Hai semua
tengok tajuk pun da tahu apa yang bakal aku
mengarutan ceritakan. biasalah, setiap manusia ada angan-angan. punya impian yang lahir dari angan-angan. manusia juga akan terus berusaha untuk mencapai impian.
LUMRAH HIDUP.
dulu aku pernah cerita dalam
ENTRI INI tentang kahwin tapi disebabkan peredaran masa, so segalanya pun mestilah berubah sejajar dengan perkembangan fesyen.
*ayat tak nak kalah even BM masa SPM B3 je.haha* sekarang, semua maklumat tentang perkahwinan boleh dapat daripada internet. kata orang, dunia di hujung jari.hehe.
lately ni, aku pun banyak buat servey tentang barang kahwin tapi tak bermakna aku nak kahwin dalam masa terdekat. lagipun, kebanyakan magazine yang ada
"wedding to do list" nyatakan yang persiapan perkahwinan yang perfect mesti la buat dalam masa
setahun. tapi tu pun tak bermakna aku nak kahwin tahun depan. dah tu, bila aku nak kahwin? errr..no komen..ececehh, jawapan versi artis sekarang.hahaha. yang pasti aku takkan ke jinjang pelamin selagi masih bergelar pelajar. itu adalah
PASTI.
disebabkan aku nak pastikan entri ni TAK panjang berjela, aku nak setory one by one.
* tengok intro pun da nak muntah.haha*. kali ni aku nak cerita pasal planning untuk pakaian je dulu. bila aku ada masa nanti baru aku akan setory lagi tentang hal lain termasuk, pelamin, hiasan bilik tidur, hantaran ngan kad kahwin. ishh, gaya da cam orang nak kahwin da aku ni. takpela kan, aku sharing tips pada mana-mana reader yang blur nak wat persiapan kahwin even aku sendiri pun tak pernah buat lagi tapi mana la tahu bila baca entri aku tiba-tiba dapat ilham kan..hahaha
okea, mari kita bermula. perkara pertama haruslah tema dan warna patut dibincangkan. aku suka PINK. perempuan haruslah suka
PINK tapi aku takut nak tengok bakal suamiku dalam
PINK attire. cam nightmare pon ade gak.haha. ikutkah hati nak warna
PINK atau
TURQUOISE. semua warna aku akan guna untuk baju akad nikah, sanding & reception. okea la tu kan. meriah!.hehe
jom kita explore apa dalam kepala aku.
baju nikah :
aku nak baju camni je. simple sangat-sangat. PUTIH.
kalau nak tambah pun, aku juz nak beading warna PINK
or camni...
tapi, dalam 5 baju ni, aku paling nak baju kurung warna PUTIH tu.(gambar pertama, kanan).
simple tapi nampak elegen. takde la seksi sangat. juz baju kurung. takde shaping bagai. hehe
antara baju yang menarik perkatian aku gak, baju ni...
aku suka sangat combination warna dia. nampak mewah n tak crowded sangat. cantik kan?
bagi aku, baju ni sesuai untuk bersanding. baju lain yang sesuai dan bakal menjadi pilihan aku untuk bersanding lebih kurang camni la...
both cantik. boleh dipadankan ngan tudung. lagipun, baju camni punya shaping takde la melampau.
baju ni nampak flare n lengan panjang. nampak cam selesa untuk pakai.hihi
kalau dress plak, aku berkenan ngan dress nie,
both dress ni pun perlu redesign kalau nak padankan ngan tudung.
yang aku berkenan pada warna, beading n jenis kain. nampak perfect.hehe
semua kat atas ni juz perancangan dan apa yang aku tengok sekarang. memandangkan aku nak kahwin pun lambat lagi, so semua ni bakal berubah ikut peredaran fesyen.kikiki. kalau ikutkan hati dan nafsu serakah ni, banyak lagi jenis baju dan warna yang berkenan di hati tapi setakat hari ni, ni la yang terbaik aku tengok dan betul-betul puaskan hati aku. lagipun, majlis sekali seumur hidup, seharusnya punya persiapan yang rapi dan teratur dan yang paling penting semua benda cukup, cantik dan takde pembaziran. membazir itu amalam syaitan ye kawan-kawan.hehe
okea, tu je la yang aku boleh share. kalau nak lagi banyak design baju cantik korang boleh la terjah blog pengantin cam
tu antara designer terkenal untuk baju kahwin.hehe. baju yang diorang design memang tip top la. bukan baju je, pelamin ngan hantaran pon ade tapi disebabkan aku nak cakap sal baju je, so aku highlightkan baju je la..lain kali kita menggedik setory lagi ya. hehe
LOVENOTE : aku still mencari masa untuk make-up kan belog ni. header da ciap tapi belum sempat cari background baru so still tak bleh nak jalankan kerja-kerja tacap belog.huhu.