Hai semua
hari ini mahu beremosi sedikit. boleh?
agak kebosanan, MUNGKIN.
kemalasan juga YA.
kerinduan yang tak begitu ketara namun tetap ada.
ketidaktahuan juga mungkin termasuk dalam list.
apa yang aku tak tahu pun aku kurang pasti.
hari ini mahu menulis dengan serius. okea. berbalik kepada tajuk entri dan tujuan entri ditulis. mahu membincangkan isu hati, perasaan dan keyakinan. isu dilema diri sendiri. isu dalam kehidupan bergelar seorang manusia. memang tak pernah lari dari kesilapan. tak pernah lekang dengan ujian namun semua itu mengindahkan sebuah perjalanan. setuju?
jangan kau berputus asa = yakinlah dengan kemampuan diri sendiri
boleh ke kalau aku tafsirkan ayat itu begitu? tak mengapa lah. setiap manusia mempunyai persepsi sendiri mengenai sesuatu. juga pandangan sendiri mengenai setiap kejadian. punya tafsiran sendiri pada setiap patah perkataan. itu tafsiran aku. pemahaman aku. hak aku. namun, masih bisa ditegur atau diperbetulkan kerana tak semua persepsi, pandangan mahupun tafsiran itu termaktub "benarnya".
mungkin Malaysia bumi demokrasi. semua ada hak bersuara tapi tak semestinya semua suara itu benar kerana kadangkala manusia mudah lupa diri bila hak diberikan. mula lah nak berkata guna mulut tanpa ada akal rasional diselitkan pada kata-kata. manusia juga mudah melatah bila hak itu dilucutkan. hakikat. itu namanya kehidupan. tak akan ada yang pernah puas. tak akan ada yang meletakkan syukur itu ditangga teratas.
setiap yang terjadi ada hikmahnya. percayalah, kerana tiada satu pun zarah dialam ini yang bergerak tanpa kehendak-NYA. aku percaya namun kadang goyah bila terasa beratnya sesuatu dugaan. bila terasa peritnya sebuah kegagalan. mengeluh pun tiada gunanya kerana ia tak mampu meringankan segala macam yang digalas.
hidup ini akan sentiasa begini. tak akan pernah sunyi. janganlah mudah berputus asa. jatuh tak bererti kalah. mengalah tak bererti lemah. kita mampu bangkit kerana semua yang terjadi kita usahakan. memilih untuk kalah bukan caranya. pilihlah untuk kalah selepas berjuang, bukan memilih kekalahan kerana "rasa" akan kalah. terimalah hakikat yang hidup tak selalu indah. sedikit kepahitan untuk merasa kemanisan supaya kelak kemanisan itu terasa nikmatnya.
senyumlah pada takdir, pasti takdir akan tersenyum pada kita :)
Jangan kau berputus asa by Spider
Gerbang mu terbuka mencabar ku
Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kitaAda yang mungkin terkorbanBiar pun nanti kita terhukumKerana melanggar kebiasaan
Cinta tak pandangTak kira siapaIa kan mencubaSelagi mana pencintaTerdaya menahannya
Dia akan dicuba
Sebelum gugur tercalar jiwa parahJangan kau gugurkan airmataSebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa
Nada mu menangis menduga kuDekati dirimu yang ku rinduBiarpun nanti antara kitaAda yang mungkin menyesalBiarpun nanti kita terpaksaMembayar harga yang tak setimpal
LOVENOTE : kadangkala, lagu mampu tenangkan jiwa dan kembalikan semangat yang hampir goyah bila badai terlalu kuat dan tiada dahan untuk berpaut. :)
6 comments:
boleh tahan juga lagu ni..
ehehheeee
@ mie : lagu nie best..hehe
ololo.nape ni sis.lately neh mcm sedih je.ecah pun ase sedih gak.T___T
dtg sini.bc entri sini.mesti jadi ingt kat ex.:(
@ echah mashuri : bukan sedeh la syg..gembira tapi tak cukup gembira kot..heeeee..
ala, echah jngan la sedeh2..k.alya da x ingat da kat ex..jom sama2 kita lupakan kisah lalu..hehe
lama tak dtg jenguk alya ... andainya harapan tu masih ada jgn pernah berfikir untuk berputus asa
@ Qaseh dalia adelia : mekaseh dtg jenguk..heee
insyaALLAH, semoga kekuatan tu ALLAH pinjamkan utk kita semua.. :)
Post a Comment