Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Saturday, May 07, 2011

kerenah anak ke-2

http://www.emocutez.com

Hai semua

gambar takde motif..hahahaha
agak bosan senanye. so aku nak buat ulasan sket tentang satu note yang aku jumpa kat facebook tentang kerenah n karakter anak ke-2. aku la tu.hahaha. *ceiiit, perasan!!!


ANAK MANJA IBU
sebab apa2 pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!
* yang ni mungkin a BIG NO for me sebab abang aku yang diutamakan mama.haha tak caye? tanye semua yang kenal family aku. kazen, sedara-mara, semua tahu fakta tu. abang anak mama. adik anak abah*

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG. kemahuan dia kuat. kalau buat sesuatu sungguh2. kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..
*yang ni sangat-sangat betul. semua yang kenal aku cakap aku degil tapi aku tak nampak lagi kat mana degilnya aku.lalalala. kalau kat umah memang jelas dan nyata la kedegilan aku. bila aku cakap nak gi mana-mana, takde orang boleh cakap NO ngan keputusan aku except abah. abah je tahu pujuk aku batalkan niat aku. maafkan anakmu ini mama,abah. huhu*

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.
*erkk??? tak ke?? aku rasa aku slalu je jadi mangsa untuk confortkan kawan-kawan.lalala.. lau pakwe tak tahu la plak. nanti aku tanye pakwe aku tapi masalahnya aku ade pakwe ke?muahaha*

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
*no komen la. ala-ala siti nurhaliza komen masa before kawen ngan Datuk K.hahaha*

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih. putihlah. degil tak boleh toleransi
*again, kedegilan dibicarakan.haha. da memang camtu. nak wat camne kan. tapi satu la yang aku rasa aku susah nak janji pape n once i promise upon something, i'll keep it. once i said i love u, i mean it..:)*

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
*tarik muka kat umah je. siap tutup pintu kuat-kuat lagi lau majuk. then abah datang pujuk. muahaha. sungguh teruk perangai aku kat umah kan? ngan kawan-kawan aku jarang buat tapi aku sangat-sangat tak pandai nak sembunyikan apa aku rasa. kalau aku tak selesa ngan kehadiran someone, u can see it on my face.huhu*

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TAPI mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) 
*betul. mama ngan abah kurang risau bila aku "dicampakkan" keluar Tganu tapi abang tak pernah keluar Tganu. camne dia boleh dapat UMT pun aku tak tahu. abah cakap berkat doa mama.haha. mama tak leh berpisah ngan abang. 
nak tahu cara aku "care" pasal abang aku? cuba tanya dia betapa serabutnya dia ada adik cam aku.haha. semua kawan, awek, skandal dia la aku kenal. sampai kawan umah sewa dia pon aku kenal sorang-sorang. siap ngan cos apa n asal mana lagi. kalau abang tak angkat phone or reply text kawan2 dia, diorang akan text aku tanye "alya, azim mane? tido ke? ce gi gerok ye jap" hohoho*
i DO love him :)

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri
* yang ni aku tak cuba lagi tapi setakat ni aku sentiasa menurut perintah ketua lagi la..pemalas sket tu besela kan. lawan cakap tak pernah lagi. hehe :)*

PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring TAPI awas jgn bg diorg marah. kalau depa marah faham sajer lah
*sangat pemaaf aku ni.hahaha. tapi satu benda buruk la, EASY to forgive HARD to forget. sooooo sorry. dat sooo me. once u mess up with, i won't forget it.* 

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....
*bab up to date tu tak kot. aku pakai je seme benda tapi aku pentingkan kekemasan la. pernah kawan aku tegur aku yang aku pergi kelas selekeh bila aku pakai t-shirt, jeans n selipar ape ntah. aku tanya la, slame ni aku camne. dia cakap aku besenye tak selekeh camni. haha. ok what aku pakai jeans ngan t-shirt kan? takkan aku nak pakai wedges ngan shawl bagai nak pi kelas.haha. i'm not a fashionista la babe.muahaha. makin lama kat UTM ni makin terserlah keselekehan aku.hahaha. nasib la. banyak benda lagi nak kene fikir. *


haaa...panjang lebar ulasan aku kan. bagi aku tak semua anak ke-2 tu punya ciri kat atas tu kan? tak caye? sila perhatikan anak ke-2 sekeliling anda. diorang punya seme ciri-ciri kat atas ke?hehe. mesti tak kan. nak jugak aku menang. da memang dasar keras kepala + degil. nak wat camne kan..hihi

okea la. aku nak pergi sambung study lagi sket. lepas subuh nanti nak take a nap. then, prepare for the battle this evening. doakan saya ye kawan-kawan.


http://www.emocutez.com

Monday, March 21, 2011

"Retro Nite", Malam Getaran Jiwa

http://www.emocutez.com
Hai Semua 

AMARAN : ENTRI INI DIPENUHI DENGAN GAMBAR

erm, da 2 hari belog tak berapdet. rasa macam lama plak tinggal. rasa ketinggalan tak tahu apa cerita blogger-blogger laen..hehe. cam yang aku cakap dalam entri sebelum nie, aku sangat-sangat la bizi wiken hari tu. sabtu malam gie tengok futsal, hari ahad stay kat dewan daripada jam 8 pagi untuk setup dewan. seyes penat. balik siapkan teks emcee. benda yang aku ingat tak nak, aku buat gak. lepas fikir banyak kali, akhirnya aku jadi emcee malam tu jugak bertemankan hasrul.

malas nak taip banyak-banyak. jom la tengok gambar masa futsal, persediaan dewan dan malam tadi.. :)

pertandingan futsal SMI dimenangi oleh 4SMI 

Malam Pra Graduan Kelab Kejuruteraan Industri
20 Mac 2011
Dewan Banquet UTM Skudai
melibatkan semua pelajar Kejuruteraan Mekanikal (Industri)

persiapan dewan



semua pelajar 3SMI 2010/2011


emcee of the nite




aku takde keje..haha

kiri : my senior 4smi            kanan : my classmate

kiri : my classmate            kanan : my classmate (king of the nite)

kiri : ayu                                  kanan : fika




kiri : ngan junior 1SMI              kanan : Mas (Queen of the nite)

tu je la pixies untuk semuanya. pixies sepanjang wiken aku. wiken nanti tak tahu la apa lagi aktiviti best yang bakal menanti. yang pasti wiken nie pon bakal bizi. mungkin sehari dan mungkin 2 hari. tengok je la nanti.hehe

Untuk semua jawatankuasa yang terlibat, terima kasih dan tahniah untuk semua. korang semua memang superb. tahun 3,2 dan 1. memang best la.

~ miza, fika, yunie, ayu, mas, fuad, mail, syafiq, sopee, qayyum dan semua-semua.~
 thanx gak kat hasrul sebab sudi temankan aku jadi emcee even last minit. thanx semua yang mengindahkan malam aku. 



http://www.emocutez.com

Saturday, March 19, 2011

away...but still here :)

http://www.emocutez.com
Hai semua 

korang semua gembira tak harini??? aku gembira..yelaa, da wiken pon.haha. masa untuk bergembira sudah tiba. dalam jadual kehidupan aku memang macam tu. wiken adalah masa untuk berjimba-jimba. wikdays je masa untuk pulun ngadap buku.

minggu lepas aku ade cerita tentang perancangan hujung minggu aku tapi aku tak gitaw plak apa aku buat kan. *bajet macam ada orang nak tahu kan.haha. biarla da seminggu berlalu, aku still nak bagitaw mana aku wiken lepas. disebabkan terdapat kecelaruan entertainment di UTM, aku "terpaksa" mencari entertainment luar.

berbekalkan bertemankan kesayanganku Aena, kami ke Jom Heboh. Wana ngan Ana missing in action..hehe. Wana balik umah n Ana plak sedang mengenjoykan diri tanpa kami kat Hong Kong ngan family dia. Untuk pengetahuan korang,  ini first time aku pergi jom heboy ye. selama ni aku ni katak bawah tempurung BAIK, errkk..bukan aku nak cakap gie konsert jahat, aku pon gie gak cuma aku tak berapa ambik port sangat pasal konsert dan hiburan nie. setakat karok, wayang n ronggeng ngan kesayang tu perkara biasa la tapi nak gie konsert nie bukan permainan aku.haha.

lepas gie konsert, melalak sket nyanyi lagu rahmat then kami gie karOk plak. da lama kot kami tak karOk. lama giler. "sebulan lebeh" kot. seseorang "bersarcastic" ngan aku bila aku cakap sebulan lebeh tak karOk tu lama.haha. awal-awal karOk tu cam tak feel.canggung sket. masok 20 minit baru dapat feel. kami duk berdangdut 2 orang..haha. abes lagu dangdut kami nyanyi. lepas Inul, lagu Amelina, lagu Shida, lagu Mas Idayu..then balik sambong wat esemen. lupa plak aku yang isnin aku ade esemen nak kene submit.muahaha..





yang kat atas tu minggu lepas punya cerita. memang bergembira sakan la aku. minggu nie plak bizi bagai nak rak tapi sempat agie amek mase untuk apdet baby belog aku.haha. nie pon aku baru je lepas siapkan teks ucapan emcee untuk dinner ahad malam nanti. takde la baru lepas sangat. siapkan teks ucapan. sekarang baru sempat nak ngadap belog.hehe

LIST TO DO
 - Teks ucapan emcee untuk dinner *DONE*
 - Layout dewan untuk dinner *HALF-DONE*
 - design backdrop untuk dinner *HALF DONE*
 - iron baju nak pakai *lambat lagi la..hahaha
- study (kuiz isnin pagi) *habuk pon tak sentuh agi..

banyak gak lagi keje aku tak setel senanye. aku just ade siang nie je lagi. malam esok nak gie tengok perlawanan futsal antara dak tahun 1,2,3 n 4 cos aku (SMI). nak gie jadi pom pom girl jap.haha. hari ahad plak kiteorang da boleh stat masuk dewan untuk setup seme benda untuk dinner..heeee

minggu depan aku still akan bizi sebab 26. Mac aku akan ke SMK (P) Sultan Ibrahim untuk program IE promotion. untuk program tu aku kene setel surat n tentatif program ngan sekolah. contact kaunselor sekolah n mcam-macam gak la. nasib baik gak la, minggu bizi aku sama ngan minggu "away" seseorang.kalau tak masak la aku nak memujuk bila call terpaksa cakap 3 minit je. cukup la sekali aku merasa seksa nak memujuk. aku bizi seminggu je tapi dia punya status "away" for few weeks. kebosanan la aku untuk beberapa minggu.ngeee.

beberapa hari nie aku tak mampu janji yang aku akan BW macam biasa. risau gak kekangan masa tak mengizinkan. kalau untuk apdet belog pon aku tak sure. kalau aku rajin aku akan apdet tapi kalau malas aku juz edit entry dalam draft, kalau malas lagi aku juz duk diam je.hahaha

lastly, TERIMA KASIH untuk semua pendapat pada ENTRI INI mengenai Latihan Industri yang bakal aku jalani may nanti. really appreciate it..sayang korang..muaaahhhhh!!! mmuuaaaahh!!!



http://www.emocutez.com

Thursday, March 17, 2011

Swasta atau Kerajaan untuk Latihan Industri. any suggestion?

http://www.emocutez.com
Hai semua 

sekarang aku tengah blur senanye. aku tengah kusut. *kononnyala.. :)
aku ngah fikirkan sesuatu atau dalam erti kata lain tengah pening dalam membuat keputusan. *tengok ayat tahap skema menandakan tahap keseriusan masalah aku.muahaha. banyak la plak aku duk mengarot kan.hehe

okea..okea. sambung cerita aku. dulu, aku pernah cerita dalam ENTRI INI yang aku da pon dapat tempat untuk Internship. tempat tu kat Kuala Terengganu,


MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd 


beberapa hari lepas tu aku dapat lagi satu tempat,


Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR)

mula-mula seharusnya cakap ALHAMDULILLAH. ade gak rezeki kan sebab ada lagi kawan-kawan yang still tak dapat tempat n ngah pening gak fikir hal nie.

bila da ada tempat untuk intern, ada lagi satu masalah. aku skunk ngah blur untuk pilih tempat mana yang lagi best. dalam dua-dua tempat nie banyak persamaan antaranya :
- location dua tempat nie dekat je, so mana-mana pon pilihan aku still kene duk umah sewa.
- kedua-dua tempat tak menyediakan elaun which is i need pa&ma full support..ngeee

 perbezaan paling ketara
- satu company swasta dan satu lagi badan kerajaan

Kalau pilih Badan Kerajaan kawan-kawan aku cakap senang nak dapat keja bila da graduate nanti sebab kita da ada pengalaman dalam tu. lagipun, benda paling penting bila da graduate adalah kerja. matlamat utama semua fresh graduate. ramai gak cakap bila intern ngan badan kerajaan nie tak banyak keje. banyak goyang kaki sebab tak banyak job. kawan mama plak cakap yang Bengkel Mekanikal JKR kuala Terengganu banyak job. slalu keluar gak lawat site. takde pakai baju kurung duk office cam orang cakap tu.

Kalau pilih swasta banyak pengalaman boleh kutip. banyak benda boleh belajar. husband kawan aku ade keje company nie n dia pon cadangkan aku intern sinie. boleh main ngan mesin besar-besar which my most interest in mechanical. company swasta nie based on Marine. bukan course aku tapi benda yang aku minat. lagipun, masa intern nie la aku nak cedok ilmu banyak-banyak sebab next semester aku akan berhadapan ngan PSM (Projek Sarjana Muda).*ouchh,,nebes yuuu bila nak sebut PSM.hahaha. baru je lepas daftar untuk PSM next sem. tajuk je yang tak pilih lagi.

aku nak tanya korang la. kalau korang jadi aku, mana satu pilihan korang. mesti ramai yang kat luar sana da pernah Intern ataupun sedang Intership kan? bagi la aku cadangan n cerita la pengalaman korang n apa beza dua badan nie..ngeeee

seyes aku blur. da la esok aku da kene wat pengesahan kat fakulti untuk Internship. aku kene gitaw mana satu yang aku nak n kene wat surat kat company yang aku tak nak gie. :)

tolong...tolong...give me some opinion..:) 
gambar nie takde kene mengena pon ngan entri. saja nak gitaw aku berkarok wiken lepas.muahaha
LOVENOTE : mama cakap ikut keselesaan aku n mana tempat yang dekat dan senang nak pergi kerja.

http://www.emocutez.com

Thursday, March 10, 2011

penting ke emcee dalam majlis?

http://www.emocutez.com
Hai semua :-)

" Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA dapat sama-sama kita berkumpul pada majlis yang gilang gemilang ini bagi meraikan...bla..bla..bla.."

familiar with that???
mesti la kan. korang semua pon mesti da biasa masuk majlis. tak kiralah formal atau tak formal pasti akan ada emcee. sekarang, aku nak berbicara mengenai emcee mengikut pandangan aku sendiri. ala-ala tajuk "emcee dari kaca mata alya" okea tak? hahaha. ini bukan emcee yang duk "wassup-wassup" ngan piring hitam tu tapi nie mecee lam majlis.hehe

penting ke emcee dalam majlis tu?

pada pandangan aku sangat-sangat penting kerana emcee mampu membuatkan sesuatu majlis menarik atau tak. bukan je persembahan dalam majlis yang jadi tumpuan tapi emcee gak ade peranan yang sangat penting. yela, nak announce sapa nak wat persembahan pon emcee gak, nak ajak VIP berucap pon emcee gak, nak bagi hadiah pon emcee gak yang panggilkan. pokok pangkalnya, emcee adalah tunjang utama sesuatu majlis. *boleh ke cakap camtu?hehe

apa yang penting pada emcee dalam sesuatu majlis?

Emcee adalah Penyeri Majlis - selangkah masuk ke dewan, pastila emcee yang akan jadi tumpuan. ye dak?? laen la kalau korang duk mencari secret edmirer korang. memang la korang tak pandang emcee atas stage tu.huhu. celoteh emcee pon mampu buatkan hadirin fikir untuk stick kat lam majlis or blah je. lagi-lagi kalau majlis tak formal, kekretipan emcee sangat penting. yela, kene fikir idea yang betul-betul mampu watkan hadirin terhibur. lain la kalau majlis formal, baca teks aje maa..hadirin pun tidur + bersembang. hehe

 apa yang paling penting pada emcee?

Tona suara dan penampilan - masuk je majlis kita akan dengar suara dia dari mula hinggal ke akhir majlis. suara dia je la lam dewan tu. kalau dapat bersuara lemak merdu memang best tapi kalau dapat yang suara nyaring, mahu bingit dewan. rasa cam nak pang orang pon ade gak. kalau yang suara best + penampilan superb mesti akan jadi ingatan sampai habes majlis. habes majlis pon orang cakap agie "bestla emcee tadi an?", "cOmei la emcee tadi", "cantik la baju emcee tadi" hehe

emcee formal atau tak formal yang best?

semestinya emcee tak formal jadi pilihan. yela, lau yang formal juz baca teks tapi kalau yang tak formal kita akan dengar celoteh dia. kalau yang pandai main ngan tona suara dia memang masyuk la. dengar dia wat kelakar, dengar dia wat nada sedeh, nada terkejut la. yang paling best bila emcee sporting n siap turun pentas n berlegar-legar kat hadirin untuk mencari mangsa menghiburkan hadirin. silap-silap hari bulan boleh jatuh cinta ngan emcee. oh, tu memang perkara biasa untuk aku.haha.

kenapa aku buat entri pasal emcee?

sebab aku pernah jadi emcee banyak beberapa kali.haha. saje nak gitaw aku suke duk atas stage tu.muahaha. okea-okea, tipu jek. senanye, benda nie terlintas dalam kepala aku sebab minggu depan Industrial Engineering Club (IEC) akan adakan annual dinner dan aku diamanahkan untuk pegang Unit Protokol merangkap emcee malam berkenaan. kalau tak nak jadi emcee malam tu aku kene cari pengganti. dalam kepala aku sekarang, aku TAK NAK jadi emcee untuk dinner kali nie.

last year punye annual dinner aku da jadi emcee. give me some rest dude!!! aku da tahun 3 kot *konon da besar sangat la tu.haha. aku senanye nak enjoy malam tu ngan kawan-kawan aku n bagi peluang kat adik-adik merasa jadi tumpuan malam tu. lagipun, baju aku untuk malam dinner nanti tak mengizinkan aku berdiri sebagai tumpuan malam tu.hahaha  gedik tak? opss!!! bukan aku nak pakai baju transparent..cuma aku nak menikmati malam-malam aku bersama kawan-kawan tersayang.hehe

okea...mana-mana yang nak jadi emcee malam berkenaan sila informkan diri anda kat aku ye.hehe. aku da penat survey adik-adik untuk jadikan emcee. aku nak emcee yang fun n tak formal sangat.. sowiela, aku nie memang banyak cekadak sket. aku susah nak percayakan orang kalau benda tu tanggungjawab aku. rasa tak puas bila serah tugas pada orang yang aku tak yakin.ngeee  :)


jom aku nak tayang pixies kenangan aku sebagai emcee sepanjang kat UTM nie je la. tak banyak pon senanye..hahaha. untuk 2 majlis je yang ade. untuk majlis laen ade gambar saje-saje. bukan gambar atas stage.hehe. tak glemer yuuu, so tayah letak la..hahaha


nie masa first meeting jumpa ngan first year

yang nie masa dinner tahun lepas

persiapan...bizi..:)

lain-lain picture aku malas nak godak. kebanyakannya masa aku join program Biro Sukan dan Riadah Kolej. jadi emcee tak formal untuk program sukan cam karnival bowling and pengalaman paling best + malu + gile masa aku jadi emcee untuk malam Penutup Karnival Sukan Kolej. seyes cam @#$%&^. nanti kalau ade masa aku share cite gile tu. sampai sekarang aku ingat dan sampai sekarang gak jadi bahan gelak. hahaha

so, apa pendapat korang mengenai emcee? 
nak yang formal ke tak formal?
nak yang ayu ke yang bingit? 
haaa..pilih-pilih.. :)


http://www.emocutez.com

Wednesday, March 09, 2011

apa boleh dibuat hujung minggu ini?

http://www.emocutez.com
hai semua :-)

baca tajuk pon mesti semua da tak bleh blah ngan aku.haha. rilek kawan-kawan. aku tahu hujung minggu tu lambat lagi tapi takde la lama sangat. tinggal beberapa hari lagi. rabu, khamis, jumaat..tadaaa!!! da hujung minggu pun.hehe

biasalah, bila datangnya hujung minggu semua duk 'pikiaq' nak buat apa kan?

okea-okea. sekarang aku nak gitaw kepada sesiapa yang berada di JOHOR, sila baca entri nie sampai habis. kenapa? baca ye, aku nak cite nie..
 -ce cite..ce cite..*tibe-tibe suara latar tak tahu sapa*haha

perkara pertama yang boleh dibuat pada hujung minggu ini adalah berlegar-legar di Universiti Teknologi Malaysia. *amek ko, nama penuh aku tulis. kenapa perlu berlegar di UTM?

tadaaaa!!!!

nampak tak poster tu? UTM International Johor Horse Show akan diadakan di UTM Skudai pada 9-13 mac 2011. jangan silap gie UTM city campus kat KL plak wei. jenuh aku explain nanti.ngeee

setahu aku la, ini kali pertama acara macam ni diadakan di UTM. yela, aku pon takde la lama sangat da kat UTM nie, baru 3 tahun.hehe. masa aku keluar dinner ngan Aena tadi pon da nampak kandang kuda kat Padang Kawad berisi ngan Kuda. kandang kuda yang asal pon sebelah kolej aku je. so, setiap hari gie kelas memang boleh tengok semua progress untuk show nie. gayanya cam gempak semacam je.hehe

Show nie akan berlangsung selama 5 hari. macam-macam aktiviti yang disediakan. ada yang boleh disertai orang ramai dan ada yang tertutup untuk warga UTM sahaja. aku pon tak sure sangat. yang nampak menarik sebab ada The Times punye show nanti. aku tak minat pon tapi kawan aku minat, so, aku ikot je la. memang hari-hari la aku gie merayap ke sana. jalan kaki je pon.hehe. sapa-sapa nak maen ngan kuda meh la datang ye.

okea, yang kedua plak,
tadaaaaa!!!! *nak juga efek tada..haha

JOm Heboh kat Danga Bay hujung minggu nie. 12 & 13 Mac 2011. jom gie serbu nak??? tapi tade geng la..uwaaaa. ade sape-sape nak teman aku? hehe. oh ya, artis mana yang ade kat Danga Bay tu tak pasti la plak aku.huhu. aku pon baru je tahu tapi takde pape plan plak nak ke sana. yela, da dalam UTM sendiri pon ade entertainment, nape nak keluar jauh-jauh kan? tapi kalau ade sape-sape nak ajak aku ngedate boleh aje maa..aku SINGLE lagi okea. *bleh ke promote cenggitu?hahaha. pape je la...

itu je la some information yang aku boleh kongsi ngan korang. mana-mana pilihan korang terpulang. *eceh,cam nak pilih barang plak kan. kalau korang nak duk melepak kat umah tengok cite hindustan pon boleh aje. tak salah pon.hehe. aku sendiri pon takde plan lagi memandangkan semua orang sekeliling aku bizi. takkan aku nak merayap sorang-sorang. tak pernah dibuat orang aku. pergghh, mati kutu den nak mencari hiburan di hujung minggu.haha.

any suggestion kawan-kawan? or ade sapa-sapa nak temankan aku?hehe. jalan-jalan jumpa kuda pon okea gak. ngedate ngan kuda pon cam best gak..haha
jom sama-sama kita plan hujung minggu kita..:)




http://www.emocutez.com