Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

My Dream Wedding *Pelamin*

http://www.emocutez.com

Hai semua

*boleh tekan LINK kat atas kalau nak jengah apa yang aku bebel pasal baju nikah & baju sanding :-)

Its been a long time since i talk bout my dream Baju Nikah n Baju Sanding. sorry la, if there anyone waiting for me to continue the next part of my wedding dream *macam ada je kan??? haha

NOW, i wanna talk bout PELAMIN. bagi aku, Pelamin ni antara perkara yang akan jadi feberet bakal pengantin untuk diletakkan dalam "wedding top list". kebanyakannya ghairah pilih pelamin yang up to date, cantik dan affordable. sekarang pun da banyak butik dan kedai pengantin yang sediakan macam-macam jenis pelamin ngan macam-macam tema yang jadi trend baru. so, bakal pengantin perlu sediakan duit dan pilih je. ka-chingg, ka-chingg *bunyi duit*haha

bila aku buat servey, kebanyakan pelamin sekarang adalah affordable dan cantik. so, kepada bakal pengantin, jangan risau bila korang ada bajet yang rendah untuk pelamin tapi still nakkan satu kenangan terindah pada hari bahagia korang. eceeehhh. aku da macam Pak Abu da.haha

okea, lets begin with some "Pelamin" yang aku pilih berdasarkan taste aku. almaklumlah, my dream wedding seharusnya apa yang aku mahukan la kan?hehe

kalau ikutkan apa yang aku rancang untuk majlis perkahwinan aku yang still tak tahu bila, aku akan ada 4 pelamin which are :
  • pelamin nikah kat rumah aku
  • pelamin sanding utama kat rumah aku *kalau abah ngan mama setuju aku nak wat kat dewan kat umah. malas nak sepahkan rumah n susahkan parents yang da selalu susah sebab anak perempuan dia yang sorang nie.
  • pelamin majlis bertandang @ sambut menantu (kat Terengganu orang panggil camtu.hihi)
  • pelamin majlis kat hotel *kalau ada rezeki lebih. INSYAALLAH

Lets take e view...

pelamin nikah

yang ni my feberet. cantik sangat.

kalau bajet kurang, aku prefer yang ni la. simple but elegance.

pelamin sanding utama




pelamin majlis bertandang





pelamin untuk majlis di hotel




semua pelamin yang aku pilih ni berdasarkan tempat nak letak. cantik tak??? sekarang korang da boleh imagine tak apa yang korang nak untuk wedding korang? entry ni pun aku buat semata-mata untuk share apa yang aku rasa cantik n maybe it will help others in choosing ur pelamin untuk wedding korang. kepada sape-sape yang da nak kawen boleh la jadikan semua ni sebagai ilham korang.hehe

kalau diikutkan, aku nak kawen lambat lagi la. at least, setahun setengah dari sekarang. lepas habes study baru boleh kawen. dalam masa setahun setengah banyak benda yang akan berubah termasuk la trend n tema pelamin. mungkin, masa aku nak kawen pelamin ni semua da tak sesuai n taste aku un da berubah.haha.

 LOVENOTE : kalau ada rezeki, nilah yang aku rancang untuk majlis perkahwinan aku nanti. kalau diizinkan ALLAH, habis je belajar aku nak kawen. lagipun, aku rasa lagi bermakna kalau menjadi yang halal untuk seseorang. doakan aku ye kawan-kawan.


http://www.emocutez.com

Sunday, July 17, 2011

selamat pengantin baru YAYA

http://www.emocutez.com

Hai semua

last friday, aku attend satu lagi wedding. kalau last week aku pergi wedding azma, 1 of my primary schoolmate, kali ni aku pergi wedding 1 of my office mate kat MSET, YAYA.

disebabkan hari jumaat tu gak mak sedara aku nak pergi Mydin Mall, so kami gerak sekali.area pukul 11 pagi kami da gerak ke Kuala Terengganu. mula-mula aku masuk gak pusing-pusing dalam Mydin sebab masa tu still awal lagi. da la berbaju kurung, agak tak seronok gak  la..hahaha.then, aku tinggal mak sedara aku kat Mydin Mall.

dalam pukul 2.15 aku gerak ke rumah k.wani. tinggal kereta kat umah k.wani n gerak pergi wedding Yaya ngan kereta k.wani. pergi jemput semua kawan k.wani n geng MSET dulu baru cukup geng. kami pergi berlima.

sampai umah Yaya da pukul 3. masuk jumpa pengantin n turun makan. masa kami makan rombongan pengantin lelaki sampai. alang-alang da sampai, kami tunggu je la majlis bersanding. sempat gak la snap pixies sket.hihi

ni je la antara pixies yang sempat aku snap sepanjang kat wedding Yaya.




Yaya & husband
ambil berkat sket :-)
hantaran perempuan
oh ya. my officemate mula2 tak recognize aku. haha. laen sangat ke bila aku berbaju kurung. dia cakap, selama ni selalu ngan jeans n baju lab je. takdela ladies cam pergi wedding tu.hihi

To YAYA, SELAMAT PENGANTIN BARU. semoga bahagia ke akhir hayat. alya doakan yang terbaik untuk yaya dan suami ye. jaga diri dan suami. raya tahun ni da kene fikir la nak balik mana.hehe. may ALLAH bless u n ur faily dear :-)

LOVENOTE : seronok rasanya dapat attend wedding kawan-kawan. ambik berkat sket. manalah tahu jodoh sampai awal. amiin ~ :-)


http://www.emocutez.com

Saturday, July 09, 2011

Selamat Pengantin Baru AZMA

http://www.emocutez.com

Hai Semua

last thursday, aku kerja half day. semua sebab nak pergi wedding one of my friend from primary school. dari tempat keje balik rumah dah satu jam, bersiap segala bagai, kul 3.30petang baru dapat gerak ke rumah kawan aku.

mula-mula pergi ambik Azy, then ambik Namirah. kami pergi bertiga je. yang lain ada yang tak dapat pergi sebab kerja.almaklumlah, majlis hari khamis dan sekarang pun bukan musim cuti sekolah.hehe. nak cari rumah dah satu hal. punyalah bagus, takde sorang pon bawak kad jemputan. so, kami redah je lah. main agak-agak je. zaman sekolah rendah selalu gak la pergi. kiranya da bartahun gak la tak pergi. nasib kami agak baik la sebab sekali pusing je da jumpa rumah.hehe


sampai je masuk jumpa pengantin dulu. she's a gorgeous bride. masa tu rombongan pengantin lelaki tak sampai lagi. so, snap pixies sket then pergi makan. tak banyak pixies yang aku snap sebab masa tengah makan tu hujan lebat gila. lepas makan, tunggu hujan reda terus balik. tak sempat nak teruskan sesi menggedik ngan pengantin.haha

jom layan pixies yang sempat snap...

she's a gorgeous bride.. :-)

ambik berkat pengantin. manalah tahu turn aku plak lepas ni.hihi

my school mate :-)


Hantaran pihak perempuan.

Tak banyak yang aku sempat snap. tapi at least aku puas hati sebab kali nie punya wedding aku dapat pergi. ni wedding kawan aku yang ketiga. dua terawal aku tak pergi sebab ada kat johor. lepas ni, kalau boleh semua wedding kawan-kawan aku nak pergi. seronok rasanya tengok kegembiraan kawan-kawan. ambik berkat sket-sket.haha

To AZMA, Selamat Pengantin Baru. semoga bahagia ke anak cucu. alya doakan yang terbaik untuk ma. sekarang tanggungjawab da berubah. selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. ada jodoh jupa lagi :-)

LOVENOTE : masa wedding azma, ramai plak yang duk tanya aku bila turn aku. siap ada yang cakap "hari tu tengok da servey barang kawen da".haha. no comment la plak. dun worry ya kawan-kawan.kalau ada jodoh, InsyaALLAH, akan dipermudahkanNYA. nanti sampai la invitation card. wish the best for me ya :-)

http://www.emocutez.com

Sunday, June 05, 2011

My Dream Wedding *baju nikah & baju sanding*

http://www.emocutez.com

Hai semua

tengok tajuk pun da tahu apa yang bakal aku mengarutan ceritakan. biasalah, setiap manusia ada angan-angan. punya impian yang lahir dari angan-angan. manusia juga akan terus berusaha untuk mencapai impian. LUMRAH HIDUP.

dulu aku pernah cerita dalam ENTRI INI tentang kahwin tapi disebabkan peredaran masa, so segalanya pun mestilah berubah sejajar dengan perkembangan fesyen.*ayat tak nak kalah even BM masa SPM B3 je.haha* sekarang, semua maklumat tentang perkahwinan boleh dapat daripada internet. kata orang, dunia di hujung jari.hehe.

lately ni, aku pun banyak buat servey tentang barang kahwin tapi tak bermakna aku nak kahwin dalam masa terdekat. lagipun, kebanyakan magazine yang ada "wedding to do list" nyatakan yang persiapan perkahwinan yang perfect mesti la buat dalam masa setahun. tapi tu pun tak bermakna aku nak kahwin tahun depan. dah tu, bila aku nak kahwin? errr..no komen..ececehh, jawapan versi artis sekarang.hahaha. yang pasti aku takkan ke jinjang pelamin selagi masih bergelar pelajar. itu adalah PASTI.

disebabkan aku nak pastikan entri ni TAK panjang berjela, aku nak setory one by one. * tengok intro pun da nak muntah.haha*. kali ni aku nak cerita pasal planning untuk pakaian je dulu. bila aku ada masa nanti baru aku akan setory lagi tentang hal lain termasuk, pelamin, hiasan bilik tidur, hantaran ngan kad kahwin. ishh, gaya da cam orang nak kahwin da aku ni. takpela kan, aku sharing tips pada mana-mana reader yang blur nak wat persiapan kahwin even aku sendiri pun tak pernah buat lagi tapi mana la tahu bila baca entri aku tiba-tiba dapat ilham kan..hahaha

okea, mari kita bermula. perkara pertama haruslah tema dan warna patut dibincangkan. aku suka PINK. perempuan haruslah suka PINK tapi aku takut nak tengok bakal suamiku dalam PINK attire. cam nightmare pon ade gak.haha. ikutkah hati nak warna PINK atau TURQUOISE. semua warna aku akan guna untuk baju akad nikah, sanding & reception. okea la tu kan. meriah!.hehe

jom kita explore apa dalam kepala aku.

baju nikah :

aku nak baju camni je. simple sangat-sangat. PUTIH. 
kalau nak tambah pun, aku juz nak beading warna PINK 

or camni...


 tapi, dalam 5 baju ni, aku paling nak baju kurung warna PUTIH tu.(gambar pertama, kanan). 
simple tapi nampak elegen. takde la seksi sangat. juz baju kurung. takde shaping bagai. hehe

antara baju yang menarik perkatian aku gak, baju ni...


 aku suka sangat combination warna dia. nampak mewah n tak crowded sangat. cantik kan? 
bagi aku, baju ni sesuai untuk bersanding. baju lain yang sesuai dan bakal menjadi pilihan aku untuk bersanding lebih kurang camni la...

both cantik. boleh dipadankan ngan tudung. lagipun, baju camni punya shaping takde la melampau. 
baju ni nampak flare n lengan panjang. nampak cam selesa untuk pakai.hihi

kalau dress plak, aku berkenan ngan dress nie,

both dress ni pun perlu redesign kalau nak padankan ngan tudung. 
yang aku berkenan pada warna, beading n jenis kain. nampak perfect.hehe

semua kat atas ni juz perancangan dan apa yang aku tengok sekarang. memandangkan aku nak kahwin pun lambat lagi, so semua ni bakal berubah ikut peredaran fesyen.kikiki. kalau ikutkan hati dan nafsu serakah ni, banyak lagi jenis baju dan warna yang berkenan di hati tapi setakat hari ni, ni la yang terbaik aku tengok dan betul-betul puaskan hati aku. lagipun, majlis sekali seumur hidup, seharusnya punya persiapan yang rapi dan teratur dan yang paling penting semua benda cukup, cantik dan takde pembaziran. membazir itu amalam syaitan ye kawan-kawan.hehe

okea, tu je la yang aku boleh share. kalau nak lagi banyak design baju cantik korang boleh la terjah blog pengantin cam


 tu antara designer terkenal untuk baju kahwin.hehe. baju yang diorang design memang tip top la. bukan baju je, pelamin ngan hantaran pon ade tapi disebabkan aku nak cakap sal baju je, so aku highlightkan baju je la..lain kali kita menggedik setory lagi ya. hehe

LOVENOTE : aku still mencari masa untuk make-up kan belog ni. header da ciap tapi belum sempat cari background baru so still tak bleh nak jalankan kerja-kerja tacap belog.huhu.


http://www.emocutez.com