Hai semua
as always, ini kisah seminggu. kisah yang da diperam dulu baru bleh post n this is a random entry.haha
sampai je kat umah, penuh wall facebook aku duk update status. pastu tambah lagi ngan pixies kat instagram. almaklumlah, kelajuan binatang peliharaan yang hanya dibayar RM52 sebulan tidak akan sama dengan encik streamyx yang dibayar RM110 sebulan.haha.
sepanjang 4 tahun study kat UTM, first time aku naik bas dari pasir gudang untuk balik rumah. biasanya aku naik bas dari stesen bas Larkin or sri Puteri.naik bas ni da la laju, pastu tak brenti mana-mana. kul 4.30 pagi aku da selamat sampai umah.
turun dari bas, abang aku amekkan.sampai kat umah, mama da tunggu depan TV. pastu, haruslah melawat bilik sendiri yang tak siap sampai hari ni tu kejap.ni lah keadaan bilik aku mase aku tengok pagi tu. ade bilik air sendiri da. whole bilik lain kali aku tunjuk.
keluar je dari bilik, abah plak da ade depan TV. meriah umah aku kul 4.30 pagi. tanye khabar 2,3 patah, pastu abah ngan abang sambung tengok bola. aku online sementara tunggu subuh. lepas tu cari port yang sesuai untuk tido. mulanya abah suruh aku tido ngan mama tapi malas la plak sebab aku jenis tido depan latop. online n tengok movie. takkan la aku nak angkut laptop aku masuk bilik parents aku.haha. kesudahannya, kat sinilah tempat aku beradu. tadaa!!!
nasib baik ade tilam tak guna yang duk lam bilik tamu. bilik tu renovate jadi bilik abang n nanti, bilik lama abang akan jadi bilik tamu.aku tido kat ruang tamu depan. kat sini memang family aku tak duduk la. biasanya kalau ade tetamu datang barulah tempat ni berguna. kalau tak berhabuk. setiap kali nak raya baru la kene sapu habuk.kiki
CELEBRATE DAYU PUNYA BELATED BESDAY
disebabkan lepas subuh baru tido, ofkoslah bangunnya tengahari. lepas zohor, aku terus bersiap sebab nak pergi bandar celebrate my kazen punya belated besday. kami beli kek kat secret recipe and makan kat KFC. juz lepak makan n sembang. almaklumlah. lama tak jumpa. lagipun, aku rush jumpa dia sebab 2 hari lepas tu dia da masuk study balik. here she is!!! raya nanti baru dapat jumpa dia lagi. oh ya, nama dia pun aliya. Nur Aliya Idayu. :-)
malamnya aku plak yang susah nak tido sebab badan aku tak selesa. seyes penat. tido dalam bas, pastu sampai umah tido atas sofa. siangnye drive pergi bandar which is 2 jam drive pergi balik. :-(
KERETA
this is the only car yang aku allowed untuk drive. kereta abang aku manual n aku tak tahu drive kereta manual. so, takleh pinjam. kereta mama plak konpem mama tak bagi. tak mampu. so, kereta ni je la yang jadi peneman aku n kereta ni gak la yang aku guna sepanjang Industrial Training last year sepanjang 10 minggu n 2 kali accidents. yang pasti abah da hantar kedai baiki.
NEW BABY GIRL
hari ketiga kat rumah baru aku sempat melawat baby girl kawan aku. she delivered her baby on 25.June. sempat gak la aku g interview dia pengalaman lahirkan baby.hihi. ni la babynya.
Nur Khalisya Ameera
BAJU RAYA
hari ape aku lupa tapi aku pergi beli baju raya ngan mama. 2 pasang. satu sutera n satu baju bese. yang hujung kaler pepel tu abang aku belikan mase dia pergi Indon last week. tema raya tahun ni tak tentu sebab abang tak buat baju melayu baru. mama cakap abang da banyak sangat baju melayu. semua kaler da ade. so, tahun ni takyah buat.haha. oh ya, semua da hantar kat tukang jahit da.hihi
MY ELYANA
this is my elyana. aku pernah post entry pasal elyana
HERE. dia lahir 11.11.11. sekarang da pun 8 bulan. da boleh merangkak n nak berjalan. dia pun da kenal orang so suke nanges bila dia nampak mak dia. da susah nak dukung cam dulu.sobs
AKTIVITI LEWAT MALAM
kalau nak tahu, ni la aktiviti tengah malam aku. makan megi kul 1pagi ngan abang aku. kalau sorang aku tak masak megi la. cukup setakat cari pape yanga de dalam peti ais. bila ade geng, camni la jadi n this is why i love being home dem much.kiki
ha, tu je lah aktiviti aku sepanjang seminggu. bila petang kalau rajin aku melepak kat kedai beger kawan aku, Fara. kalau tak aku g melawat baby Kalisya. sebelah rumah je pon.hehe. kalau malas, duk mengadap cite korea je la. tu la sebab utama aku malas nak update belog senanye. korea addiction.lalala
hari ni bilik aku da siap kemas n aku pon da tido dalam bilik. baju dalam beg belum masuk almari n ade la sket lagi barang tak setel. nanti ade mase aku tunjuk bilik baru aku. nak tengok tak?haha. tanak pon aku wat je la tayangan amal nanti ea.hihi
okea, mahu tido jap. lepas ni kene kemas rumah sebab bilik abang belum cat. so, barang banyak bersepah. ade mase aku update lagi ye. till then :)
LOVENOTE : i like someone but i guess this someone will never realize how much i like him. sobs :"(