Showing posts with label kesayangan. Show all posts
Showing posts with label kesayangan. Show all posts

Tuesday, February 03, 2015

Sesi suaikenal Ayra Aisyah and Adriana Nur Keisha

  
http://www.emocutez.com

Hai semua

another laterpost. ni cerita 2 miggu lepas. to be exact, 16 Jan. 2015. aku ajak my cousin, Dayu temankan aku pergi Balok. pergi buat sesi suaikenal ngan baby Yunie and baby Aena. sape tak excited nak jumpa baby kan? hihi

Dah lama sebenarnya plan nak pergi Balok tapi selalu je ade problem. kalau aku free, yunie ada kat johor. kalau yunie ada kat Balok, aku plak ada hal.

kebetulan, last 2 weeks, Yunie ada kat Balok n Aena pon sambung berpantang kat Balok. so, bleh jumpa my two besties at 1 time. lucky me.hihi

sampai Balok around 11.30am, terus pergi umah Aena. last jumpa Aena masa majlis kahwin kawan kami kat Muzium Terengganu last september. 4 bulan tak jumpa, banyak gak nak kene setory. lagilah, bila jumpa dia dah ada baby. setory mory tak ingat dunia, siap lunch lagi kat rumah mertua Aena. dengar cerita experience deliver baby, jaga baby n macam-macam gak la.

and this is Adriana Nur Keisha... a calm baby.

sepanjang 3 jam kat rumah Aena, sket pon Keisha tak tido. masa nak balik, Keisha tido macam penat gila. haha. penat layan Auntie liya bebel agaknya.haha. 

around 3pm, gerak pergi rumah Yunie. tak jauh pon dari rumah Aena. 3 minutes drive i guess. sampai rumah Yunie, baby dia tengah tido. dengan rasa tak bersalah aku kacau baby dia tido. bila baby tido kene kacau, u know what will happen right?haha. Ayra mengamuk.*nebes*



mula-mula aku try gak pujuk Ayra. seyes tak jalan. dia nak Ibu dia gak. lama sket baru dia okea. kat rumah yunie pon same je keje aku. duk bersembang n dengar cerita macam-macam. lepas dengar cerita, makan lagi.*tutup muka*

bila Ayra da cool sket, aku bawak dia keluar rumah. Yunie cakap Ayra ske duk luar rumah and it's like a magic, Ayra tak nangis dah.hihi. presenting Ayra Aishah.

punyalah lama melepak kat rumah Yunie, sampai Ayra siap mandi petang. Ayra da tukar baju tidur da.Yeaayy.


plan asal nak drive balik sebelum asar sebab rumah aku ke Balok dalam 3 jam gak. Almaklumlah, bila dengar mak-mak bercerita, mane bleh jadi kejap.haha. dalam pukul 6 baru gerak balik. 

on the way balik, kami singgah kat Mesra mall sebab teringin nak test pizza baru n nak Big Apple.haha. ikutkan, aku bukan jenis alert ngan menu baru but my cousin cakap, new pizza ni cam best. so, here we are. treating ourselves with new pizza. 


 

aku dah lupa Pizza ni name ape tapi kalau sape yang suka cheese memang akan suka ngan pizza ni.hoho. sebelum gerak balik sempat lagi grab Big Apple satu box sorang sebab takut kene bebel balik lambat.huhu. kami sampai kat rumah dalam 10pm. ALHAMDULILLAH.

Banyak cerita n experience yang aku dengar dari 2 orang manusia yang aku sayang ni.keke. happy, sedih n scary pon ada. dari masa pregnant, sakit nak bersalin, sakit bersalin, sakit kene jahit, sakit masa berpantang n macam-macam la. nanti kalau ada rezeki ada anak sendri boleh la mintak tips banyak-banyak ngan diorang ni.hehe

dah sampai rumah, baru aku perasan yang takde satu pon gambar Aena n Yunie. mak-mak da tak berapa nak penting da sekarang.haha. till we meet again Keisha n Ayra.


LOVENOTE : sebenarnya kesian kat my cousin, seharian dia temankan aku tanpa wat pape. she always be my best company. i'm grateful.*lap mata*


DOUBLELOVENOTE : feeling kind of stress sebab still tak dapat tempat untuk OnJobTraining *nangis lagi*

http://www.emocutez.com

 

Saturday, August 11, 2012

i grow up with my MOM's analogy

http://www.emocutez.com 
Hai semua

ALHAMDULILLAH. esok da masuk hari ke 22 semua umat Islam berpuasa. korang puasa penuh tak?? kalau penuh boleh dapat duit raya la kan?? so, sila sediakan duit raya untuk aku ye.hihi

sebenarnya, lama gak aku termenung sebelum taip entry ni. kekok plak nak menggedik di blog sendiri.haha. bukan apa, bulan puasa ni aku rasa lagi baik untuk aku kurangkan merapu. almaklumlah, da 23 tahun aku hidup kat bumi ALLAH ni, dosa pun da makin menggunung. daripada aku tambah dosa merapu kat blog baik aku duk diam-diam kat bilik tengok string heart. *wink*

aku terdetik nak berkongsi pasal my mom punya analogi sebab aku rasa da banyak analogi yang mama ciptakan untuk aku esspecially bila masuk bab solat. analogi terbaru mama bagi last 2 weeks. meh aku setory 2 incident yang lekat dalam kepala aku.

*************************************

setory 1 :

kat area rumah aku ada pasar malam setiap hari sabtu. so, masa kecik-kecik dulu mesti excited bila hari sabtu. biasanya, lepas asar baru aku keluar rumah n pergi main kat rumah kawan. kat tempat kami main tu ade satu tempat makcik-makcik bersembang. dalam jam 6pm mama akan datang ajak aku pergi pasar malam.

ada satu hari tu, mama datang n aku baru lepas main kejar-kejar. masa kecik dulu kurus lagi, so, selalu la main kejar-kejar.haha.

mama : jom gi pasar malam.
aku : jom *ngan muke excited tambah peluh-peluh
mama : sembahyang asar x agi?
aku : dok agi
mama : bgi balik sembahyang asar dulu.

15 minit lepas tu aku datang ngan baju yang sama aku main kejar-kejar n ajak mama pergi pasar malam.

mama : doh sembahyang asar peluh-peluh nge baju kotor gitu ke?
aku : hoo, nok cepat. kekgi pasar tutup plok *pastu sengeh-sengeh cam kerang busuk
mama : kekgi kat akhirat ALLAH bagi rezeki pun busuk cam adik gi sembahyang tu ar.
aku : :-)

 masa ni aku darjah 1 @ 2 camtu lah. aku pun tak berapa ingat sangat. manalah nak pikir seme bersih bagai tu. yang pasti solat tu wajib. tu je aku tahu. haha

*********************************************

setory 2 :

ni cerita last 2 weeks. rumah aku dekat je ngan masjid so, kami 4 orang just jalan kaki pergi masjid. biasanya aku pergi ngan mama n abah. abang pergi sorang. aku bawak kunci rumah sendiri n mama akan bawak satu sebab aku ngan abang solat 8 rakaat n mama ngan abah solat 20. ada satu malam masa nak pergi solat terawikh mama cakap tanya aku.

mama : adik sembahyang 8 rakaat je? *padahal mama da tahu jawapan aku
aku : ye.
mama : bakpe x smbhyang 20 je? bukan lama pun. jap je siap dah 20 rakaat
aku : hehe :)
mama : nanti kat akhirat, orang yg smbhyang 8 rakaat ni Allah bg habuan lepas siap bagi kat yang smbhyang 20 rakaat. dapat sisa-sisa je.
aku : :-)

*********************************************

mama memang selalu bagi analogi kat aku bila benda berkaitan solat. biasanya mama akan kaitkan ngan balasan kat akhirat nanti. antara yang lain yang aku ingat

- kalau solat laju-laju nanti Allah bagi rezeki pun laju-laju. tak sempat nak rasa nikmat Allah da ambik balik

- tinggal solat = berhutang. kalau manusia hutang kita bukan main kita marah bila orang tak bayar hutang tapi hutang ngan Allah tak nak bayar.

setiap kali mama bagi analogi biasanya dalam senyum tapi kalau bab tinggal solat muka mama mesti bercakap sambil tahan marah. bukan aku je kene. abang pun selalu kene bebel.huhu. kalau abah, straight to the point kalau bab solat. aku ingat lagi sebelum abah ngan mama pergi haji 3 tahun lepas, satu je pesan abah sebelum pergi haji.

"mana pun pergi, apa pun jadi, lewat macam mana pun, jangan sekali-kali tinggal solat. tu pun kalau sayang abah ngan mama."

bila aku fikir over & over again, i might be 23 tapi aku tak rasa pun aku layak nak ada pape tanggungjawab yang besar. solat pun terlajak kadang-kadang n still need my mom untuk bebel benda yang sama.huhu. tapi yang penting aku rasa bertuah sebab aku ada parents yang akan sentiasa ingatan aku tentang kewajipan aku. semoga ALLAH redha dengan mama n abah aku. aameen.

oh ya, tadi solat terawikh dengan imam dari Makkah. imam tu baru umur 29 n dia gak salah seorang tenaga pengajar kat tahfiz kat Makkah. sedap suara dia. :-)



LOVENOTE : aku just harap dengan takdenye syaitan bulan ramadhan ni, aku mampu berubah jadi manusia yg lebih baik n jaga solat betul-betul n haraplah semua kesedaran ni akan terus kekal sampai bila-bila. aku just manusia biasa. sentiasa perlu diingatkan. jom sama-sama cari malam lailatulqadar :-)


http://www.emocutez.com
 

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday ✿ 9 ✿

http://www.emocutez.com
Hai semua

She is one of the greatest thing ever happened to me.


LOVENOTE : when u know how to admit that u're wrong, u can see how the world react unexpectedly.
http://www.emocutez.com

Thursday, May 05, 2011

selamat ulangtahun my first love.

http://www.emocutez.com
Hai semua

semua pasti punya cinta pertama. 
dia cinta pertamaku. 
insan yang aku tatap saat pertama kali kubuka mataku. 
insan yang pertama mencium aku. 
insan pertama membelai lembut tubuhku. 
insan yang selalu setia disisiku. 
insan yang tak jemu menasihatiku.
insan yang tak pernah lelah melayan kerenahku
insan yang tak pernah putus mendoakan kejayaanku.
dan hari ini...
aku berjaya berkat doanya
aku berjaya kerana keyakinannya
aku berjaya kerana ikhlasnya kasih padaku
aku berjaya keranamu
MAMA

4 Mei 1963
*
*
*
4 Mei 2011

Selamat Ulangtahun Mama 
happy beday to u
happy beday to u
happy beday to mama
happy beday to u
Mama sayang, 
terima kasih untuk segalanya. 
dari hari pertama adik buka mata melihat dunia sampai la sekarang. 
terlalu banyak pengorbanan mama untuk adik. 
tak akan mampu adik balas.

mama sayang, 
terima kasih untuk segala rasa sayang yang mama berikan
tak akan ada insan lain mampu sayangkan adik seikhlas hati mama
hati seorang ibu yang selalu mahukan yang terbaik untuk anaknya

mama sayang,
terima kasih untuk semua nasihat dan tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan
mama selalu ada disisi setiap kali adik jatuh
mama hulurkan tangan untuk adik kembali berdiri
mama sapukan ubat disetiap luka
mama tak jemu memberi kemaafan saat hati mama adik lukakan ngan kerenah adik
maafkan adik ye.

mama sayang,
adik bertuah punya ibu seperti mama
segalanya mama sediakan
tiada yang kurang 

mama sayang, 
adik selalu doakan yang terbaik buat mama.
juga yang terbaik untuk keluarga kita.
adik selalu doakan kebahagian mama dan abah.
adik gembira bila mama gembira

adik sayang mama!!!
adik sayang abah!!!
adik sayang abang!!!

*tahun lepas beday mama dapat pergi celebrate kat pizza siangnya ngan abang n dinner kat luar satu family malamnya. tahun ni agak sedeh sebab tak dapat celebrate lagi tapi kebiasaannya pasti akan celebrate gak bila aku balik. ngeeee
LOVENOTE : hanya ini yang termampu dilakar dalam kekalutan final exam. lambat sehari dari ulangtahun mama tapi da pun selamat wish kat mama n on-call ngan mama semalam.hihi. sekarang rindu sangat-sangat nak balik umah. nak peluk cium mama ngan abah. even setiap kali balik aku terjah peluk cium abah dulu. ngan mama aku malu sket..auuwwwww...
http://www.emocutez.com

Saturday, March 19, 2011

away...but still here :)

http://www.emocutez.com
Hai semua 

korang semua gembira tak harini??? aku gembira..yelaa, da wiken pon.haha. masa untuk bergembira sudah tiba. dalam jadual kehidupan aku memang macam tu. wiken adalah masa untuk berjimba-jimba. wikdays je masa untuk pulun ngadap buku.

minggu lepas aku ade cerita tentang perancangan hujung minggu aku tapi aku tak gitaw plak apa aku buat kan. *bajet macam ada orang nak tahu kan.haha. biarla da seminggu berlalu, aku still nak bagitaw mana aku wiken lepas. disebabkan terdapat kecelaruan entertainment di UTM, aku "terpaksa" mencari entertainment luar.

berbekalkan bertemankan kesayanganku Aena, kami ke Jom Heboh. Wana ngan Ana missing in action..hehe. Wana balik umah n Ana plak sedang mengenjoykan diri tanpa kami kat Hong Kong ngan family dia. Untuk pengetahuan korang,  ini first time aku pergi jom heboy ye. selama ni aku ni katak bawah tempurung BAIK, errkk..bukan aku nak cakap gie konsert jahat, aku pon gie gak cuma aku tak berapa ambik port sangat pasal konsert dan hiburan nie. setakat karok, wayang n ronggeng ngan kesayang tu perkara biasa la tapi nak gie konsert nie bukan permainan aku.haha.

lepas gie konsert, melalak sket nyanyi lagu rahmat then kami gie karOk plak. da lama kot kami tak karOk. lama giler. "sebulan lebeh" kot. seseorang "bersarcastic" ngan aku bila aku cakap sebulan lebeh tak karOk tu lama.haha. awal-awal karOk tu cam tak feel.canggung sket. masok 20 minit baru dapat feel. kami duk berdangdut 2 orang..haha. abes lagu dangdut kami nyanyi. lepas Inul, lagu Amelina, lagu Shida, lagu Mas Idayu..then balik sambong wat esemen. lupa plak aku yang isnin aku ade esemen nak kene submit.muahaha..





yang kat atas tu minggu lepas punya cerita. memang bergembira sakan la aku. minggu nie plak bizi bagai nak rak tapi sempat agie amek mase untuk apdet baby belog aku.haha. nie pon aku baru je lepas siapkan teks ucapan emcee untuk dinner ahad malam nanti. takde la baru lepas sangat. siapkan teks ucapan. sekarang baru sempat nak ngadap belog.hehe

LIST TO DO
 - Teks ucapan emcee untuk dinner *DONE*
 - Layout dewan untuk dinner *HALF-DONE*
 - design backdrop untuk dinner *HALF DONE*
 - iron baju nak pakai *lambat lagi la..hahaha
- study (kuiz isnin pagi) *habuk pon tak sentuh agi..

banyak gak lagi keje aku tak setel senanye. aku just ade siang nie je lagi. malam esok nak gie tengok perlawanan futsal antara dak tahun 1,2,3 n 4 cos aku (SMI). nak gie jadi pom pom girl jap.haha. hari ahad plak kiteorang da boleh stat masuk dewan untuk setup seme benda untuk dinner..heeee

minggu depan aku still akan bizi sebab 26. Mac aku akan ke SMK (P) Sultan Ibrahim untuk program IE promotion. untuk program tu aku kene setel surat n tentatif program ngan sekolah. contact kaunselor sekolah n mcam-macam gak la. nasib baik gak la, minggu bizi aku sama ngan minggu "away" seseorang.kalau tak masak la aku nak memujuk bila call terpaksa cakap 3 minit je. cukup la sekali aku merasa seksa nak memujuk. aku bizi seminggu je tapi dia punya status "away" for few weeks. kebosanan la aku untuk beberapa minggu.ngeee.

beberapa hari nie aku tak mampu janji yang aku akan BW macam biasa. risau gak kekangan masa tak mengizinkan. kalau untuk apdet belog pon aku tak sure. kalau aku rajin aku akan apdet tapi kalau malas aku juz edit entry dalam draft, kalau malas lagi aku juz duk diam je.hahaha

lastly, TERIMA KASIH untuk semua pendapat pada ENTRI INI mengenai Latihan Industri yang bakal aku jalani may nanti. really appreciate it..sayang korang..muaaahhhhh!!! mmuuaaaahh!!!



http://www.emocutez.com

Wednesday, February 09, 2011

blog saya da ada button LIKE!!!

http://www.emocutez.com


aip..aip..camne hari korang? best tak? yang bertaraf student tu konfem ar gie kelas n yang da keje mesti gie keje kan. lau kat UTM lak, hari rabu nie agak heaven la bagi yang tak amek Ko-Q (Kokurikulum) sebab hari rabu just ada kelas sebelah pagi and seme kelab dan persatuan akan ada perjumaan pada sebelah petang. sem nie aku tak amek ko-Q tapi aku still ade satu jam kredit lagi Ko-Q untuk dihabeskan..hehehe

papepon kan, hari nie adalah hari paling penat. seyes tak tipu. semalam, aku ngan grupmate aku tak tido. duk ciapkan full report untuk lab kiteorang. yelah, keje yang lecterur da bagi 4 minggu baru nak ciapkan dalam masa 2 malam. memang kes cinderella kene paksa cuci lantai la.muahaha. untuk lab 4 nie, kiteorang diberi satu component dan kene guess component apa yang lecturer bagi, function, material, process, cost production, limitation, demand and seme -seme yang berkaitan la.

tu la keje kiteorang untuk 4 minggu. bekerja ngan penutup jamban.haha. nak tahu nape aku panggil penutup jamban. sebab first time tengok seme cakap benda tu macam penutup jamban la, penutup longkang la and macam - macam tekaan la.haa..cube tengok. ada rupe penutup jamban tak?ada kan?? hahaha
rupa-rupanya, component nie adalah, Working table for the band saw machine. which is one of the mechanical component in lab. kelaut seme tekaan.haha.

haaa..senanye, adanya entri nie, seba aku nak gitaw yang blog aku da ade button LIKE. lepas nie sile like banyak-banyak ye kawan-kawan. kalau korang nak tahu camne nak letak button LIKE tu, boleh ar terjah blog TEKNIK BUAT BLOG n cara nak letak button tu ada pada ENTRI INI
caranya tak susah pon. just kelik-kelik. copy and paste. mudah kan. tapi kan, tu tak kira copy cat kan? even apply da same method.hahaha. 

nak tahu nape aku letak button like nie? semenye disebabkan oleh Aryana Williams. she's one of my friend kat alam realiti ngan alam maya.hahaha
lau korang ada kesempatan, gie la lawat die. she's a great blogger. actually, to be honest i adore her writing. she's really great cuma dia malas update entri panjang-panjang. kadang-kadang, satu entri satu ayat tapi penuh makna dan maksud tersirat.. seyes tak tipu taw.ngeeee

okea-okea. tu je nak gitaw. sekarang aku nak gie Balai cerap ngan my kesayangan n kawan-kawan yang laen. pape yang jadi kat sane aku cite kemudian..jangan lupe taw!!! LIKE entri aku lepas nie n jangan lupe lawat kawan aku.
daaa :)


http://www.emocutez.com

Tuesday, February 08, 2011

selamat ulangtahun sayangku NOR AINA MAZLAN

http://www.emocutez.com

*entri nie khas untuk seorang daripada kesayangan aku,  
NOR AINA MAZLAN 


8. February 1989 - 8. February 2011... 
SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 22 SAYANG :)

aku doakan yang terbaek untuk ko, kehidupan ko n masa depan ko. also for u n Korie. hehehe
aku sayang ko taw!!!. sayang sangat-sangat. orang cakap setiap kejadian ade hikmahnya, n ape yang jadi last sem wat aku realize betapa berharganya ko lam hidup aku. tak akan ade benda yang mampu ditukar ganti ngan kehadiran ko lam hidup aku. i want u 2 noe it dear :)



sayang, u're da best thing ever happened to me. aku hepi sebab ko selau ade kat sisi aku dari hari pertama kita sama-sama jejakkan kaki kat UTM nie. sama-sama hadapi minggu haluan siswa. sama-sama lepak hujung minggu. sama-sama gie karok, sama-sama gie balai cerap, sama-sama dating kat tasek. sama-sama gie dabel date..opppsss!!! hahaha. btw, thanx gak sebab tak pernah jemu dengar cite aku, selalu ade advise aku, selalu ade bile aku nanges, selalu ade bile aku heppy, selalu ade bila aku menggedik, selalu ade bila aku jatuh cinta lagi, n seme- seme la. 




sayang, skunk umo ko da 22 da..da leh kawen da. orang cakap gak, lau kawen da leh dapat anak da.hahaha. lepas nie, blaja rajen-rajen. simpan duit banyak-banyak n boleh kawen awal.hehe. nanti aku pesan benda sama kat korie gak..hahaha




banyak nak cakap tapi tak terluah. thanx for everything u've done for me. sorry gak sebab still tak celebrate beday ko. sowie sangat-sangat. jangan risau, kiteorang tak lupa beday ko taw. the day will come. tunggu yek :)




" God gave a gift to the world when you were born - a person who loves, who cares, who sees a person's need and fill it, who encourages and lifts people up, who spends energy on others rather than herself, someone who touches each life she enters, and make a difference in the world, because ripples of kindness flow outwards each person you have touched, touches others. Your birthday deserves something better because you are a special treasure for all that you've done. May the love you have shown to others return to you, multiplied. I hope the others will appreciate u as much as i do."

I LOVE U AINA

*this poem means a lot to me n dats why i dedicate it to you. person i care the most :)


http://www.emocutez.com


Sunday, January 30, 2011

Air Terjun Bekok punya cerita

http://www.emocutez.com

hai..hai..:)


seperti yang aku janjikan, aku akan ceritakan perkelahan aku ke Air Terjun Bekok *ceiitt, ayat skema gile ala-ala nak amek SPM balik je, yelah spm pon dapat B3 je.hahaha


okea..okea. jom aku setory mory apa yang terjadi kat sana. senanye, takde yang best jadi. macam picnic yang laen gak. picnic yang kami pergi nie rancang malam sebelumnya. so, tak ramai la yang nak pergi sebab masing-masing da ada plan laen. so, aku pergi ngan Aena, Ana, Kori n Fahim. my kesayangan lagi sorang, Wana da pon selamat balik kampung. raye Cina sakan nampaknya dia.hahaha

Paginya, kami just ke Jusco Taman U untuk cari barang untuk BBQ. disebabkan masa tak cukup, kami just beli ayam yang memang da ciap perap. RM20 untuk 10 ketul kepak ayam yang da diperap. tambah 2 paket sosej, daging burger, roti burger n planta. ha, cukup la untuk kami berlima. kami gerak dari UTM pon da pukul 3.30 petang. yelah, hari jumaat, tunggu dak laki solat jumaat dulu. bersiap n segala bagai dulu. baru boleh gerak.


dari UTM ke Air Terjun Bekok amek mase lam 1 jam setengah. sampai sane da kul 5 petang. perkara pertama haruslah solat asar dulu. dalam area Air Terjun Bekok nie memang disediakan surau tapi tahap kebersihan dia takde la A tapi bolehla untuk solat.  lepas tu boleh berendam dengan jayanya.hahaha
Area Air Terjun Bekok ni agak pedalaman n tak ramai orang. masa kami pergi pon takde orang tapi mase pestaim dulu agak ramai sebab kami pergi taim school oliday. sekarang kan musim hujan, air pon laju + keruh. kami pilih port bawah-bawah je sebab da lewat. kalau daki atas-atas lambat plak nak balik nanti.hehehe


lepas setel seme sesi bermandi-manda, makan-makan dan bersuka-ria, kami balik lam kul 7.15. berhenti solat maghrib kat surau luar jek. kat area kampung sebelum masuk ke Air Terjun Bekok. Yelah, lau nak solat kat surau tadi memang da gelap la masa tu. *tiba-tiba terbayang cite khurafat yang aku tak tengok tapi dengar orang cite..muahaha :)


masa perjalanan balik UTM lak, kete aena pamcetttttt.. seyes nebes doww.. seb baek mase tu da dekat ngan satu kedai makan nie. so, ada la 2,3 orang pakcik yang datang tolong kami tukarkan tayar kete.  dalam 10KM dari kedai makan tu memang ade satu kedai tayar yang 24hours. naseb baek ade tapi melayang la duit lagi.sob..sob..sob :(


uncle kat kedai tu cakap, memang bese lau langgar lubang kat situ. lam masa 2 hari, almost 50 buah kete da yang langgar lubang tu.huhuhu. memang nasb kami la. then, balik ke UTM. seyes penat. sampai pon da kul 10.30pm. baik je, aku terus kemas baju n tido. :)


haaa..cam bese la..lepas dengar cite bayar la..jom tengok pixies kami. tak banyak la sebab sensored.hahahaha





makan time!!!!
sedih tak?? sedih tak?? sob..sob.. :"(
oh! jangan risau.buka aena tukarkan tayar..hahaha


apapepun. trip nie enjoy gak la even sorang tak cukup. naek cuti nanti akan ade next trip lak. Air Terjun Ledang plak lam planning kami. sape nak jOin??? hahaha


tapi kan..akhir sem pon plan nak ke Port Dickson ngan KL. nak suppin2 kat jalan TAR. oh..manakah arah tujuan lepas nie bersama kesayangan??? ..:)


*aku da pon selamat sampai kat umah malam tadi. sepanjang perjalanan dari kuantan ke umah denga abah ceramah motivasi kat aku. perkara bese tue. lau ade masa aku share pesan abah kat anak-anak muda sekarang..ngeh..ngeh.. :)
k la.. 
Daaa :)
http://www.emocutez.com