya kami berdiri atas tasik tu. mase ngan syok berdiri tu la tibe-tibe satu bunyi crack. mase tu memang gelabah la seme.hahaha
seb bek tak pecah sebab tasik tu tak membeku sepenuhnya lagi. yang frozen part tu maybe dalam 3 inci je kot.. 2 la still kene hati-hati.







then, kami ke water cube n bird nest. masa kat bird nest ni kami tak masuk pon juz tunggu gelap sket. pemandangan bird nest dari luar bila da pasang lampu sangat cantik. pada masa yang sama gak, water cube pon pasang lampu. tapi masa ni kami tak enjoy sangat. temperature -8 degree celsius. yang jalan pon da macam zombi. selangkah, selangkah. seyes sejuk n seme muke ketat sebab tahan sejuk.huhuhu


then, kami gie dinner n terus balik hotel. balik je malam tu, terus tido. penat seharian berjalan. :)

fourth day (16.dec.2010)
hari kami dimulakan ngan melawat Beijing Polytechnic College. kat sana pon macam same jek. presentation dari kedua-dua pihak cuma mase polytechnic nie present, die gune translator.  dia tak boleh speak english. maksud aku die punye ketua jabatan. 




dari beijing Polytechnic college kami ke Muslim Street. disebabkan musim sejuk, stall jualan kat tepi-tepi jalan pon tak ade. yang ade cuma mall n kedai-kedai biasa. so, kami juz masuk mall n cari ape yang bez.

mase dalam mall, karthik beli kueh yang kat dalam tu, so die offer la kami seme makan. 
mase seme bukak  mulut nak makan, ade sorang auntie cakap "puyau,puyau". maksudnya tak boleh,kan?. kami ingat auntie 2 cakap tak oleh makan dalam mall, so kami pon keluar n makan kat luar. 

bile makan seme wat muke ketat, TEPUNG. rupa-rupanya kueh tu kene masak before makan. maksud auntie kat dalam tu bukan tak leh makan kat dalam mall tapi kueh tu yang kene masak.ngeee.
lepas tu baru la seme paham kenapa kat dalam tadi seme pandang n gelakkan kami.hahahaha
merasa la makan epung kat beijing.hehe




malam tu kami sampai ke hotel awal gak la. so, sambung jalan-jalan kat night market kat depan hotel. kat sini ada macam-macam makanan yang dijual. halal ngan tak halal, seme ade. makanan exotic pon ade. kebetulan masa kami rakam seme kat stall tu, ade sorang guy yang makan jengking. so, kami pon rakam la sesi makan-makan tu.ngeeee



ni la video makan-makan. JOM TENGOK :)


wokeh. senanye takde banyak pon yang aku nak cite. nak tempek gambar je yang lebeh.hehehe 
lepas nie aku akan wat satu agie part pasal beijing nie. da malas nak cite panjang-panjang.tak jadi la nak wat 7 part.hehehe

daaa :)
http://www.emocutez.com

Saturday, January 08, 2011

Global Outreach Programme, Beijing. PART 2

http://www.emocutez.com

Global Outreach Programme, Beijing. PART 1

korang da bace belum PART 1? hehe
now, aku nak sambung ngan part 2. second day we were there (14.dec.2010)


hari dimulakan ngan breakfast kat Ibis hotel. menu die ok gak la. ade nasi goreng, bubur nasi, coffe n milk. makanan pagi tu tak berapa ade perasa sebenarnya sebab kami dimaklumkan yang setiap hidangan tu tak diletakkan satu perasa tambahan yang tak halal. 
then, dalam jam 8pagi kami gerak ke Tianjin University. sesi pagi diadakan presentation daripada kedua-dua university, Tianjin University(TU)  n University Technology Malaysia(UTM). untuk present slide daripada UTM, head of delegation, En. Jafri sendiri yang present sendiri seme slide kat lecturers ngan dean daripada Industrial Engineering Department (IE). 


selepas semua presentation, kami dibawa melawat sekitar lab IE. seyes, lab die canti dan banyak teknologi yang memang havoc n canggih. die siap ade sistem yang lengkap untuk setiap eksperimen yang berkaitan ngan IE.

ni antara machine-machine yang diorang gune untuk wat kesperimen.

ni lak model yang dibina untuk eksperimen dalam lab nie. banyak gak lab yang kami lawat.

diorang punye lab siap ade conveyor untuk wat eksperimen agie. yang nie la watkan semangat kami seme berkobar-kobar nak balik UTM wat perubahan kat IE department.hehehe


haa..kebanyakan pelajar kat University di China ke kelas naik basikal. kat malaysia ade???
jarang je yang gie kelas naek basikal. kononnya malu la. tak ade kelas la. seme ade kenderaan, tak pon juz jalan kaki or naik bas yang disediakan oleh pihak university. kat sane, siap naek basikal ngan pakwe agie. sweet gitewww..hehehe


then, kami dibawa melawat ke muzium university Tianjin. kalau korang nak tahu, Universiti Tianjin nie adalah universiti tertua di China yang dulunya bernama Peiyang University. universiti nie baru je celebrate 100 tahun ditubuhkan. muzium die memang high class la. lengkap semua facilities and baru je ciap. ade 10 buag bilik pameran tak silap aku, n dalam tu still ada 2 bilik pameran yang still dalam proses kemaskini. 



belakang yang aku berdiri tu lagu university. bile pasang siap ada lampu-lampu yang akan nyala n gerak ikut senikata lagu tu. so, lau datang banyak-banyak kali boleh la hafal lagu universiti.hehe



then, kami pusing-pusing sekitar universiti. tengok tempat-tempat menarik cam frozen lake. taman die n banyak lagi. lepas tu baru kami gerak ke restoran untuk lunch. lepas lunch, kami ke universiti sekali lagi untuk sesi conference bersama pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 Industrial engineering 

sebelum discussion session dimulakan, TU membentangkan setiap aktiviti kurikulum IE departmen n UTM sendiri diwakili Karthik ngan eddy. banyak yang dapat dibincangkan serta dikongsi sepanjang conference nie. antara topik-topik yang dibincangkan kami adalah :
- subjek-subjek yang diambil oleh IE student di kedua-dua universiti.
- apa relevennya subjek tersebut cam macro n micro economy ada lam TU punye syllabus tapi kat UTM tak ada.
- peluang-peluang pekerjaan untuk IE di china
n etc

ni la antara pelajar-pelajar yang menyertai conference selama 2 jam tu. diorang sangat friendly n open in discussion. bagi aku, personally, discussion ni banyak membuka mata aku sendiri sebab tahu betapa untungnya study kat malaysia n jadi rakyat malaysia. kenape?
sebab, sepanjang discussion nie, antara topik n isu yang diorang bagitaw kami adalah :

- undergraduate student (degree), biasanya akan sambung ke master or phd baru keje. kalau tak memang keje gaji sikit n degree student tak akan diiktiraf sebagai enginer kat China sebab diorang assume, degree student still banyak benda yang perlu belajar.

-isu engineer perempuan, kita rasa kat Malaysia da berat sebelah tentang lady engineer tapi kat China lagi susah nak dapat keje (lady engineer only). lagi-lagi bila da kawen sebab kebanyakan perempuan kat China akan bercuti selama setahun untuk bersalin so company tak nak tanggung kerugian sebab setahun gaji jalan tapi keje tak ade. 


ni antara gadis-gadis yang join discussion petang tu. lepas sesi discussion, kami terus bergerak ke stesen Bullet Train untuk ke Beijing. bullet train nie the fastest train in the world. around 300km/hour. die nye sistem takde la 300km/hour all the time, die akan gerak sampai certain point (highest) n slow down balik. so takde la takut sangat. duk dalam tu tak rase pon kelajuan die tapi bile tengok luar rase gak la yang train tu laju.ngeeee. kami naik first class coach ngan harga RMB69. lau second class coach lak RMB58. first class coach die lengang je. tak ramai orang naek. kebanyakannya naek second class coach je. 






sampai je kat Beijing, pakcik van da tunggu kami. da la mase nak gerak ke van, aku tengok Mr sunny tolong sorang auntie bawakkan beg die mase naek escalator sebab auntie nie dukung anak die. Mr Sunny nie baek sangat taw..sabar je ngan kerenah kami. naek van terus gie dinner. lepas dinner barula kami check in hotel. kami ckeck in kat Wanch Huafu Hotel.

malam nie agak penat tapi still taknak lepaskan peluang jalan-jalan sekitar hotel. kebetulan, kami terserempak ngan group GOP dari fakulti kejuruteraan awam(FKA) yang stay kat hotel yang sama. so, one of the sudent FKA dengan bermurah hati nak tunjukkan kami jalan-jalan sekitar hote. yela, kami akan stay kat hotel tu 6 malam. mestila nak tahu ape yang ade sekitar hotel. lagipun, budak yang tunjukkan kami jalan tu da seminggu kat beijing n da nak balik malaysia keesokannya.

malam tu punye temperature memang terbaek punye la. the lowest temperature sepanjang kami kat beijing, -11 degree Celsius. seyes sejuk. seluar pon 2 lapis, gloves 2 lapis, baju tak payah cite la bape lapis, skarf n segala bagai still tak dapat tahan sejuk. hingus mengalir pon tak sedar..hahahahaha. balik bilik terus tido n rehat untuk mengahadapi hari esoknya :)

tunggu ea..tengok apa lagi yang kami jumpa kat sana :)

daaa :)

http://www.emocutez.com

Friday, January 07, 2011

Global Outreach Programme, Beijing. PART 1

http://www.emocutez.com


ALHAMDULILLAH. akhirnya ada gak kesempatan nak mencatat seme detik-detik bahagia bersama diorang sepanjang Global Outreach Programme, China baru-baru nie. almaklumla, minggu nie aku bizi sangat. banyak keje yang nak kene setel cam surat untuk industrial training, pendaftaran subjek n susun jadual. almost everything da setel cume fail GOP belum agie dikemaskini.huhuhu

erm, korang da ready belom nak dengar setori aku nie? hehe
aku ngah takde keje ni, so aku nak taip entri panjang-panjang.

disebabkan aku ke China 7 hari, so aku nak wat entri jadi 7parts. an entry per day. boleh tak??? hahaha
since, this is my blog so that will be my rules. aku nak tempek gambar banyak-banyak ngan video sekali.

Global Outreach Programme ni sebenarnya adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). pihak universiti akan bagi RM1k setiap pelajar untuk program nie. program ni diajurkan untuk membuka minda pelajar ke taraf lebih global . so, hari tu Industrial Engineering Club (IEC) buat satu kertas kerja ke beijing, China. alhamdulillah, kertas kerja IEC diluluskan walaupun da agak lambat. kami 11orang, seorang penasihat, his wife n 2 kids.

perjalanan bermula on 12the december 2010. kami bertolak dari UTM ngan bas UTM at 9.30pm skali ngan student mekanikal aeronautik yang akan ke India. arrived at LCCT around 3am. so, lepak je la kat sane. kami depart from LCCT to Tianjin by Air Asia on 13th december  at 8.30am.


video terlebeh masa kat LCCT


muke excited mase boarding

part of the group

head of delegation, En Jafri with his family 

mase boarding past kami da diingatkan jangan letak any liquid, aerosol n ape lagi ntah. aku plak bagos jek remind kawan-kawan yang lain. bile time aku kene check tibe-tibe die suruh aku bukak beg galas aku. godak punye godak upernye aku punye lotion yang botol tekan tu, deodorant spray ngan ubat gigi lam beg galas. semua benda tu mane lepas nak naek aeroplane. pakcik yang jage kaunter tu ngan bahagianya cakap
"lau aku nak gak barang tu kene check in balik la."
mane la nak sempat. nak geledah luggage bagai. ilang mood jap.grrrrrr

kami ke Tianjin untuk ke University Tianjin keesokannya. Tianjin ni salah satu bandar besar di China. flight arrived at Tianjin airport around 2.30pm. amek barang n setel segala bagai, around 3pm baru la Mr Sunny a.k.a wakil daripada Mr Musa Li ( kawan En. Jafri yg uruskan package yang kami dapat ). on that time, seorang wakil yang jugak lecturer daripada Industrial Engineering department daripada Tianjin University also there greeting us to China. mase nak keluar dari airport, Mr Sunny da curuh kami pakai winter coat. akupon ngan gembiranya pakai winter coat tapi tak pakai glove sebab cam tak perlu je.hahaha. kuar je dari pintu airport, seme muke da gelabah. seyes sejuk. mase tu temperature -3 degree celcius. jalan nak ke van around 200m pon rase cam lame sangat sebab sejuk.ngeee

then, kami terus gerak ke hotel. check in. hotel yang kiteorang stay at Ibis Hotel. setiap bilik 2 orang. aku stay ngan kak saffura, my senior. hotel nie bez gak la. internet pon ade kabel lam bilik. kat lobi hotel pon disediakan 2 komputer untuk kemudahan orang yang stay kat hotel tu. percuma jek tapi yang masalahnya macam tak ade function je kami nak gune. yela, China banned banyak social network. antaranya facebook, youtube dan blog. aku dimaklumkan yang China ada social network sendiri. lau tak silap aku name die renren.com..ngeeee
sampai je terus amek gambar...

bilik kami kat Ibis hotel
check in je kat hotel, aku terus mandi n bersiap untuk keluar dinner. mula-mula kami ke satu restoran n restoran nie agak eksklusif tapi terpaksa keluar balik sebab menu yang disediakan tak cukup ke ape ntah. then ronda-ronda find another restaurant. semasa kat Tianjin, restaurant jadi problem gak la sebab Tianjin tak ade lam package yang kami pergi. thats why la Mr Musa Li hantarkan Mr Sunny untuk jagekan kami sepanjang kat Tianjin.
first restaurant :)
muka bahagia. udah kenyang la katakan :)
ditengah - tengah bandar Tianjin
selesai dinner kami terus balik ke hotel. masuk je hotel kami miting kat lobi hotel untuk program esok hari. after briefing the agenda for the next day, kami pon keluar jalan-jalan sekitar hotel. yang keluar, student je la. En jafri ngan family tak join kami. mase keluar jalan-jalan nie, Mr Sunny temankan kami, for safety katanya :)


masa kami jalan-jalan sekitar hotel kami, kami terserempak ngan sekumpulan penduduk tempatan sedang bersenam. Mr Sunny bagitaw kami yang senaman tu aerobik yang biasa diorang wat mase winter untuk warm the body. sape-sape nak join pon boleh. kami tengok je la. ala poco-poco pon ade gak. aku duk tepi je la tengok.hehe

jalan lagi, kami jumpa ngan sepasang suami isteri (kot) sedang menjual tanglung. *lau tak silap aku la. harga tanglung tu 10yuan = rm5. so, syuk beli satu n mintak uncle tu demo untuk kami. bile da terbang, semua sorak macam tengok pertunjukkan sarkas. sebab seme cam hepi gile tengok tanglung tu terbang, Mr Sunny belikan lagi satu tanglung untuk kami. baek die kan? hehehe





video tanglung dipasang dan terbang

Lepas je tanglung tu terbang, kami snap pictures banyak-banyak dulu. antara view yang menarik perhatian kami, China wheel *aku yang bagi nama ganti paris wheel.hahaha
aku tak berapa sure ape name wheel nie.hehehe


penat tour sekitar Ibis Hotel, kami terus balik ke hotel. penat. rehat & tido.
okea..itu aje untuk permulaan. sambungannya akan datang.. nantikan apa yang dibincangkan bersama student di Tianjin University and apa maklumat yang kami dapat dari sana..
tunggu ye..*bajet ramai nak tunggu jek.hahahaha

interesting fact for the first day :
- China banned almost all world social network and built their own social network within the country.
- the temperature when we arrived at Tianjin Airport was -3 degree Celsius.
- the traffic in the town very different from our country, jammed and almost every 10 seconds you will hear the hon..pon..pon..the way they drive very dangerous. you should learn how they drive..ngeeee
- there is almost NO motorcycle in the town. normally, car or bicycle.
- the car was very dirty and they prefer to let their car be like that rather than go to car wash because the cost is 10yuan per car which is RM5. the price is so expensive for them.

daaa :)

http://www.emocutez.com