Showing posts with label advise. Show all posts
Showing posts with label advise. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

i grow up with my MOM's analogy

http://www.emocutez.com 
Hai semua

ALHAMDULILLAH. esok da masuk hari ke 22 semua umat Islam berpuasa. korang puasa penuh tak?? kalau penuh boleh dapat duit raya la kan?? so, sila sediakan duit raya untuk aku ye.hihi

sebenarnya, lama gak aku termenung sebelum taip entry ni. kekok plak nak menggedik di blog sendiri.haha. bukan apa, bulan puasa ni aku rasa lagi baik untuk aku kurangkan merapu. almaklumlah, da 23 tahun aku hidup kat bumi ALLAH ni, dosa pun da makin menggunung. daripada aku tambah dosa merapu kat blog baik aku duk diam-diam kat bilik tengok string heart. *wink*

aku terdetik nak berkongsi pasal my mom punya analogi sebab aku rasa da banyak analogi yang mama ciptakan untuk aku esspecially bila masuk bab solat. analogi terbaru mama bagi last 2 weeks. meh aku setory 2 incident yang lekat dalam kepala aku.

*************************************

setory 1 :

kat area rumah aku ada pasar malam setiap hari sabtu. so, masa kecik-kecik dulu mesti excited bila hari sabtu. biasanya, lepas asar baru aku keluar rumah n pergi main kat rumah kawan. kat tempat kami main tu ade satu tempat makcik-makcik bersembang. dalam jam 6pm mama akan datang ajak aku pergi pasar malam.

ada satu hari tu, mama datang n aku baru lepas main kejar-kejar. masa kecik dulu kurus lagi, so, selalu la main kejar-kejar.haha.

mama : jom gi pasar malam.
aku : jom *ngan muke excited tambah peluh-peluh
mama : sembahyang asar x agi?
aku : dok agi
mama : bgi balik sembahyang asar dulu.

15 minit lepas tu aku datang ngan baju yang sama aku main kejar-kejar n ajak mama pergi pasar malam.

mama : doh sembahyang asar peluh-peluh nge baju kotor gitu ke?
aku : hoo, nok cepat. kekgi pasar tutup plok *pastu sengeh-sengeh cam kerang busuk
mama : kekgi kat akhirat ALLAH bagi rezeki pun busuk cam adik gi sembahyang tu ar.
aku : :-)

 masa ni aku darjah 1 @ 2 camtu lah. aku pun tak berapa ingat sangat. manalah nak pikir seme bersih bagai tu. yang pasti solat tu wajib. tu je aku tahu. haha

*********************************************

setory 2 :

ni cerita last 2 weeks. rumah aku dekat je ngan masjid so, kami 4 orang just jalan kaki pergi masjid. biasanya aku pergi ngan mama n abah. abang pergi sorang. aku bawak kunci rumah sendiri n mama akan bawak satu sebab aku ngan abang solat 8 rakaat n mama ngan abah solat 20. ada satu malam masa nak pergi solat terawikh mama cakap tanya aku.

mama : adik sembahyang 8 rakaat je? *padahal mama da tahu jawapan aku
aku : ye.
mama : bakpe x smbhyang 20 je? bukan lama pun. jap je siap dah 20 rakaat
aku : hehe :)
mama : nanti kat akhirat, orang yg smbhyang 8 rakaat ni Allah bg habuan lepas siap bagi kat yang smbhyang 20 rakaat. dapat sisa-sisa je.
aku : :-)

*********************************************

mama memang selalu bagi analogi kat aku bila benda berkaitan solat. biasanya mama akan kaitkan ngan balasan kat akhirat nanti. antara yang lain yang aku ingat

- kalau solat laju-laju nanti Allah bagi rezeki pun laju-laju. tak sempat nak rasa nikmat Allah da ambik balik

- tinggal solat = berhutang. kalau manusia hutang kita bukan main kita marah bila orang tak bayar hutang tapi hutang ngan Allah tak nak bayar.

setiap kali mama bagi analogi biasanya dalam senyum tapi kalau bab tinggal solat muka mama mesti bercakap sambil tahan marah. bukan aku je kene. abang pun selalu kene bebel.huhu. kalau abah, straight to the point kalau bab solat. aku ingat lagi sebelum abah ngan mama pergi haji 3 tahun lepas, satu je pesan abah sebelum pergi haji.

"mana pun pergi, apa pun jadi, lewat macam mana pun, jangan sekali-kali tinggal solat. tu pun kalau sayang abah ngan mama."

bila aku fikir over & over again, i might be 23 tapi aku tak rasa pun aku layak nak ada pape tanggungjawab yang besar. solat pun terlajak kadang-kadang n still need my mom untuk bebel benda yang sama.huhu. tapi yang penting aku rasa bertuah sebab aku ada parents yang akan sentiasa ingatan aku tentang kewajipan aku. semoga ALLAH redha dengan mama n abah aku. aameen.

oh ya, tadi solat terawikh dengan imam dari Makkah. imam tu baru umur 29 n dia gak salah seorang tenaga pengajar kat tahfiz kat Makkah. sedap suara dia. :-)



LOVENOTE : aku just harap dengan takdenye syaitan bulan ramadhan ni, aku mampu berubah jadi manusia yg lebih baik n jaga solat betul-betul n haraplah semua kesedaran ni akan terus kekal sampai bila-bila. aku just manusia biasa. sentiasa perlu diingatkan. jom sama-sama cari malam lailatulqadar :-)


http://www.emocutez.com
 

Monday, June 20, 2011

RULES of LIFE

http://www.emocutez.com
Hai semua

life is a GAMBLE

sometimes you WIN


sometimes you LOST



sometimes you get LUCKY


sometimes you get HURT


BUT

always remember...
as long as you have HIM in your life,  
you'll never get hurt if you're wrong and 
you will really happy when you're right. 
ALLAH will never let you down.

LOVENOTE : Dear HEART, "La Tahzan", please stay strong.
have some strength to face any circumstances ahead.
everything will be fine.
ALLAH will always be there for you.

http://www.emocutez.com

Wednesday, April 20, 2011

jangan asingkan aku daripada kehidupanmu

http://www.emocutez.com

Hai Semua

ALHAMDULILLAH. setel gak semua esemen n group project untuk sem nie. aku baru je balik dari "berkampung" kat FKM untuk siapkan esemen terakhir untuk sem nie. esemen Advance Quality. sekarang aku da boleh mula fikirkan final n seme study yang terbengkalai. lucky for me or should i say lucky for us sebab jadual final exam sem nie tak menyengetkan otak.hihi.

kami akan start first paper on 27 april n abes on 11. Mei. even habes final lambat n aku rasa aku akan kelam kabut nanti untuk wat preparation untuk intern. mana taknya, intern akan start 15 Mei, hari ahad sebab aku intern kat Tengganu. so aku juz ade 4 hari untuk fikir seme benda. balik nanti my parents akan datang amek tapi kemungkinan besar akan balik ke Tengganu hari sabtu sebab mama tak leh cuti lama. mana nak fikir umah sewa lagi, kete lagi, nak pi tempat intern lagi..sob..sob.. :(


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

REVIEW : Novel Terasing by Hilal Asyraf

okea, okea, lupakan jap tentang segala kekusutan tu. let me think 'bout it later ya! as i promize yesterday, aku nak buat review tentang novel yang aku baca semalam. novel ni aku pinjam dari my ex-rumet. hehe *Thanx Fatiha for letting me borrow ur novel.hehe. kebetulan kan hari tu aku pun ade cari something untuk baca. hehe. dapat la hilangkan kempunan nak baca novel..tiba-tiba aku rasa yang doa aku dimakbulkan. ALLAH mungkin tak hadirkan aku seseorang untuk tenangkan jiwa aku tapi novel ni ada jawapan untuk semua kekusutan yang aku rasa sekarang..heeee

*TERASING*

novel ni mengisahkan tentang ukhuwah, persahabatan dan keluarga. apa yang terjadi bila satu ukhuwah tu diuji. apa yang jadi bila kita mengasingkan diri dari nikmat ukhuwah. aku rasa mesej yang dibawa dalam novel ni sebenarnya simple tapi cara penceritaan dia laen dan sangat-sangat terkesan. kalau sape-sape baca tapi tak terkesan baek baca banyak kali.heee.

cerita dia mengenai persahabatan yang dibina sejak zaman sekolah. orang-orang hebat zaman sekolah, dihormati dan disegani, ada agama, tinggi pekertinya dan camne bila mereka ni diuji. main thing dalam novel nie adalah janji-janji waktu mereka bersahabat dulu. do they succeed in keeping the promises and what they see in the others' life esspecially the person who not lucky enough to feel "kemanisan iman".  pernah kita terfikir semua tu? novel ni ada jawapannya. lagi-lagi dengan keadaan masyarakat kita sekarang.

watak utamanya, Saifullah. dia ni berkawan ngan zaman n diorg ada berjanji waktu sekolah. satu petang,  zaman mintak Saifullah janji pada dia,


" pertama,  ingati aku dalam setiap doamu"

"kedua, kalau aku jatuh, hulurkan tanganmu kepadaku. bila aku bengkok kau luruskanlah aku"

"jangan asingkan aku daripada kehidupanmu"

 novel nie cerita camne effect daripada janji tu. zaman rasa yang dia diasingkan daripada hidup Saifullah dan rasa dikhianati bila Saifullah kawen ngan Tengku Atikah. Zaman suka kat Tengku Atikah sejak sekolah tanpa pengetahuan Saifullah. bermula la macam-macam konflik, dugaan, pemunuhan dan macam-macam gak la. nak tahu lebih lanjut sila baca ye.hehe

erm, yang aku nak kongsikan sket daripada apa yang aku baca, aku suka susunan dan jalan cerita novel nie. setiap kejadian diselitkan firman dan hadis yang kene ngan keadaan tu. dalam ni gak tekankan yang apa jadi sekalipun, kita ada DIA. dalam banyak-banyak firman, hadis dan kata-kata hikmah, ada satu yang paling aku suka dan memang terkesan dalam jiwa,

"jadikanlah cintamu kepada ALLAH sebagai pokok untuk membuahkan cinta-cinta lain. INSHAALLAH, kamu tidak akan kecewa bila silap, dan kamu akan rasa teramat bahagia bila betul"

aku rasa sebab tu la orang yang betul-betul ikhlaskan hati dia pada ALLAH akan senyum dan masih mampu ucap syukur walaupun ditimpa musibah atau silap dalam percaturan hidup. ALLAH kurniakan mereka ketenangan jiwa. nikmat yang tersangat indah :)

dalam novel ni gak ada kupas apa akan jadi bila kita asingkan diri kita daripada sahabat yang soleh dan akan buat kita terasing daripada hidayah ALLAH. ada gak cerita mengenai pandangan seorang yang betul-betul faham konsep dakwah dan da'i. mereka tak akan asingkan mereka yang bersalah, bergelumang ngan maksiat tapi mereka akan mendekati mereka ni dan cuba menarik mereka ke arah kebaikan kerana kita bukanlah penghukum.

kalau kita ALLAH kurniakan dengan Iman, tak perlu kita takbur dan mencemuh masyarakat ngan orang-orang yang ALLAH uji dengan kehidupan yang lain bentuknya. bersyukurlah sebab ALLAH sediakan kita dengan jalan hidup kita dan bagi kita rasa nikmatnya Iman. tak salah kita mendekati mereka yang tak bernasib baik tu n mungkin tu satu lagi cara dakwah yang lebih berkesan. *wink*

 banyak lagi ilmu, nasihat dan teladan yang boleh kita ambil dari novel ni. aku rasa cam nak suruh seme orang baca novel nie.hehe. seyes taw, sangat best. tak dapat kat tempat lain.hehe

penulis novel nie sebaya je ngan aku.hehe. muda lagi. betul orang cakap, usia tak menggambarkan ilmu di dada. kalau nak kenal siapa Hilal Asyraf, boleh ar terjah ke TERATAK LANGIT ILAHI. aku takdela kenal sangat beliau tapi baru je mula nak kenal-kenal lepas baca novel nie.hehe. lepas ni rasa cam nak cari lagi karya dia nie. up to date dan Islamic.hehe. haa, tu je la yang mampu aku cerita mengenai apa yang aku baca.hehe

okea, lepas ni aku nak pergi bilik Fatiha lagi. pinjam novel lain pulak.haha. tapi nak tak nak terpaksa la tunggu masa yang betul-betul lapang dulu. sekarang masa sangat-sangat jeles ngan aku.huhu. okea la, tu aje.

LOVENOTE : nikmat dan kasih ALLAH tak terhingga banyaknya. lagi-lagi kalau kita nak compare ujian yang sedikit ALLAH sediakan untuk kita berbanding ngan nikmat yang tak terkira. sama-sama kita angkat tangan syukur untuk segalanya. :)

http://www.emocutez.com

Thursday, April 14, 2011

tips penjagaan kulit sensitif

http://www.emocutez.com

Hai semua

arini kan aku nak share something yang bermanfaat sket. da lama terfikir nak share tapi aku ni agak malas nak menaip something yang camni. yelah, aku pun bukannya expert sangat hal-hal penjagaan kulit ni tapi since aku sendiri bermasalah ngan kulit aku, so tak salah rasanya nak share sedikit ilmu ngan pengalaman sendiri.heeeee

okea, yang aku nak setory nie bukan je penjagaan kulit muka tapi termasuk gak ngan kulit badan. orang-orang yang close ngan aku memang da sedia maklum ngan masalah aku yang "maha gedik" nie. aku nak share nie bukanlah supplement atau bahan-bahan untuk mencantikkan kulit tapi more to medicine sebab kulit sensitif nie boleh efek banyak benda. boleh burukkan texture kulit dan yang paling tak boleh tahan adalah gatal. makin garu makin teruk.grrrrr

kulit aku bermasalah dari aku kecik. so, aku dah terbiasa ke klinik disebabkan kulit. klinik kerajaan, klinik swasta ngan farmasi. seme aku da terjah. kulit aku tak boleh ngan benda kotor sangat. hujan, air kotor ngan debu kotor lebeh-lebeh pon naik gatal. tu bab kulit badan.kalau kulit muka plak, tak boleh sangat ngan mana-mana skin care yang terlalu banyak bahan kimia. aku rasa la, makin mahal satu-satu produk tu, makin banyak campuran bahan kimia dia. so, aku bernasib baik la, tak perlu nak beli barang mahal-mahal. rosak abes kulit muka aku.muahaha.

now, jom kita terjah penjagaan kulit muka dulu. semua barang yang aku guna senang cari dan yang paling penting murah.haha



*penjagaan harian"
first skali, kalau kulit sensitif ni biasanya tak sesuai pakai skin care yang melampau bahan kimia dia. kalau tak naik bintik merah, konpem kuar jerawat nanti.

untuk aku, aku juz pakai pelembap safi lidah buaya (1), pencuci muka dan penyegar safi balqis (2). sepanjang pengalaman aku "try an error" ngan skin care product, safi je produk yang tahan dan efek terbaik pada muka aku. aku pernah try safi balqis punya pelembap yang aku rasa takdela banyak sangat bahan kimia pon still tak tahan. baru sehari guna da naik bintik-bintik merah cam ruam tapi bagi kulit yang up satu level dari aku mungkin bleh try safi balqis jugak.

selain daripada safi, aku pernah try "Chahaya Whitening". produk nie produk turun temurun keluarga mertua Kak Lyna. produk nie tahan ngan muka aku. memang menjadi la tapi aku stop mungkin sebab harga. tak tahan derr. satu set tak sampai sebulan dan aku kene spend more than 100 for a month. student kena la wat gaya student kan. nak pakai skin care mahal-mahal kene tunggu keje la. skunk tak sampai hati nak prabeh duit my parents sekadar untuk cantik-cantik.huhu. kalau korang teringin nak try boleh la terjah BLOG KAK LYNA. kebanyakan yang guna produk family mertua dia nie memang menjadi la :)

*pore care*
aku juz guna Biore Pore pack (3). cleansing strips nie boleh la buang bintik-bintik hitam kat hidung. lagipun, facial ngan toner je tak cukup untuk menampung kotoran pada muka kita.hehe

*jerawat*
okea, now kita masuk isu sensitif untuk perempuan tapi lelaki pon amek pot gak pasal jerawat nie. dulu kulit muka aku okea tapi last year aku ade tersalah guna produk dan muka aku memang teruk tahap gila babeng ar. semua orang jumpa aku tegur muka aku.hahaha. macam aku bukan alya yang dulu je diorang buat. BACA SINI dan SINI :)

lucky for me, my parents bawak pergi klinik. kat klinik aku dapat satu sabun, Acne-Aid (4). klinik tu suruh aku stop semua jenis facial dulu dan pakai sabun nie je. sabun nie memang berkesan. aku rasa sabun ni korang boleh dapat kat farmasi. selain sabun tu, aku dapat satu ubat cecair ,Dalacin T, (5), ubat nie sapu waktu malam dan tak bleh kene cahaya matahari. combination dua ubat nie emmang berkesan. seminggu je da boleh nampak perbezaan dia. jerawat da mula kering dan tak tinggal parut.ha, selain tu aku ade gak makan ubat klinik untuk jerawat. since ubat da habes so aku tak tahu la nama ubat tu.sowie ya!

jerawat aku yang teruk ari tu da okea dalam masa 3 bulan gak la. sekarang da takde jerawat tapi kalau time tertentu konpem naik jerawat gak kan. setakat ni aku juz guna ubat jerawat safi gamat (6). da sebulan gak aku try produk nie dan nampakla kesan dia. dia akan hilangkan jerawat ngan parut jerawat.

bagi sape-sape yang berkulit sensitif, cuba elakkan pakai bahan-bahan yang terlampau banyak bahan kimia. daripada pengalaman aku, antara skin care yang memang tak boleh masuk ngan kulit sensitif cam Tia Amelia, Garnier, Safi Balqis.

okea. setel bab kulit muka. now aku nak setory sket pasal kulit badan. kalau sape-sape yang memang dilahirkan nagn "kulit manja", boleh la try cari ubat-ubat yang bakal aku listkan. haa, istilah kulit manja tu bukanlah aku sendiri yang bagi tapi ada sorang doktor yang bagi pada aku sebab masa kecik boleh diakatakan tiap-tiap bulan aku pergi klinik amek ubat sebab aku main pasir. beselah, konon nak main pondok-pondok. nak masak-masak. nak masak ape lagi kan, mestilah masak pasir. dulu takde play dough cam sekarang.hahaha

bisanya, kulit allergic akan naek ruam atau bintik-bintik merah. makin garu makin teruk. setakat nie da banyak gak la ubat allergic yang aku da try termasuk inject sebab da tak tahan sangat. antara yang terbaik aku pernah guna Betasone Cream (7)  ngan Uniflex-N (takde lam gambar sebab da habes). betasone cream aku dapat masa gie klinik. kalau uniflex-N aku beli kat farmasi. uniflex ni aku da pakai sejak dari sekolah. cream nie je yang tahan ngan allergic aku. yang laen macam hampeh sket. pakai pon macam takde efek sangat.huhu
ni la ghopernye kalu da gatal..:)
haa..tu jelah yang mampu aku share ngan korang semua. semua produk yang aku cite lam nie semua yang memang aku pakai n berkesan lagi-lagi sabun untuk jerawat tu. seyes, selama ni aku tak amek port sangat hal jerawat. sekali kene camtu memang aku rasa la penangan jerawat dan camnne sakitnya muka bila dipenuhi jerawat. sob..sob.. :(

aku share semua ni sebab ak tahu camne seksanya rasa semua sakit tu. tambah lagi akan jadi kurang self confidence. so, sape-sape yang ada masalah cam aku leh la try ubat-ubat ni semua.hehe

okea..selamat mencuba... kalau nak senang sebaiknya jumpa je doktor. amek ubat kat klinik. tu yang terbaik la.hehehe

haa..sebelum tu meh aku tunjukkan transformasi yang terjadi pada aku.hehe

ni masa zaman takde problem n hormon gedik nak cuba macam-macam produk takde lagi..heeee

ni zaman kritikal sampai amek gambar sorang-sorang pon takmo.haha

ni sekarang!!! berbaloi la berpenat lelah sapu ubat tiap-tiap hari.hehehe


LOVENOTE : usaha!!! jangan pernah putus asa :)

http://www.emocutez.com

Sunday, March 27, 2011

Pelangi itu Indah

http://www.emocutez.com
Hai Semua

"panas sampai ke petang"
itu harapan
"hujan di tengah hari"
itu dugaan
"hadirnya pelangi selepas hujan"
itu rahmat tuhan


pelangi itu indah
berwarna warni
sempurna pada pandangan
sesempurna jalan ceritanya
hadirnya selepas hujan
mengubat duka lara
meminta ukir senyuman
SENYUMLAH
:-)


KEHIDUPAN
hakikat hidup tak semua indah
namun
setiap janji ALLAH itu pasti
setiap yang terjadi ada hikmahnya
setiap zarah bergerak ada tujuannya
setiap liku kehidupan ada matlamatnya

merangkak kadang tersadung
berjalan kadang jatuh
berlari kadang tersungkur
sakitnya usah dicerita
deritanya tak semua mampu rasa
kerana kita semua punya jalan tersendiri
jalan yang sempurna atas kehendak-NYA
bersyukurlah kita diuji
itu bukti kasih sayang-NYA
bersyukurlah atas semua nikmat-NYA

Firman Allah yang bermaksud: 
“Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

LOVENOTE :
Terima Kasih YA ALLAH untuh rahmat dan nikmat kurniaanMU.
Terima kasih sayang untuk segalanya.
Terima kasih teman untuk hadirmu disisi. 

http://www.emocutez.com

Tuesday, March 01, 2011

10 petanda dia jodoh kita :)

http://www.emocutez.com
aip semua..kemalasan nak menaip sangat-sangat bermahrajalela sekarang tapi ada gak secebis rasa rajin mampu menyelit dihati.hehe. kebetulan tadi, tengah-tengah "menggodak" home facebook tiba-tiba mata aku tertarik ngan satu tajuk artikel kat note seseorang. so, terasa nak berkongsi tapi maaf dihulur sebab ini bukanla penulisan aku :)
entri ni aku juz copy dari facebook seorang kawan. terasa makna tersirat dibalik tiap bait ayat nie. jom sama-sama baca :)



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
 

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



lepas baca semua ni pasti terbayang wajah seseorang lam kepala korang kan? ngeee
aku juga. siapa insan itu? biarlah rahsia. *eceh, da macam dato' siti nurhaliza da.haha
yang aku rasa skunk biarla disimpan dulu. insyaALLAH, kalau jodoh itu milik "kami", aku pasti ALLAH akan permudahkan jalanNYA :)


Kebahagiaan tak datang dengan mudah. sedikit kepahitan dihadiahkan agar kelak lebih menghargai rasanya kemanisan. Kebahagiaan juga milik setiap insan. berdoa dan berserah padanya. InsyaALLAH, semoga segalanya dipermudahkanNYA :)


http://www.emocutez.com

Thursday, December 30, 2010

rentak kehidupan

http://www.emocutez.com

dalam dunia ni kita hidup...senang je. wat baek kat orang, orang akan balas kebaikan kat kita. kita takkan keseorangan bila kita ada masalah. believe me. aku mungkin 21 tapi aku da rase macam macam lam hidup nie. kawan-kawan nampak aku manja, mengada-ngada tapi pernah kamu taw ape yang aku da lalui. bila aku jatuh akan ada orang yang berada disisi aku untuk bagi sokongan. aku tak pernah mengalah kerana aku taw akan ada insan yang akan sanggup bersama aku, memahami aku dan menasihati aku.
KELUARGA,
KAWAN-KAWAN.

mungkin aku sorang yang sangat senang express ape yang aku rase kat blog atau fesbuk tapi jangan ingat bile bace yang tertulis kat blog or fesbuk maknanye korang da kenal aku sape. hanya secebis bingkisan hidup aku yang aku catakan kat sini. mungkin sekadar mahu meluahkan ape yang aku rase atau berkongsi pahit manis yang aku lalui. melepaskan sedikit kedukaan namun bukan semuanya. apa yang pernah aku lalui tak semua mampu faham. aku da rase banyak kejatuhan dalam hidup aku tapi aku bangkit dari kejatuhan tu untuk jadi siapa diri aku sekarang.

aku hanya jadi diri aku. bila sesuatu jadi pada aku, aku tak pernah salahkan sesiapa. aku lagi suke menilai diri aku. menilai mana silap aku. mencari apa lagi yang perlu aku ubah untuk jadi seorang manusia yang lebih baik. kerana dengan cara itu je kita akan matang menerima kesilapan kita dan bersedia untuk berubah. bila kita menuding jari pada orang lain takde masalah yang akan selesai sebab mase tu kite rase yang kita seorang manusia yang baik dan menjadi mangsa keadaan. tanya lah pada diri kita, pernah kita lakukan sesuatu yang orang lakukan pada kita kerana dunie ini berputar macam roda.

mungkin aku pernah menyalahkan takdir memilih aku untuk melalui seme dugaan nie tapi itu tak pernah menyelesaikan seme benda malah lagi kusut. makin diselami kenapa aku dipilih untuk melalui seme nie, makin aku tak faham, makin aku hilang. kerana itu aku berhenti mencari jawapan. aku lagi suke menguburkan semua khilaf aku dan berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan bukannya mendoakan dikurangkan dugaan untuk aku sebagai hambaNYA kerana aku tahu aku hanya hambaNYA yang lemah dan tak sempurna. kalau disingkap satu persatu kesilapan dan khilaf yang pernah aku buat, tak seme mampu percaya bahawa itu adalah aku. terlalu banyak cacat celanya.

tapi aku ingat, muhasabah dir kita sejenak lebih baik daripada membaca AL-Quran. namun, manusia mudah lupa. sejenak menginsafi kesilapan, masih diulangi pada masa akan datang. dan aku tahu, aku juga insan seperti itu. khilaf dan mudah lupa.
 namun,
jangan dibutakan mata yang memandang,
jangan dipekakkan telinga yang mendengar,
jangan dibataskan hati yang menilai,
jangan dihimpit akal waras yang mentafsir,
jangan diragukan pada sebuah takdir.
yang tersurat tak semestinya hakikat,
yang tersirat tak semua mampu faham,
semoga kekuatan itu milik kita,
semoga redhaNYA juga bersama kita
semoga dirahmati perjalanan kita menujuNYA.
INSYAALLAH :)

come into my life n be my friend. i can be the nicest person you ever noe if u treat me right n i might be the worst person u ever noe if u cross the limits. dats me. take it or leave it.  u decide it.


* aku nak mintak maaf lau aku ade wat silap kat sape-sape. lam idop aku, aku tak pernah cari musuh. when i did sumthing, i have my own reason. aku bukan wat sesuke hati aku. aku taw aku memang susah nak difahami n aku tak mintak pon difahami. aku juz mintak korang hormat keputusan aku.

- kawan, jangan cepat melatah. jangan terlalu rakus menilai. 

* sekadar meluahkan ape yang terbuku dihati. bukan mahu menjadi baik dimata semua namun ada kalanya terasa mahu berkonsi rasa, membariskan kata supaya ada yang memahami. :)

http://www.emocutez.com


Sunday, December 05, 2010

badan berbau. apa pandangan korang??

http://www.emocutez.com
ini adalah entri REPUBLISH yang da di-edit.ngeeee


dats S*** ok!!!
BODY ODOUR ni masalah yang selalu sangat dihadapi oleh kaum wanita tapi tak terkecuali bagi kaum lelaki. tetibe aku rase terpanggil nak menulis entri berkenaan ngan masalah nie.
aku membesar di asrama. dari form1 aku da pon kene hantar kat asrama. dari first day lagi da tido hostel. kirenye, aku da merase segala bgai masalah kat asrama tu. kritikal atau tak kritikal. terlibat atau tak terlibat..erkk,ape aku duk mengarut nie? huhu..okea, berbalik pada cerita asal.


bile duk asrama, mesti ade satu prinsip "sharing is caring". tol tak? lau korang cakap tak, aku ketuk korang laju-laju.hahaha. yelah, perempuan kan hati lembut, kawan nak pinjam pape seme boleh tapi lau laki lagi la teruk. share baju tak payah basuh. selalu kot aku tengok budak laki pakai baju same. contohnye, malam nie die pakai. esok kawan die pakai, luse kawan laen lak pakai. baju same taw. bile aku tanye die cakap malas nak basuh baju. nak pakai ulang-ulang cam malu so, tukar-tukar la sesame sendiri.hahahahaa
gile pengotor. bagi aku nak pinjam takpe, tapi basuhla dulu..kan..kan..


masalah nie adalah masalah yang paling aku takot kene kat aku kat asrama sebab bile ade kawan-kawan yang ade masalah camnie datang dekat ngan aku, aku tak tahan kot. aku nie da la jenis hidung sensitip u noe.hahaha. yang paling takut ngan masalah nie, "die" lekat kat sape-sape jek. maksud aku, tak semestinye orang yang pakai smart & cantik tu takde masalah nie & tak semestinye orag selekeh tu berbau. dari jauh datang melenggang mak limah punye la ayu, sampai dekat tibe-tibe ada bau yang tak menyenangkan. betol taw, seyes aku tak tipu.


bagi aku, masalah nie berkaitan ngan maruah. benda ni sangat-sangat memalukan & aku takot sangat jadi kat aku. yela, aku pernah gak pikir, orang yang de masalah nie tak taw ke die punye badan berbau?. bile aku tanye mama, mama cakap bile da badan sendiri, mestila da immune. so, diorang tak rase pon tu busuk. betol ke macam tu? aku tak taw plak sebab aku rase bile badan kite berbau mestila kite sedar. lagi-lagi dekat hidung sendiri.


aku cakap camtu sebab ada satu insiden yang pernah aku rase mase kat matrik dulu. aku jenis tak kesah orang pinjam baju aku. asalkan bile hantar sile basuh & keadaannye still baek cam mase pinjam. bile die pulangkan die cakap die da basoh. so, aku terus je pakai. takde lak nak wat spot check kan? kawan sendiri lak tu. kebetulan mase aku pakai baju tue, kelas sampai kul 4 petang. tambah pulak ngan kepanasan + kehangatan Kedah, memang la berpeluh. then, lepas lunch aku rase ada satu bau yang duk ikot aku. seyes cam nak muntah. aku tak expect baju aku yang berbau. bile da balik kelas aku teros mandi.(bende yang aku jarang wat, sebab aku akan mandi petang bile masuk waktu maghrib).


bile lepas mandi baru la lega. bau tu hilang. cam ajaib pon ade gak. so, aku pon amek balik baju yang aku pakai ari tu & cium. pergh!!! takyah cakap la pe yang aku bau. lepas ari tu aku da tak pakai baju tu. da banyak kali basuh still tak hilang bau, maybe sebab baju tu dari jenis bukan cotton. senang berbau. bile aku cite kat mama, mama cakap aku tipu yang bau tu tak ilang. bile aku bawak balik baju tu, bagi mama cium teros mama gelak dan cakap jangan pakai da baju tu. buang je.huhuhu


sebab problem nie aku rase ade 2 sebab utame iaitu :
- makanan
- keTuruNan




satu agie , dari ape yang aku selalu tengok, kawan-kawan aku yang ade problem nie, selalunye bile lepas mandi, diorang lap badan tak betul-betul kering terus pakai baju. so, baju po jadi lembap.lau kite pikir logik pon, rambut tak kering kite ikat pon rosak + berbau, nie kan plak badan yang ade liang-liang roma yang nak kuarkan peluh. aku rase la.hehe
orang selalu gak kaitkan bau badan ngan saiz badan. bagi aku bende tu jarang timbul sebab ade kawan aku yang besar & jaga kebersihan, badan die ok jek. wangi lak tu. ade gak badan yang kecik tapi still berbau.huhu




so,kat cinie aku nak kongsi sket tips yang aku gugel tuk korang. bagi aku, nie la tips paling senang.hehehe

1. Badan bau bisa timbul dari salah satu dari dua: (a) jarang mandi dan (b) bawaan lahir. Kalau sebab pertama mudah obatnya, asal mandi teratur masalah beres. Bagaimana dengan sebab kedua? Begitu selesai mandi langsung bau lagi. Dikasi deodoran Rexona tidak mempan, malah tambah ‘pelangi’ baunya. Apabila Anda termasuk golongan ini ikuti tip mudah dan murah tapi efektif berikut:

Pertama, cari batu tawas (Aluminium Sulfate). Batu ini berwarna putih agak bening dan biasanya di kita dipakai untuk membersihkan sumur. Batu tawas ini bisa didapat dg mudah di pasar tradisional. Di India, batu tawas ini juga berfungsi sebagai pengering darah sehabis cukur brewok.

Kedua, setiap habis mandi, usapkan batu tawas tsb di ketiak Anda. Jangan lupa ketiak dalam keadaan basah. Dan tawas-nya dicuci dulu sebelum diusapkan ke ketiak. Tiga sampai lima kali usapan lembut batu tawas setiap habis mandi akan membuat badan Anda segar harum mewangi sabun sepanjang hari.

2. Daun Sirih (Piper Betle)
Daun sirih yang telah lama dikenal berkhasiat sebagai antiseptik juga diketahui mengandung zat-zat aktif yang mampu menghilangkan bau badan. Sirih dikenal ampuh menghilangkan bau badan terutama yang ditimbulkan bakteri atau jamur. Kandungan kimia minyak asiri dalam daun sirih antara lain kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol dan zat samak.
Untuk menghilangkan bau badan, salah satu cara adalah dengan merendam beberapa helai daun sirih dalam air panas. Setelah dingin, airnya diminum. Dapat pula ditambahkan gula putih secukupnya untuk menambah rasa. Cara lainnya adalah dengan menghaluskan daun sirih dengan kapur lalu dioleskan ke ketiak.
Daun Beluntas (Pluchea Indica)
Tanaman yang biasa digunakan sebagai pagar hidup ini mempunyai sifat khas berbau langu dan berasa getir. Daun dan bunganya mengandung alkali yang bertindak sebagai antiseptik. Kandungan kimianya antara lain amino (leusin, isoleusin, triptofan, treonin), lemak, kalsium, fosfor, besi, Vitamin A dan C.
Untuk menghilangkan bau badan, daun beluntas biasa dilalap mentah atau dikukus terlebih dulu. Daun beluntas yang telah direbus juga lezat disantap sebagai urap (sayuran dengan kelapa parut yang dibumbui).
Jika dibiasakan menyantap daun beluntas, bau badan akan hilang. Selain itu, bau mulut yang kurang sedap pun akan hilang. Bagi yang tidak suka, bisa dengan meminum air rebusan daunnya setiap pagi dan sore. Beluntas juga bermanfaat menurunkan suhu tubuh untuk mendinginkan tubuh sehingga banyak keringat yang keluar dan suhu tubuh menjadi turun.
Daun Kemangi (Ocimun Balisicum)
Zat aktif yang terkandung dalam daun kemangi juga berfungsi sebagai antiseptik. Untuk mendapatkan manfaatkan daun ini juga digunakan sebagai lalap mentah atau sebagai sayuran urap yang juga mentah. Daun kemangi juga mengandung zat yang dapat meningkatkan selera makan. Bagi perempuan yang sedang mengalami menstruasi, jika mengonsumsi daun kemangi kurang lebih satu genggam pagi dan sore selama masa haid akan terhindar dari bau yang tidak sedap yang sering menimpa perempuan haid.
Rimpang Temulawak (Curcuma xanthorrhiza)
Zat-zat yang terkandung di dalam temulawak adalah sapomin, flavoinoida dan minyak asiri untuk menghilangkan bau badan. Caranya ialah minum rebusan rimpang temulawak yang telah dipotong-potong halus.
Air perasan temulawak yang sudah diparut dengan tambahan sedikit madu juga dapat diminum untuk menghilangkan bau tak sedap yang keluar dari tubuh. Selain itu, parutan temulawak juga dapat dibalurkan ke seluruh badan, dan didiamkan hingga kering sebelum dibersihkan untuk mendapatkan hasil maksimal.
Bunga Kecombrang (Nicolaia speciosa)
Zat aktif yang terkandung di dalamnya yang dapat menghilangkan bau badan adalah sapomin, flavoinoida dan polifenol. Kecombrang dapat dimanfaatkan dengan memasak daun muda dan bunganya dimakan sebagai teman makan nasi. Di daerah tertentu kecombrang biasa dimasak sebagai sayur lodeh.
Jeruk Purut (Citrus bystrix)
Kulitnya mengandung minyak asiri yang berbau harum. Jeruk purut dapat digunakan untuk menghilangkan bau badan dengan cara meminum sari campuran kulit jeruk purut dengan sebatang kencur yang dihaluskan bersama-sama dengan air secukupnya.
Jeruk Nipis (Citrus aurantifolia)
Air jeruk nipis dicampur dengan sedikit kapur sirih lalu digosokkan ke bagian tertentu seperti ketiak dipercaya mampu mengusir bau badan yang tidak sedap.
Jahe (Zingiber officinale)
Banyak orang India percaya bahwa jika mengonsumsi jahe bisa membuat mereka tercium manis.
Menurut Pen Chao Cing dari Kaisar Shen Nong (3000 SM), jahe segar dapat menghilangkan bau badan dan mendekatkannya kepada aura spiritual. Wedang jahe jika dikonsumsi secara teratur bisa jadi sangat membantu mengatasi masalah bau badan.
Ketimun/Mentimun (Cucumis sativus)
Satu buah ketimun muda dikupas kulitnya lalu digosokkan ke bagian badan dan berbau hingga berulang sehabis mandi.
Cengkih/Cengkeh (Eugenia aromatica)
Beberapa kuntum bunga cengkeh direndam sehingga mengembang kemudian airnya diminum. Air rebusan beberapa kuntum cengkeh dengan gula merah, dapat pula menjadi minuman segar dan menghangatkan di kala hujan.

susah nak realize jike kite ade problem macam nie. kan?
so, aku rase lau korang nak taw, korang terai la tanye kawan-kawan korang yang rapat & mintak jawapan jujur dari diorang. sebab aku sendiri as perempuan susah kot nak cakap kat kawan yang ade masalah nie. aku takot die malu dan hilang keyakinan diri.huhu
perkara paling senang dan efektif dari seme list kat atas tu, selalu la mandi dan jage kebersihan diri. dari solah rendah lagi cikgu-cikgu ajar kan?hehe

k la..
sama-sam kite fikirkan.

http://www.emocutez.com


Thursday, November 25, 2010

sayang... saya sayang awak taw!!!

http://www.emocutez.com

ALHAMDULILLAH, akhirnya petang tadi selamat gak aku present Component Design. present pasal Air Compressor. senanye, bukan la present yang cam stand kat depan lam kelas tapi its more to discussion session. duk lam bilik lecturer and talk about what we have done. lam grup aku nie, aku sorang jek pompoan n 4 orang laki. so, mase nak stat discussion tu, lecturers ngan bahagianya kate, "ladies first yek". ambek ko!!!

mule2 skali aku da kene point. kene explain introduction. nak kate okea cam tak, nak kate tak cam ok. punye la bagos aku, lepas jek lecturer bagi first soklan kat aku, aku tanye "sir, can i speak malay?" hahaha. seyes wei.. actually, nak gie present nie memang lack preparation so bile bak explain kat sir on how the air compressor work, mule ar glabah. ntah pape word kuar..hahahaha

lepas ciap  present bawu leh tengok carry mark. sir panggil one by one. carry mark aku cam hampeh.. seyes tak tipu!!!..mase dulu sir penah cakap half student yang amek Component Design nie FAILED tapi aku nak jadi yang the other half. penat la repeat paper..sob..sob :(


da la mengarut, aku ade lagi 2 paper on monday and tuesday. skunk, aku ade 3 ari agi. mintak2 la aku tak lepaksesukehatimacamselalu..hahahaha
udah2..maw pegi setadi sudaaaaa!!!!
sebelom tu, jom same2 kite bace surat best nie. aku jupe kat fesbuk tadi. cam best la plak.so, aku copy la.almaklumla, xkretip nak taip surat panjang2..ngeeee
enjoy la bace n same2 kite amek iktibar.. :)



saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..


awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..


awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.. ^_^




so..pe korang dapat???
boleh digest tak???
masok otak n menusuk kalbu tak???hehehe

same2 pikir ye kawan2 :)

daaa :)
http://www.emocutez.com