Showing posts with label Latihan Industri. Show all posts
Showing posts with label Latihan Industri. Show all posts

Friday, July 22, 2011

korean fever

http://www.emocutez.com
Hai semua

hows your holiday? is it great? today i start my super duper holiday at home. is it sound great??? its awesome guys!!! ALHAMDULILLAH, internship aku da selesai. 2 bulan internship, terlalu banyak kenangan tersimpan. lain kali kita setory mory sal internship ea...:-)

before i start my "hibernation time", lets take a look on my korean drama list. semua drama ni aku da tengok sepanjang intern. almaklumlah, company yang aku intern tak banyak sangat job, so, instead of playing online games or angry bird which i dunno what it's all about, i prefer to watch korean drama.

korean drama kan ada banyak episod. satu drama sekurang-kurangnya akan ada 15 episod n its about 15 hours. aite? so, banyak gak la drama yang aku sempat khatam. lets take a look on my super duper best list. aku tengok cite best je taw.haha

Palyfull Kiss


You're Beautiful


My Girlfriend is a Gumiho


Boys over Flowers


Secret Garden


Marry me Mary


My Princess


Cinderella Step Sister

ada 8 drama semuanya. sekarang plak aku ngah addict ngan Show We Got Married. dalam external ada season 2 je. aku amek ngan Ira. kawan aku masa intern ari tu. sekarang pon aku ngan download yang season 1. tu pon aku download yang ada Kim Hyun Joong ngan HwangBo je. dulu da pernah tengok ngan rumet aku, Ayu. masa 1st year la. sekarang rasa nak tengok lagi.hihi

nanti, lau korang ada masa, boleh la mengadap cerita ni semua. kalau korang ada any suggestion cerita apa yang  best, boleh la bagitahu aku ye..hihi

LOVENOTE : sometime, things happen when we least expect them :-)



http://www.emocutez.com

Tuesday, July 12, 2011

Going back to school

http://www.emocutez.com

Hai semua


Have u ever imagined when u are 22 year old girl and u’re going back to school? Erk..wait a minute, 22 years old mean I still a GIRL and not yet a WOMAN aite?hahaha

oh ya, what I mean by "Going Back to School" is not bout sitting in class, listening to what teachers gonna said, rest n back home. Sometimes pick a fight with the other students and kalah. Then cry sebab kalah pastu kene marah ngan cikgu.haha. zaman kanak-kanak sangat indah :-)

 But what I going through right now is all my primary routine. Wake up early in the morning, take a shower, wear a school uniform faculty lab coat, minum satu mug nescaffe yang mama buat, kiss mama n abah lite-lite n go to work. Have u ever imagine that??? It’s sooooooo syyookkkkk. 

Every morning i can kiss my parents. Every morning gak mama ngan abah pesan “hati-hati bawak kete” but still I’m the one who not listen to what they said. Tu la sampai da dua kali accident kecik sepanjang intern ni. huhu
FORM 2
 Sepanjang aku intern almost 9 weeks ni, tak la semua rutin harian aku sama ngan rutin sekolah rendah aku. Yelah, kalau zaman sekolah rendah dulu, setiap pagi aku buat konsert free khas untuk penghuni rumah aku. aku buka je mata, means akan terbukalah mulut aku ni. Pagi-pagi da nangis. Lagi tinggi pitching kalau berebut bilik air ngan abang aku.haha. Aku akan diam bila gosok gigi je. Then, lepas siap pakai baju semua baru la aku stop but I will continue my singing if I can’t find my sock  or tudung aku tak “jadi”.haha

FORM 5
 Banyak plak kenangan zaman sekolah dapat ingat balik bila da stay kat rumah. Seronok sangat dan yang paling best bila setiap pagi dapat tengok muka parents kita sebelum keluar rumah. Dapat peluk cium lagi. Patutla abang aku suka sangat duk rumak. Sekarang da kerja pon still duk rumah. Sampaikan kawen pon dia cakap nak stay umah tu.haha

kalau tak kerana intern, tak merasalah nak peluk cium hari-hari. kalau zaman sekolah rendah boleh la buat tak malu, tengah-tengah tengok TV tiba-tiba aku bangun pergi cium mama. alasannya, saje nak cium.haha. sekarang da besar, malu la plak nak buat camtu.ngeeeeee

LOVENOTE : ALHAMDULILLAH, sangat suka life sekarang. cukup apa yang disekeliling aku sekarang.

http://www.emocutez.com

Saturday, June 18, 2011

ship inspection

http://www.emocutez.com

Hai semua

dalam entry lepas aku ade cerita pasal aku NAIK BOT kan? senanye, naik bot tu tak termasuk dalam syllabus study aku pon. itu just pusing-pusing cari pengalaman je. bak kata orang, alang-alang intern kat company kapal, kene la rasa naik bot.hihi.

sekarang aku nak cerita pasal benda yang berkaitan ngan study aku plak. kalau diikutkan, major aku in mechanical engineering n minor in industrial engineering which is related to Quality Control (QC) and Quality Assurance (QA). kat MSET aku stay under QA & QC department. setakat 5 minggu ni, kebanyakan kerja aku baca dokumen and fahamkan procedures inspection yang QC kene buat. pernah jugak aku naik kapal yang tengah buat tu tapi setakat jalan n tengok-tengok je. hari tu pon aku just tengok diorang buat levelling test.

hari khamis lepas, pertama kali aku berpeluang ikot Pian (En Zamri punya pembantu) untuk buat inspection. kat yard Pulau Duyong ada 3 buah kapal yang tengah buat. 2 da ade superstructure. masa nak naik nebes gak sebab kene panjat kapal untuk naik ke superstructure.

gambar kat bawah ni kapal nombor 2, kalau korang tengok, kedudukan  tangga dia (*tangga 1) senang nak masuk kapal. korang boleh naik tangga, bongkokkan badan n lalu bawah "pagar" tu je. da boleh sampai ke main deck kapal.

 masa inspection khamis lepas, aku naik kapal nombor 1. tangga dia pada kedudukan (*tangga 2). means, aku kene panjat kapal tu sebab takde "pagar" nak mencelah macam kapal nombor 1. lama gak la aku fikir nak panjat ke tak. masa tu da la pukul 11 pagi. matahari da nak tegak. bila nak panjat, kene berpaut pada dinding kapal, panas tak payah cerita la.

mula-mula macam tak yakin je aku boleh panjat. aku suruh je pian masuk buat ispection. aku tunggu kat tangga tapi bila dia cakap lama kat dalam, aku pun panajat je la..takut tak payah cerita la. kebetulan plak hari tu aku just pakai kasut biasa. tak pakai safety boot. nebes gak kalau ada pape jatuh atas kaki. tapi ALHAMDULILLAH, semua selamat. turun kapal pun selamat.

sepanjang inspection, tak banyak sangat yang aku belajar. aku just tengok Pian tanda "defect" pada kapal cam welding tak betul, lubang pada welding, defect tak cukup grind n banyak gak la. keje aku plak just ambik gambar untuk buat report balik office nanti. kiteorang just buat inspection pada superstructure. untuk deck kapal n body kapal, team QC kat Pulau Duyong yang buat inspection iaitu En sayed ngan Azrul.

okea, habis cerita pasal inspection. nak cerita banyak-banyak kene bukak buku lain la plak.hehe. sepanjang 5 minggu intern ni aku da jadi orang nomad. kejap kat MSET Pulau Kambing n kejap kat Pulau Duyong. ikot arahan bos nak kene stay mana. macam minggu lepas, 3 hari kat Pulau Duyong, 2 hari kat Pulau Kambing, so aku ada meja kat dua-dua branch.kalah bos..hahaha

oh ya! sebelum buat inspection hari tu, aku "dijemput" ke majlis perpisahan untuk Ena dan Gg (dari UKM). diorang da habis Intern kat MSET Pulau Duyong. pagi-pagi lagi aku da dapat phone call untuk ke Pulau Duyong. hehe. okea la, jom la aku tunjuk gambar-gambar sepanjang satu pagi kat Pualu Duyong tu.




acara dimulakan dengan makan-makan. seronok stay Pulau Duyong sebab ramai perempuan.hehe. plak tu ade geng yang intern. seronok la lepak.hehe. habis makan, terus gerak ke kapal untuk inspection.

 ni la superstructure kapal yang belum siap lagi.

 marker hijau maksudnya QC yang tanda. marker merah tu owner yang tanda.

 keadaan dalam superstructure yang belum siap. tekun abang-abang ni buat kerja.


 defect pada welding


 okea. habis sudah. mesti korang penat kan dengar aku cerita pasal bot ngan kapal je.huhu. sabar ye, aku baru je habiskan minggu ke-5 intern. aku still ada 5 minggu lagi. banyak lagi pengalaman yang nak ditimba. tapi setakat ni yang paling seronok ada pakcik kat Pulau Kambing tanya aku, "kalau awak pergi Duyong, mesti macam artis kan? semua panggil"..haha..nak tahu nape? nanti aku setory mory macam mana keadaan MSET Pulau Kambing ngan Pulau Duyong. sekarang kene stop dulu. nak rehat.haha

LOVENOTE : aku sedang menikmati sisa-sisa cuti lagi sehari dengan tengok drama korea. baru je habiskan "My Girlfriend is a Gumiho" & "You're beautiful". english drama pon aku hadap, tunggu "Pretty Little Liars" season 2 and just finished "Switched at Birth season 1, episode 2" and "The Nine Live of Chloe King, season 1, episode 1".
http://www.emocutez.com

Thursday, June 16, 2011

saya naik bot LAGI!!!

http://www.emocutez.com

Hai semua

last week aku ada cerita yang aku NAIK BOT kan? tapi masa tu tak dirancang. gambar pon takde. kali ni, pagi-pagi lagi En Zul dah bagitahu yang petangnya akan ada test kapal. masa yang aku naik dulu before repair. semalam aku naik kapal yang da siap repair. so, memang "kaw-kaw" la En.Lan "drift" bot tu...

aku malas nak cerita banyak, jom layan gambar plak. 

kapal diangkut dari bengkel untuk ke jeti. masa ni aku tengok pakcik yang pegang tali tu dah macam tarik lembu masa raya korban.hahaha

1st round. otai-otai dulu yang naik untuk make sure yang bot ni da betul-betul boleh guna.





2nd round. kami berjimba-jimba plak.haha. pusing-pusing sampai ke pulau wan man yang ada masjid kristal tu.. pak cik tu drift memang superb la. rasa cam nak masuk lam air je aku.haha

ni aku ngan ira. the only girl kat bengkel bawah. dia dak uTem. bila boring kat office atau da habis kerja, aku turun la lepak ngan ira. En Zul yang ajak aku naik bot tu bos Ira la.hehe


da habes!!! 

okea la. lain kali kita cerita lain plak. selagi tak habis aku intern kat MSET ni, selagi tu la aku duk cerita pasal kapal. jangan boring-boring ye..ngeeee

LOVENOTE : aku punya DIA. tak perlu resah dan kecewa. semua yang terjadi ada hikmahnya. INSYAALLAH
http://www.emocutez.com

Thursday, June 09, 2011

saya naek bot!!!

http://www.emocutez.com

Hai semua

lama rasanya tak apdet. satu je jawapannya, MALAS. ngeee

sekarang pon juz short update untuk melepaskan gian and sakit mata tengok blog tak apdet.hahaha. alasan tak boleh blah. senanye, nak setory tadi aku pegi naek bot. naek bot bomba cam gambar kat bawah ni. gambar betul takde sebab semangat sangat naik bot.haha


mulanya, aku pergi melepak kat bengkel bawah sebab ada masalah jiwa ka pejabat. Then ada satu kapal dan bot maritim baru naik. so, aku ngan Ira (budak UTEM) pon pegi la tengok-tengok bot tu. kebetulan plak ada bot bomba baru naik n nak kene check. bot tu ada problem sket. so, En.Zul ajak aku, Ira ngan Madi rasa naik kapal.hihi

ni first time aku merasa naik bot. sebelum ni pernah rasa naik bot besar yang nak pergi Langkawi tu je la, tak pernah lagi dapat naik bot kecik nie. lepas amek jaket keselamatan, kami berlima pergi pusing-pusing kat laut. yang bestnya, aku tak rasa takut tapi SERONOK. rasa cam nak tanya En.Zul bila boleh naik lagi.hahaha

hope lepas ni akan ada lagi peluang nak pergi merayap lagi. bot yang kiteorang naik tadi da selamat masuk bengkel untuk repair. kata En Zul bot tu tak "pegang air". lompat-lompat bila laju.hahaha.
oh ya, next entry aku setory kat korang tentang jalan-jalan kat Pasar Payang ngan my lecturer.hehe

LOVENOTE : kadang rasa seronok sangat kat tempat intern nie. banya pengalaman baru yang aku dapat kutip dan belajar. kadang rasa stress sangat. itu pun sebab satu benda je.argghhhhh (Lovenote yang tak berapa nak ada love.hahaha)

http://www.emocutez.com

Sunday, May 29, 2011

langgar TAK lari

http://www.emocutez.com
Hai semua

dalam entri sebelum ni aku ada cakap yang aku cite something kan? ha, ni lah setory yang HOT tapi dah tak hot.haha. sekarang kan aku tengah intern kat Kuala Terengganu. so, abah dengan murah hatinya bagi pinjam kereta kat aku. minggu lepas adalah minggu kedua aku drive sendiri ke tempat kerja. sejam pergi dan sejam balik.

mama pernah tanya, penat tak aku drive tapi aku tak rasa penat pun. aku start kereta, drive n sedar-sedar da sampai rumah.hahaha. seyes aku suka berangan. sebab tu la kot aku tak rasa lama even ulang alik 2 jam sehari.hehe

okea, berbalik kepada cerita asal. hari isnin lepas, aku drive macam biasa. standard jalan pagi kan agak bizi ngan orang nak pergi kerja ngan budak sekolah lagi n aku plak antara manusia yang bajet bizi la.haha. tengah-tengah syok dengar lagu and layan perasaan tu tiba-tiba kereta depan brek.

disebabkan aku ni antara pemandu berhemah, jarak kereta aku ngan kereta depan haruslah jauh, so, aku sempat brek dengan selamat. even brek mengejut, kereta still jalan. takdela aku berhenti terus TIBA-TIBA. gedebunggg!!!!!!. kurasakan ada senggolan kecil pada keretaku.uwaaaaaa. kereta aku da selamat dicium bontotnya. penciumnya pulak bukan sembarangan taw, LORI KELAPA SAWIT derrr!!!

nasib baik, otak aku ni still boleh berfungsi dengan baik dan tak gelabah. terus aku ketepi n pak cik lori tu pun turun. nasib baik lagi sebab pak cik tu baik dan tak marah-marah. aku terus call mama sambil nangis. masa tu baru rasa gelabah sket. bila pak cik tu tengok aku nangis dia tanya la ada luka mana-mana ke? dia pon call bos dia sebab pak cik tu just kerja bawak lori tu.huhu. then, aku duk la tepi jalan tu tunggu mama n abah almost setengah jam.

lepas mama ngan abah sampai n bos pak cik tu pon nak setel luar je. dia bayarkan semua kos untuk baiki balik kereta aku. almost 1k jugak bos pak cik tu kene bayar. lepas accident, ramai tanya aku apa yang aku rasa n yang paling concern ofkos la my dad. abah keep tanya aku okea or tak. rasa terkejut tak. rasa boleh drive tak n macam-macam soklan polis la keluar.

ALHAMDULILLAH,  aku okea je. tak ada pape. rasa terkejut pon takde da. cuma aku tidur je seharian lepas accident.

semalam da pon ambik balik kereta tu tapi hari ni abah nak pergi test drive dulu.haha. abah tak bagi lagi aku bawak. esok baru la aku akan dapat balik kereta tu. untuk seminggu ni, abang je yang hantar n jemput aku. kesian plak sebab aku dia masuk office awal n terpaksa korbankan tido dia untuk aku seminggu nie tapi pagi tadi sepanjang satu jam dia diam je masa hantar aku. bila sampai office n online baru aku taw, semalam Man U kalah.cian abang Man U kalah.haha. habes rosak mood abang aku. papepon... Mekaseh abang!!!!!

LOVENOTE : Distance, it is a test of love, many will fail, but for those who can withstand it have the answer: TRUE ♥
http://www.emocutez.com