Sunday, October 09, 2011

ceritera di hari raya - PART 2 (Kawan sekolah)

http://www.emocutez.com

Hai semua

hari ni aku nak sambung lagi cerita hari raya kedua aku yang dah basi. raya kedua tahun ni sangat spesyel pada aku sebab aku dapat jumpa kawan-kawan masa sekolah menengah kat SMKA Kuala Abang (KAKA). kebanyakannya aku jumpa kawan-kawan yang da 6 tahun tak jumpa.

aku kat KAKA 3 tahun. dari form 1 sampai form 3 je. form 4 duk gak 3 bulan sebelum pindah ke sekolah lain. personally, KAKA gave me lots of memory n i can remember all those moments till now. kawan-kawan kat KAKA pun paling superb!

masa bulan puasa lagi aku da rancang ngan Tiyah ngan Mirah untuk beraya umah kawan-kawan yang lain. kami 3 orang sama-sama keluar dari KAKA masa form 4 n tiap-tiap tahun memang agenda WAJIB kami untuk jumpa. tahun ni cari kelainan sket. hehe

perjalanan umah aku ke rumah Tiyah kat Dungun lebih kurang 40 minit. sampai umah Tiyah, tinggal kereta aku n gerak ke umah Mirah ngan kereta Tiyah. umah pertama kami tuju adalah umah Ummi kat Felda Kerteh 2.
ni anak sedara Ummi yang kiut, Afni

dari kiri : Mirah, Tiyah, aku, Afni n Ummi


then kami ke umah Hawa Fatehah kat Ketengah Jaya. masa kami sampai, Adam tido lagi. oh ya, Adam ni sama batch ngan kitaorang gak. Hawa ni dak lompat, so, Hawa muda setahun dari kami semua. jumpa Hawa Fatehah n adik Hawa Aqilah je la. Hawa Aqilah ni junior kat KAKA gak. ngeeeee
dari kiri : aku, Tiyah, hawa Fatehah n Mirah

dalam perjalanan balik ke dungun aku text Fahmi Naim. taun lepas da raya umah Naim tapi taun ni nak pergi lagi. kebetulan plak ramai geng-geng KAKA kat umah dia. kami terjah je la. antara yang ada kat sana, Farhan, Amirul Afiq, Rozek, Hasrul Harfizal n Hilmi. tu je la kot. sowie la lau ada nama yang tertinggal.hahaha. kat umah Naim takde pixies. semua semangat bersembang tentang perkembangan masing-masing. almaklumlah, da bertahun tak jumpa.

kemudian, kami ke umah Rita. kat umah rita pon takde gambar. kami raya ngan solat zohor kat situ skali.hehe.  lepas tu pergi mah kawan Tiyah ngan Mirah. aku pun tak tahu nama apa.haha.

then, kami ke umah Tiyah untuk ambik kereta aku sebelum ke umah Kinah. lepas raya umah Kinah n dengar cerita best Kinah Intern kat Korea, aku gerak balik umah. Tiyah ngan Mirah balik ngan Syidah. :)
Kinah yang belakang sekali pakai tudung putih ye. yang lain ni semua budak sekolah masa diorang form 4. oh ya, Mirah, Tiyah, Kinah ngan Naim tukar sekolah yang sama.
raya tahun ni memang best. hope masa akan datang dapat jumpa lagi kawan-kawan zaman sekolah. jauh mana pun kita pergi, kenangan zaman sekolah, cinta monyet zaman sekolah mesti tak akan dapat lupa. oppsss!!!

papepun, semua da matang. ada yang dah kerja dan ada yang masih belajar. apa yang best, kawan-kawan yang da berjaya dan kerja sebolehnya akan bantu kawan-kawan yang baru grad. tolong cari peluang kerja n recommend tempat kerja diorang. that's the sweetest thing bout KAKA.

LOVENOTE : rindu zaman sekolah. zaman fly balik umah. zaman ponteng kelas. zaman skip kelas Quran, zaman baca Yasin dan berzikir kat surau sama-sama. zaman warden datang kejut lepas exam PMR sebab tanak gie kelas. zaman dating ramai-ramai. most of all, aku rindukan kemesraan dan keutuhan persahabatan masa kat KAKA.seyes aku rindu zaman tu :)
http://www.emocutez.com

Saturday, October 08, 2011

ceritera di hari raya - PART 1

http://www.emocutez.com

Hai semua

semua tahu yang Syawal dah pun meniggalkan kita. sekarang pun da masuk bulan Zulkaedah. kebanyakannya sedang bersedia untuk menunaikan Ibadah Haji but still i wanna talk about my Hari Raya. takpe kan? ngeee

okea. mari kita bercerita mengenai Hari Raya. korang semua mesti da masuk macam-macam cerita laen kan? takpela. sekarang bagi aku peluang bercerita plak. part 1 semestinya agenda di hari raya pertama. oh ya, even da lambat aku still nak buat banyak-banyak part. hoho~

sebenarnya, bukanlah nak bercerita sangat tapi nak tempek gambar je yang lebih. haha.

lets begin...

lepas je solat sunat raya, kami satu family bergambar kat umah jap then terus ke umah atuk. tak jauh pun, dalam 15minit je dari umah. raya pertama tahun ni kurang meriah sebab kebanyakan mak sedara aku raya kat rumah mertua diorang. raya kedua baru ramai yang sampai sebab raya keempat ada buat kenduri arwah untuk arwah nenek.

tengahari kami da gerak balik umah sebab mama ngan abah kene attend kahwin kawan diorang. dalam kul 3 petang aku ngan abang ke airport kuala terengganu untuk ambik mak sedara aku ngan anak dia dari KL. pak sedara aku kerja lagi tahun ni, so mak sedara aku balik ngan anak-anak je.

petangnya baru aku sempat jumpa kawan-kawan aku kat area umah. errmmm, raya pertama aku memang boring.haha. layan je la. next day baru ada aktiviti sket. next part aku cerita. sekarang jom kita layan pixies ya!









pixies pun sama je boring.haha. disebabkan takde tripod terpaksa la bergilir snap pixies. next year nak kene beli ni..baru la meriah sket raya.hihi

okea..da la setory. esok kita sambung lagi ye..

LOVENOTE :even da masuk bulan Zulkaedah, masih ada jemputan ke rumah terbuka ahad ni.ngeee

http://www.emocutez.com

Thursday, October 06, 2011

AKU BAKAL EXTEND SATU SEMESTER!!!

http://www.emocutez.com

Hai semua

3.28am 
bertemankan lagu-lagu hindustan. seronok gak layan lagu hindustan pagi-pagi cengginie.hehe

ALHAMDULILLAH, malam yang tenang ni aku masih diberi kesempatan untuk menaip sesuatu. sesuatu yang akan kembali aku baca di masa akan datang dan masa tu aku da berjaya capai apa yang aku inginkan. INSYAALLAH.

dah lama rasanya aku tak rasa "lepak" macam malam ni. kebanyakan malam aku ditemani dengan pelbagai ceritera kehidupan. kadang tengok movie, kadang mengisi jiwa gedik duniawi, kadang melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan kadang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan tanggungjawab itu adalah WAJIB. itu pasti!

sebagai makhluk yang bernyawa kita tak lepas dari masalah. pengakhiran semua masalah adalah bila kita mati. itulah kehidupan pada aku dan mungkin korang ada tafsiran tersendiri mengenai kehidupan. TAPI, setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.

first, 
let's SMILE!
its only takes 17 muscles to smile instead of 43 to frown. 

erm,,much better right?

lets begin...

today was a very tiring day. i'm EXHAUSTED!
but still, i feel like wanna share something and to be exact, i wanna share what i feel right now.

AKU BAKAL EXTEND SATU SEMESTER!!!
*oh yes, finally, i can say it out loud n most of all i can accept what had been written for me :)

mulanya, aku tak berapa "mampu" nak accept yang aku bakal extend. aku rasa ni lah kegagalan aku yang paling obvious. sebelum ni, "rezeki" selalu berpihak pada aku. dengan result SPM yang hanya 4A aku dapat masuk matrik dan pointer yang tak power aku dapat ambik mechanical engineering kat UTM. rezeki aku. ALHAMDULILLAH.

dalam kehidupan aku, aku berpegang pada satu prinsip "semua yang terjadi ada hikmahnya". setiap kali aku sebut ayat tu pada diri sendiri lagi mudah bagi aku untuk digest semua kenyataan. kadangkala, cuma masa yang menentukan. once i accept what happened, i can move on. don't be so surprise when u see i cry all day long and the next day i can laugh as loud as i can be. that's REALLY me. 


bila aku fikir yang aku kene extend, semestinnya sedeh. memikirkan yang kawan-kawan bakal memegang ijazah masing-masing dalam masa kurang dari setahun dan aku still stuck kat sini. benda ni makin aku fikir bila tengok majlis konvokesyen UTM last week. TAPI bila aku fikir balik, semua silap sendiri. 
  • sape suruh malas belajar? 
  • sape suruh ponteng kelas? 
  • sape suruh tak hantar assignment? 
  • sape suruh tak pergi kuiz?
pastinya aku ada jawapan.


so???

sekarang masa untuk tanggung akibat perbuatan sendiri.
*oh, tiba-tiba rasa cam kes tragik plak.haha

jadi pelajar tahun akhir yang tak berapa nak akhir tak semudah yang aku sangka. dari satu sudut aku sangat beruntung sebab semester ni aku hanya ambik 12 jam kredit. aku ada peluang untuk score dan baiki pointer aku tapi dari sudut masa aku rugi. satu semester ambik masa 6 bulan dan mungkin dalam masa 6 bulan tu aku da boleh kerja, kumpul duit atau kahwin.ngeee

semester ni aku akan buat PSM (Projek Sarjana Muda) which require lots of effort and commitment. mungkin ni peluang aku untuk bagi tumpuan dan sedar diri. aku da takde masa untuk main-main. semua ni berkait dengan masa depan aku. an engineer. INSYAALLAH. 

tadi pun aku kene bebel ngan Syuk. my classmate a.k.a abah kami. bila kawan-kawan aku nasihat aku, perkara pertama yang diorang akan sebut, "ko da la ponteng kelas". tu la habit yang aku tengah kikis. seyesly, ponteng kelas tu da jadi  habit aku dari form 4 dan sejak tu jugak la my performnce in study become worse. mungkin kali ni baru aku betul-betul mampu realize how my bad habit affect my future.


aku harap masih belum terlambat. aku ada lagi 3 semester untuk aku buktikan pada diri sendiri yang aku mampu overcome my bad habit n most of all i wanna make my parents proud to have me as their only daughter because my parents is the only reason i'm here. i juz wanna make them happy n smile. takde apa yang lagi berharga dari tengok my parents smile bila tengok kejayaan abang dan aku. i juz wanna see it AGAIN and AGAIN. hari-hari pun takpe. it warms my heart.

doakan aku ye :-)

LOVENOTE : disebabkan semester ni aku hanya ambik 12 jam kredit, aku takde kelas hari khamis dan bakal takde kelas hari jumaat bermula minggu ketujuh. lots of time n i hope this time i can manage my time properly.

http://www.emocutez.com

Monday, October 03, 2011

u will be my last n i will be the last for u...

http://www.emocutez.com
Hai semua





i will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu
i will always need you cintaku
selamanya takkan pernah terganti

ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu
cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu

i will be the last for you
and you will be the last for me

i will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu
ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu
cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me

ngeeeee :-)

LOVENOTE : disebabkan UTM punye LESTARI not working toninght n i cant search any thesis related to my topic...SO, i end up HERE!

http://www.emocutez.com

Thursday, September 29, 2011

maturity VS SUBUR

http://www.emocutez.com
Hai semua

i'm back just for a short update 'bout what happen in my DFMA class today. DFMA stand for Design for Manufacturing and Assembly ya kawan-kawan. untuk kelas ni kami kene cari satu barang untuk DFMA group project.

dalam kelas siang tadi  lecturer baru nak tengok barang yang kami pilih. so, keadaan kelas agak chaos sebab lecturer nak jumpa group by group untuk make sure barang yang kami pilih tu sesuai. makin lama, kelas makin bingit. dalam bingit tu, ada la 2 kali kene sound ngan lecturer,



THEN

gedegaaannnggg!!!! 
*bunyi meja kene ketuk ngan lecturer.ngeeee

Lecturer : kamu semua ni, hormat la sket saya kat depan ni. kalau tak nak hormat saya pon hormat la ketua kamu kat depan ni.. (kebetulan lecturer ngan cakap ngan ketua kelas DFMA)

kelas diam...

Lecturer : kamu semua bukan budak-budak lagi. kalau saya pasangkan kamu semua ni, lepas 9 bulan da keluar baby da. ha, itu apa tandanya...

kelas diam...tiba-tiba..

satu suara : SUBUR!

HAHAHAHA!!!!!!!

gamat satu kelas. mana taknya, aku rasa semua orang boleh expect yang lecturer nak cakap yang semua da matured tapi tiba-tiba ada plak yang boleh terfikir camtu.hihi

lepas tu, satu kelas diam balik. sambung buat kerja masing-masing sebelum kene sound lagi sekali. :-)

itu je la yang aku nak cerita.hehe. boring sebenarnya. nak menaip something yang heavy belum cukup mood. ada masa aku muncul lagi.

LOVENOTE : something will be reveal SOON :-)
http://www.emocutez.com