Sunday, May 29, 2011

langgar TAK lari

http://www.emocutez.com
Hai semua

dalam entri sebelum ni aku ada cakap yang aku cite something kan? ha, ni lah setory yang HOT tapi dah tak hot.haha. sekarang kan aku tengah intern kat Kuala Terengganu. so, abah dengan murah hatinya bagi pinjam kereta kat aku. minggu lepas adalah minggu kedua aku drive sendiri ke tempat kerja. sejam pergi dan sejam balik.

mama pernah tanya, penat tak aku drive tapi aku tak rasa penat pun. aku start kereta, drive n sedar-sedar da sampai rumah.hahaha. seyes aku suka berangan. sebab tu la kot aku tak rasa lama even ulang alik 2 jam sehari.hehe

okea, berbalik kepada cerita asal. hari isnin lepas, aku drive macam biasa. standard jalan pagi kan agak bizi ngan orang nak pergi kerja ngan budak sekolah lagi n aku plak antara manusia yang bajet bizi la.haha. tengah-tengah syok dengar lagu and layan perasaan tu tiba-tiba kereta depan brek.

disebabkan aku ni antara pemandu berhemah, jarak kereta aku ngan kereta depan haruslah jauh, so, aku sempat brek dengan selamat. even brek mengejut, kereta still jalan. takdela aku berhenti terus TIBA-TIBA. gedebunggg!!!!!!. kurasakan ada senggolan kecil pada keretaku.uwaaaaaa. kereta aku da selamat dicium bontotnya. penciumnya pulak bukan sembarangan taw, LORI KELAPA SAWIT derrr!!!

nasib baik, otak aku ni still boleh berfungsi dengan baik dan tak gelabah. terus aku ketepi n pak cik lori tu pun turun. nasib baik lagi sebab pak cik tu baik dan tak marah-marah. aku terus call mama sambil nangis. masa tu baru rasa gelabah sket. bila pak cik tu tengok aku nangis dia tanya la ada luka mana-mana ke? dia pon call bos dia sebab pak cik tu just kerja bawak lori tu.huhu. then, aku duk la tepi jalan tu tunggu mama n abah almost setengah jam.

lepas mama ngan abah sampai n bos pak cik tu pon nak setel luar je. dia bayarkan semua kos untuk baiki balik kereta aku. almost 1k jugak bos pak cik tu kene bayar. lepas accident, ramai tanya aku apa yang aku rasa n yang paling concern ofkos la my dad. abah keep tanya aku okea or tak. rasa terkejut tak. rasa boleh drive tak n macam-macam soklan polis la keluar.

ALHAMDULILLAH,  aku okea je. tak ada pape. rasa terkejut pon takde da. cuma aku tidur je seharian lepas accident.

semalam da pon ambik balik kereta tu tapi hari ni abah nak pergi test drive dulu.haha. abah tak bagi lagi aku bawak. esok baru la aku akan dapat balik kereta tu. untuk seminggu ni, abang je yang hantar n jemput aku. kesian plak sebab aku dia masuk office awal n terpaksa korbankan tido dia untuk aku seminggu nie tapi pagi tadi sepanjang satu jam dia diam je masa hantar aku. bila sampai office n online baru aku taw, semalam Man U kalah.cian abang Man U kalah.haha. habes rosak mood abang aku. papepon... Mekaseh abang!!!!!

LOVENOTE : Distance, it is a test of love, many will fail, but for those who can withstand it have the answer: TRUE ♥
http://www.emocutez.com

10 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

adehhh alya...

lain kali hati2 tau..hehe..selamat la alya xde apa2 kan..alhamdulillah....

lori kelapa sawit lak tu..bahaya tol..salah pemandu depan tu la..n selamat gak alya xlaju kan...aiya....

AdilaKaman said...

perghh.. dasat ah alya. kalau cheq, mesti fobia. huu..

Unknown said...

@ HonEyBuNNy : alhamdulillah..nasib bek xde pape..hihi

insyaALLAH..len kali makin hati2..hehehe

Unknown said...

@ dylli : haha..sebab kete je kena kot..tu yg okea je..hihi

Bunga said...

ehhh teruk gak keta tu..ati2 cymm..

wahida said...

nasib ko tak de apa2 dik...hish...bahaya tul..org depan tu emergency brek kenapa?

ko boleh lak bantai tdo kan? kelakar la ko ni...

Anonymous said...

doa kan diamampu bertahan dengan cinta jarak jauh~

Unknown said...

@ bunga : tu la..
okea my dear..hihi

Unknown said...

@ sys wahida : org depan bwak laju2 then brek..haha..besela..pagi2 kan..xde keje agaknya..

bukn sngaja la kak..ngantuk..haha

Unknown said...

@ maCy : thanx maCy..insyaALLAH :)